Mesin renang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Mesin renang adalah peralatan halang renang, sering kali lengkap, yang membolehkan perenang berenang setempat. Ia dapat dicapai sama ada melalui melajukan air melalui perenang atau menyokong perenang, sama ada dalam air atau di daratan. Jenis pertama dikenali sebagai mesin renang lawan arus, biasanya terdiri dari tangki air sekurang-kurangnya dua kali lebih panjang dan sekitar satu setengah ganda luas seseorang dengan anggota dilunjurkan. Perenang berenang tanpa ditahan melawan arus air yang digerakkan melalui peranti mekanikal, seperti jet, kipas atau roda dayung (paddle wheels).

Mesin renang lawan arus mula muncul sekitar 1970-an, pada awalnya dalam bentuk arus jet pancuan pam, yang menyebabkan sejumlah perolakan dan persekitaran renang luar biasa. Ia diikuti pada 1980-an dengan mesin pacuan kipas dan roda dayung. Ini memberikan aliran air yang lebih tenang. Ramai pengguna mendapati ia mudah digunakan, sungguhpun sesetengah merasa terganggu oleh kocakan kuat – biasa bagi kolam kecil sebegini, terutama apabila melakukan strok sekata (symmetrical) seperti kuak dada dan kuak kupu-kupu. Mesin ini juga dikritik sebagai mahal, bising dan membazir tenaga (mesin biasa memerlukan sambungan tenaga khas menghantar 3 hingga 4 kW bagi mesin memberi tekanan, dan 6.5 hingga 11 kW bagi mesin pemberi jumlah (volume), selain tenaga yang diperlukan bagi memanas dan menapis air--biasanya tambahan 5 kW bagi pemanas eletrik dan sekitar 1.5 kW bagi penapis dan pam kolam).

Dua jenis mesin senaman membentuk kumpulan kedua. Sistem hibrid - kolam mikro lengkap sama seperti jenis lawan arus tetapi menggunakan tambatan lentur bagi mengekalkan perenang di satu tempat. Sistem sebegini, berkuasa manusia tidak memerlukan mesin atau eletrik tetapi perlu direka khas bagi memedam pembentukan ombak. Jenis kedua membenarkan seseorang kekal didaratan sementara menyamai kuak renang tertentu. Mesin kedua bagaimanapun tidak mampu mengampu berat badan dan anggota dan dengan itu menghilangkan kelebihan bersenam dalam persekitaran akuatik. Bagaimanapun, usaha lebih tinggi diperlukan oleh mesin sedemikian, disebabkan ketiadaan kesan metabolis merendam badan dalam air, menjadikan mesin ini lebih berkesan berbanding renang sebenar sekiranya matlamatnya adalah mencapai pengurangan berat. Sama juga kegunaannya, tetapi tidak layak dikategorikan sebagai mesin renang disebabkan ia memerlukan capaian kepada kolam renang, adalah pelbagai sistem tambatan.

Mesin menggunakan tekanan[sunting | sunting sumber]

Sistem sebegini bergantung kepada satu atau lebih pam. Yang terbaik dihasilkan bagi memaksima jumlah air yang dihantar, dengan ketiadaan kepala tinggi yang tidak diperlukan kerana air tidak perlu diangkat, cuma digerakkan. Kdar pengeluaran sekitar 13 L/s (200 US gal/min) mampu dihasilkan, menggunakan motor dengan tiga atau empat kuasa kuda (2 or 3 kW). Salah satu model terawal dipasaran - diperkenalkan pada 1973 - adalah Badujet yang hanya ada dalam bentuk sistem kipas terbuka, yang dipasang pada kolam sedia ada atau baru dibina.

Juga dalam kategori ini adalah beberapa spa renang, biasanya kerangka serabut kaca dilengkapi dengan beberapa pam kolam bagi meggerakkan air. Dianggap lebih mudah kerana ia dijual lerai, kualiti renang dikritik oleh perenang tempat tertutup sebagai agak berombak, disebabkan kekuatan arus dihasilkan melalui kelajuan air dan tekanan air dikeluarkan, berbanding jumlah air. Sebaliknya, triathletes dan perenang laut lain memuji sistem ini disebabkan perolakan dihasilkan menyerupai ombak laut, dengan itu meningkatkan stamina dan ketahanan.

Swim Spas, sebagaimana namanya, merupakan gabungan spa (atau tub panas) dan kolam latihan. Model zon tunggal biasanya kolam gentian kaca berkuasa tekanan yang mempunyai jet renang pada satu hujung, dan satu atau lebih tempat duduk spa dengan jet urut pada hujung bersetentangan.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]