Merton Beckwith-Smith

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Merton Beckwith-Smith
Nama gelaran Becky
Tempat bersemadi Tanah Perkuburan Perang, Hong Kong
Kesetiaan Bendera United Kingdom United Kingdom
Perkhidmatan Flag of the British Army.svg Tentera Darat British
Jumlah tahun berkhidmat 1910 - 1942
Pangkat Mejar Jeneral
Unit Coldstream Guards
Welsh Guards
Arahan Divisyen Infantri Ke-18 (East Anglian)
Pertempuran Perang Dunia Pertama
Perang Dunia Kedua
Anugerah Distinguished Service Order
Military Cross
Croix de Guerre

Mejar Jeneral Merton Beckwith-Smith DSO, MC, MA (11 Julai 1890 – 11 November 1942) ialah seorang pegawai Tentera Darat British semasa Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Beckwith-Smith dilahirkan pada 11 Julai 1890, dan menerima pendidikan di Kolej Eton dan Universiti Oxford. Dalam tahun 1910 beliau ditauliahkan ke dalam Rejimen Coldstream Guards. Beliau berkhidmat di dalam rejimen Guards sepanjang Perang Dunia Pertama dan menjadi pegawai staf dalam Divisyen Guards.

Pada 14 Mac 1918 beliau berkahwin dengan Honor Dorothy Leigh. Mereka dikurniakan dua anak lelaki dan dua anak perempuan. anak lelakinya, Mejar berkhidmat di Perancis, Barat laut Eropah dan Palestin semasa Perang Dunia Kedua. seorang daripada anak perempuannya menjadi dang perwara Lady Diana.

Pada tahun 1930 Beckwith-Smith bertukar ke rejimen Welsh Guards; belaiu menjadi pegawai memerintah dalam rejimen itu dari tahun 1932 sehingga 1937. selepas ini belaiu menjawat beberapa jawatan ketenteraan di India sehingga perang Dunia Kedua.

Perang Dunia Kedua[sunting | sunting sumber]

Dalam tahun 1940 beliau dilantik sebagai panglima Briged Pertama Guards, sebahagian daripada Pasukan Ekspedisi British yang terlibat dengan Pertempuran Perancis dalam tahun 1939—1940. Selepas pengunduran dari Dunkirk, Beckwith-Smith dilantik panglima Divisyen Infantri Ke-18 (East Anglian) yang dilatihnya untuk penugasan seberang laut.

Divisyen Ke-18 memenangi latihan ketenteraan menentang Divisyen Infantri Kedua, dan sebagai ganjaran, buat kali pertama divisyen ini dihantar bertugas di seberang laut.

Pada awal tahun 1942, selepas belayar buat beberapa minggu, divisyen Beckwith-Smith tiba di Singapura. Tentera Empayar Jepun menyerang Singapura pada 8 Februari. Divisyen Ke-18 tidak banyak bertempur kerana strategi pertahanan Jeneral Percival panglima Malaya Command di Singapura. Percival menyerah diri bersama-sama 80,000 tentera British dan Komanwel di Singapura pada 15 Februari 1942, bersama-sama Beckwith-Smith dan divisyennya. Dalam bulan Ogos 1942 beliau dipindahkan dari Singapura ke Formosa (sekarang Taiwan) bersama-sama Jeneral Percival dan semua pegawai tinggi British. Pada 11 November 1942 Mejar Jeneral Merton Beckwith-Smith meninggal dunia di kem tawanan Karenko akibat difteria sebagai seorang Tawanan Perang.[1]

Dalam musim bunga 1946, Suruhanjaya Kubur Perang Imperial menggali semula semua kubur tawanan perang di Taiwan dan mengkebumikan semula jenazah di Tanah Perkuburan Sai Wan Bay di Hong Kong. Beberapa tahun kemudian, kubur Beckwith-Smith di Sai Wan Bay dikenal pasti diatas permintaan Puteri Diana.[2]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Goodman, Eric W. "War Diary of Brigadier Goodman". Britain at War.org. Diperoleh pada 11 September 2009. 
  2. Staff Jack Edwards 1918 - 2006, The Times obituary 15 August 2006

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]