Mikhail Timofeyevich Kalashnikov

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mikhail Timofeyevich Kalashnikov
Михаил Тимофеевич Калашников
Michael Kalashikov.jpg
Kelahiran 10 November 1919(1919-11-10)
Kuriya, Altai Krai, RSFSR
Meninggal dunia 23 Disember 2013 (94 tahun)
Izhevsk, Udmurtia, Rusia
Tempat tinggal Izhevsk, Udmurtia
Warganegara Rusia
Pekerjaan Pereka Senjata Ringan, Leftenan Jeneral
Terkenal kerana Pereka Senapang AK-47
Pasangan Ekaterina Kalashnikova[1]
Anak Victor (Anak Lelaki), Nelly, Natasha,dan Elena (Anak Perempuan)[1]
Ibu bapa Timofey Aleksandrovich Kalashnikov, Aleksandra Frolovna Kalashnikova (née Kaverina)
Anugerah Hero of Socialist Labor
Hero of the Russian Federation
Order of St. Andrew
Lenin Prize
Stalin Prize
State Prize of the Russian Federation
Order of Merit for the Fatherland II class
dan banyak lagi
MK, 2007

Leftenan Jeneral Mikhail Timofeyevich Kalashnikov (Михаил Тимофеевич Калашников) (10 November 1919 - 23 Disember 2013) adalah pereka pelbagai jenis senapang di Rusia. Dilahirkan dalam keluarga miskin di kampung Kurya, wilayah Altai, Siberia, Rusia.

Kerjaya beliau dalam lapangan kejuruteraan di stesen kereta api yang membolehkan beliau menjadi mekanik yang hebat.

1938 menyertai pasukan Tentera Merah Rusia sebagai pemandu kereta kebal ketika Perang Patriotik Besar.Pada Oktober 1941 Kalashnikov cedera parah semasa dalam satu pertempuran. Sejak itu beliau merekacipta senjata semasa di hospital dan menyertai Moscow Aviation Institute.

1947 beliau merekacipta senjata "Avtomat Kalashnikova model 1947 atau singkatannya AK-47 / Kalashnikov

Pada 1949 senjata AK-47 digunakan secara meluas dalam Tentera Merah Rusia dan di kebanyakan peperangan di dunia.

Sejak 1949 Mikhail Kalashnikov tinggal dan bekerja di bandar Izhevsk, Udmurtia. Pada 2004 beliau memperkenalkan minuman Vodka, sejenis arak.

Mikhail Kalashnikov diberi gelaran 'Hero of Socialist Labor' oleh pemimpin Kesatuan Soviet.Pada 1998 beliau diberi anugerah 'Order of Saint Andrew'. Dalam Tentera Merah Rusia, beliau diberi pangkat Leftenan Jeneral. Pada hari ulangtahun kelahiran beliau yang ke-90,Presiden Rusia Dmitry Medvedev mengurniakan pingat "Hero of the Russian Federation" (Wira Persekutuan Rusia),diatas lahirnya 'satu jenama yang boleh dibanggai oleh seluruh warga Rusia'.

Kemudian beliau mendapat 'Doctor of Technical Sciences'.

Beliau dilaporkan dihantar ke hospital di hospital terletak di Izhevsk dan meninggal dunia selepas kurang sihat yang berpanjangan/

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

,