Michelin
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Michelin | |
| Jenis | SCA awam (Euronext: ML) |
|---|---|
| Ditubuhkan | 1888 |
| Ibu pejabat | Clermont-Ferrand, Perancis |
| Orang utama | Michel Rollier (Rakan am dan CEO), Eric Bourdais de Charbonnière (Pengerusi lembaga) |
| Industri | Pengeluaran, penerbitan |
| Produk | Tayar, khidmat bantuan pelancongan |
| Hasil | €16.87 bilion (2007)[1] |
| Pendapatan operasi | ▲ €1.319 bilion (2007)[1] |
| Keuntungan | ▲ €772 juta (2007)[1] |
| Pekerja | 113,500 (2007)[1] |
| Laman web | www.michelin.com |
Michelin (nama penuh: SCA Compagnie Générale des Établissements Michelin) (Euronext: ML) yang bertapak di Clermont-Ferrand di région Auvergne di Perancis, merupakan pengeluar tayar terbesar di dunia. Michelin juga terkenal kerana panduan pelancongannya yang berwarna Merah dan Hijau, bintang Michelin yang dikurniakan oleh Panduan Merah tersebut kepada restoran-restoran yang bermutu tinggi, peta jalannya, dan juga logonya iaitu Michelin Man.
Anak syarikat pengeluar tayarnya secara rasminya bernama Manufacture Française des Pneumatiques Michelin, "Syarikat pembuatan tayar Michelin di Perancis." Ibu pejabat syarikat ini terletak di Clermont-Ferrand, 424 km ke selatan ibu kota Paris, Perancis.
[sunting] Rujukan
[sunting] Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Michelin |