Mena Massoud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mena Massoud
مینا مسعود
Massoud pada tahun 2019
Kelahiran (1991-09-17) 17 September 1991 (umur 32)[1]
Kaherah, Mesir
WarganegaraKanada, Mesir
KerakyatanKanada
Pusat pendidikanUniversiti Ryerson[2]
Pekerjaan
  • Pelakon
  • Pelawak
  • Penyanyi
Tahun aktif2011–sekarang
Karya terkenal
Aladdin (filem 2019)
AnugerahSenarai penuh

Mena Massoud (Arab: مينا مسعود; lahir 17 September 1991) adalah seorang pelakon, pelawak dan penyanyi Kanada kelahiran Mesir,[3] yang terkenal dengan watak utama dalam filem fantasi Disney Aladdin (2019). Beliau juga berlakon sebagai Jared Malik dalam drama bersiri Kanada Open Heart (2015), Tarek Kassar dalam siri Amazon Prime Jack Ryan (2018) dan sebagai Ethan Hart dalam siri Hulu Reprisal (2019).

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Mena dilahirkan di Kaherah, Mesir. Dia mempunyai dua orang kakak.[4] Mena dan keluarganya berhijrah ke Kanada ketika beliau berusia tiga tahun.[5]"[6]

Mena dibesarkan di Markham, Ontario,[1] dan bersekolah di St. Brother André Catholic High School.[6][7] Beliau adalah seorang vegan.[8] Mena adalah peminat pasukan bola keranjang tempatannya, Toronto Raptors of the NBA.[9]

Mena mula berlakon pada tahun 2011, dengan menjadi tetamu di siri televisyen Nikita dan Combat Hospital.[10] Pada tahun 2015, Beliau melakonkan watak sebagai Jared Malik dalam drama bersiri Kanada Open Heart', tetapi dibatalkan setelah satu musim. Pada tahun 2017, Beliau memegang watak sebagai Ollie Santos dalam filem Ordinary Days.[11] Pada tahun 2018, Beliau memegang watak sebagai Tarek Kassar dalam siri asal Amazon Prime Jack Ryan.

Massoud pada tahun 2019

Pada tahun 2019, Mena memegang watak utama iaitu sebagai Aladdin dalam filem Filem pengembaraan fantasi Disney Aladdin, merupakan adaptasi aksi nyata dari filem animasi dengan nama yang sama. [1] Untuk persembahannya, dia menerima pencalonan Teen Choice Award, dan dua pencalonan National Film & TV Award.[12][13] Pada tahun yang sama, beliau melakonkan watak utama iaitu Ethan Hart dalam Reprisal siri asal Hulu. [14] Juga pada tahun 2019, Beliau muncul sebagai Chaz dalam filem thriller Strange but True, dan memegang watak sebagai Kamal dalam filem drama Run This Town.[15]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem
Tahun Tajuk Peranan Nota
2015 Let's Rap John
2017 Ordinary Days Ollie Santos
2019 Run This Town Kamal [16]
2019 Aladdin Aladdin
2019 Strange but True Chaz
2019 Merging with the Infinite Charlie Smith
2020 Run This Town Kamal
2020 Lamya's Poem Rumi (suara)
TBA The Royal Treatment Prince Thomas Pre-production[17]
Televisyen
Tahun Tajuk Peranan Nota
2011 Nikita Al Qaeda No. 2 1 episod
2011 Poser Bretten Thomason Peranan berulang, 6 episod
2011 Combat Hospital Salman Zawab 1 episod
2011 The 99 Hafiz the Preserver / Dave / Saad Peranan suara utama
2012 Cut to the Chase Jason Peranan berulang, 7 episod
2012 King Malik Atassi 1 episod
2015 Open Heart Jared Malik Peranan utama
2017 Saving Hope Justin Srinivasan 1 episod
2018 Jack Ryan Tarek Kassar Peranan berulang (musim 1)
2019 Reprisal Ethan Hart Peranan utama
Permainan video
Tahun Tajuk Peranan Nota
2016 Watch Dogs 2 Pelbagai suara Peranan suara

Anugerah dan percalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya yang dicalonkan Keputusan Ref
2019 Teen Choice Awards Choice Sci-Fi/Fantasy Movie Actor Aladdin Tercalon [12]
GQ Men of the Year Awards Breakthrough Talent Diri sendiri Menang [18]
National Film & TV Awards Best Actor Aladdin Tercalon [13]
Best Newcomer Tercalon

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "7 Things You Need to Know About Aladdin's Mena Massoud". E!. July 15, 2017. Dicapai pada July 16, 2017.
  2. ^ https://theeyeopener.com/2017/07/ryerson-alumnus-mena-massoud-cast-as-disneys-aladdin/
  3. ^ Omar, Eslam (May 29, 2019). "Aladdin's Egyptian actor Mena Massoud under fire over interview with Israeli outlet". Ahram Online. Dicapai pada August 15, 2019.
  4. ^ "Mena Massoud Explains How He Nabbed Star-Making Role in 'Aladdin'". Dicapai pada 29 May 2019.
  5. ^ "Aladdin Breakout Star Mena Massoud: 'People Who Look Like Me Struggle to Get Roles'". People. May 24, 2019. Dicapai pada June 22, 2019.
  6. ^ a b "Mena Massoud On Being 'Aladdin'", NPR, May 26, 2019, dicapai pada July 1, 2019
  7. ^ "'I followed my dream': Canadian Aladdin star Mena Massoud's magic carpet ride to stardom", CBC News, May 24, 2019, dicapai pada June 25, 2019
  8. ^ "Disney’s Vegan ‘aladdin’ Actor Mena Massoud Launches Plant-based Food Travel Show ‘evolving Vegan’"
  9. ^ "Disney's Vegan 'Aladdin' Actor Mena Massoud Launches Plant-Based Food Travel Show 'Evolving Vegan'", LIVEKINDLY, October 8, 2018, dicapai pada June 25, 2019
  10. ^ "Who is Mena Massoud? Meet Disney's new Aladdin". Entertainment Weekly. July 15, 2017. Dicapai pada June 25, 2019.
  11. ^ Barrett, Brandon. "Ordinary Days, three different ways at WFF Dec. 2". Pique (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-05-07.
  12. ^ a b Moreau, Jordan (June 19, 2019). "'Avengers: Endgame,' 'Riverdale,' 'Aladdin' Top 2019 Teen Choice Award Nominations". Variety. Dicapai pada June 19, 2019.
  13. ^ a b Wakeling, Naomi (October 21, 2019). "Nominations for the 2nd annual National Film & TV Awards are announced". National Film Academy. Diarkibkan daripada yang asal pada October 22, 2019. Dicapai pada February 20, 2020.
  14. ^ Petski, Denise (2018-08-08). "Mena Massoud Joins Hulu's Femme Fatale Pilot 'Reprisal' From Warren Littlefield & A+E Studios". Deadline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-05-08.
  15. ^ N'Duka, Amanda (2018-03-26). "Ben Platt, Nina Dobrev, Mena Massoud & Damian Lewis To Star In 'Run This Town'". Deadline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-05-07.
  16. ^ "Damian Lewis to Play Controversial Ex-Toronto Mayor Rob Ford in Drama".
  17. ^ N'Duka, Amanda (January 25, 2021). "'Austin & Ally' Alum Laura Marano & 'Aladdin's Mena Massoud Get 'The Royal Treatment' From Netflix". Deadline. Dicapai pada January 26, 2021.
  18. ^ "Mena Massoud is GQ's Breakthrough Talent". GQ. October 6, 2019. Dicapai pada October 8, 2019.