Miley Cyrus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Miley Cyrus

Miley Cyrus di Oscars 2009
Latar belakang
Nama lahir Destiny Hope Cyrus
Nama lain Miley Cyrus
Lahir 23 November 1992 (umur 19)
Nashville, Tennessee, Amerika Syarikat
Asal Franklin, Tennessee, A.S.
Genre Muzik pop
Pekerjaan Penyanyi
Pelakon
Alat muzik Penyanyi
Tahun aktif 2003—kini
Label Walt Disney
Hollywood
Kegiatan
berkait
Billy Ray Cyrus
Trace Cyrus
Jonas Brothers
Demi Lovato
Laman web MileyCyrus.com

Miley Cyrus (lahir Destiny Hope Cyrus di Nashville, Tennessee, Amerika Syarikat tanggal 23 November 1992) merupakan seorang penyanyi dan pelakon berkebangsaan Amerika Syarikat. Beliau menjadi sensasi remaja dan kanak-kanak setelah membintangi siri TV Hannah Montana. Majalah Forbes melaporkan hasil kekayaannya sebanyak 3.5 juta dolar AS.

[sunting] Biografi

Miley adalah anak dari penyanyi country terkenal Billy Ray Cyrus dengan isterinya, Leticia "Tish" Cyrus. Beliau turut mempunyai beberapa orang adik-beradik iaitu Noah Lindsey Cyrus, Brandi Cyrus, dan Christopher Cody Cyrus. Beliau digelar Miley kerana dahulu beliau selalu tersenyum sewaktu dia masih kecil. Beliau juga bersahabat dengan Emily Osment dan Mitchel Musso.

[sunting] Kerjaya

Miley mulai berlakon buat pertama kali dengan membintangi siri TV Doc. Beliau kemudian membintangi filem Big Fish dan juga beberapa iklan komersil. Beliau mengikuti pelbagai uji bakat Disney sewaktu berusia 11 tahun. Namun, Disney menganggap beliau terlalu muda. Walau bagaimanapun, semangat Cyrus untuk membintangi siri TV membuatkan Disney memanggilnya kembali untuk uji bakat peranan menerusi Hannah Montana. Walt Disney Records turut melancarkan bunyi runut Hannah Montana di mana Cyrus menyanyikan 8 lagu sebagai Hannah Montana, dan 1 duet bersama ayahnya. Lapan bulan kemudian, album Hannah Montana 2: Meet Miley Cyrus dilancarkan. Pada bulan Disember 2007, majalah Forbes melaporkan hasil kekayaannya ialah 3.5 juta dolar AS, dan melayakkan beliau menduduki tangga ke-17 sebagai 'Artis di bawah usia 25 tahun yang berpendapatan tinggi'.

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain