Merkantilisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lukisan yang mengambarkan satu perlabuhan di Perancis dari tahun 1638, semasa zaman kegemilangan merkantilisme.

Merkantilisme adalah satu teori ekonomi yang sudah lupus yang mempercayai bahawa kesejahteraan sesuatu negara hanya ditentukan oleh jumlah modal yang tersimpan di mana jumlah perdagangan sedunia sebagai tidak berubah. Modal negara dapat digambarkan secara nyata dengan jumlah kapital seperti mineral berharga, emas mahupun komoditi-komoditi lain yang dimiliki oleh negara. Modal ini boleh diperbesarkan jumlahnya dengan meningkatkan eksport dan mengurangkan import supaya nilai bersih perdagangan luar sentiasa positif. Pemerintahan suatu negara harus mencapai tujuan ini dengan melakukan perlindungan terhadap ekonomi dengan mendorong eksport dan mencegah import.

Teori ini mula dibina di dalam Zaman Moden Awal yang boleh diletakkan di antara kurun ke-16 and ke-18. Pada masa yang sama, falsafah mengenai negara bangsa sangat berpengaruh di Eropah. Kehadiran kedua-dua pendapat yang dominan saling menperkuatkan di antara satu sama lain dan seterusnya mengadakan justifikasi untuk campur tangan kerajaan di dalam pasaran. Falsafah kapitalisme dan imperialisme boleh menjejak permulaan masing-masing daripada pemikiran merkantilisme. Gabungan hampir kesemua pemikiran-pemikiran ini akhirnya menyebabkan peperangan berlaku di antara negara-negara Eropah apabila mereka cuba untuk menguasai pasaran asing yang masih bebas daripada pengaruh masing-masing. Di bawah sistem merkantislime, penguasaan dan kemudiannya pembesaran pasaran akan membawa kesejahteraan kepada sesuatu negara.


Pengaruh pemikiran merkantilisme mula berkurangan di akhir abad ke-18 apabila Empayar British dan beberapa kerajaan Eropah yang lain mula mengambil nasihat dari Adam Smith serta ahli-ahli ekonomi yang mempunyai pendirian liberalisme klasikal. Negara Jerman walau bagaimanapun tidak menerima falsafah liberalisme klasikal dengan memilih untuk berkiblatkan mazbah ekonomi yang lain. Di kalangan jajahan British, ekonomi Amerika Syarikat mula berasakan neo-merkantilisme yang boleh dilihat di dalam falsafah mazhab Amerika serta polisi-polisi pentadbiran Hamilton, Clay, Lincoln dan secara amnya Republican Party. Pandangan parti politik tersebut berasal dari polisi-polisi yang dipergunakan oleh Jerman serta pendapat ahli ekonomi Friedrich List. Pendirian ekonomi Amerika Syarikat hanya berubah di tahun 1930-am apabila program New Deal diperkenalkan.

Merkantislime sekarang telah ditolak sebagai lapuk oleh kebanyakan ahli ekonomi di masa sekarang. Walau bagaimanapun, sesetengah bahagian merkantislisme masih hidup dan diperdebatan di dalam bidang ekonomi.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Ekelund, Robert B. and Robert D. Tollison. Mercantilism as a Rent-Seeking Society: Economic Regulation in Historical Perspective. College Station: Texas A&M University Press, 1981.
  • Ekelund, Robert B and Robert F. Hébert. A History of Economic Theory and Method. New York: McGraw-Hill, 1997.
  • Heckscher, Eli F. Mercantilism. translation by Mendel Shapiro. London: Allen & Unwin. 1935.
  • Keynes, John Maynard. "Notes on Mercantilism, the Usury Laws, Stamped Money and the Theories of Under-Consumption." General Theory of Employment, Interest and Money.
  • Landreth, Harry and David C. Colander. History of Economic Thought. Boston: Houghton Mifflin, 2002.
  • Niehans, Jürg. A History of Economic Theory: Classic Contributions, 1720–1980. Baltimore: Johns Hopkins University Press, 1990.
  • Vaggi, Gianni and Peter Groenewegen.. A Concise History of Economic Thought: From Mercantilism to Monetarism. New York: Palgrave Macmillan, 2003.
  • Wilson, Charles. Mercantilism. London: Historical Association, 1966

Bahan bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]