Minnesota Twins

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Minnesota Twins
Musim 2024 Minnesota Twins
Ditubuhkan pada 1901
Berpusat di Minneapolis sejak 1961
Logo pasukanLencana topi
Gabungan liga utama
Seragam terkini
Fail:MLB-ALC-MIN-Uniform.png
Nombor tidak digunakan
Warna
  • Merah, biru kelasi, putih[1][2]
                  
Nama
Gelaran lain
  • Twinkies
  • Nats (1905–1955)
  • Grifs (1912–1920)
  • Little Piranhas (2006)
  • Bomba Squad (2019)
Ballpark
Kejuaraan Liga Utama
Kejuaraan Siri Dunia (3)
AL Pennant (6)
AL West Kejuaraan Divisyen (4)
AL Central Division titles (8)
Kemunculan Wild card (1)2017
Pejabat pengurusan
PemilikKeluargaPohlad (Joe Pohlad, pengerusi)[3]
PengurusRocco Baldelli[4]
Pengurus BesarThad Levine[5][6]
Presiden Operasi BesbalDerek Falvey (Chief Baseball Officer)[7][8]

Minnesota Twins ialah pasukan besbol profesional Amerika yang berpusat di Minneapolis. Twins beraksi di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota American League (AL) Central. Nama pasukan ini diambil sempena nama kawasan Twin Cities yang merangkumi dua buah bandar iaitu Minneapolis dan St. Paul.

Pasukan ini telah ditubuhkan di Washington, D.C. pada tahun 1901 dengan nama Washington Senators. Pasukan ini kemudiannya berpindah ke Minnesota dan dinamakan semula kepada Minnesota Twins sebelum musim 1961. Twins telah beraksi di Metropolitan Stadium dari tahun 1961 hingga 1981 sebelum menggunakan venue Hubert H. Humphrey Metrodome dari 1982 hingga 2009. Pasukan ini mula beraksi dalam perlawanan sulung di Target Field pada 12 April 2010.[9] Pasukan ini pernah menjuarai Siri Dunia pada tahun 1924 sebagai pasukan Senators[10] dan pada tahun 1987 dan 1991 sebagai Twins.

Dari tahun 1901 sehingga 2022, rekod menang-kalah-seri pasukan ini secara keseluruhannya ialah 9,090–9,800–109; manakala sebagai pasukan Twins pula (sehingga 2022), ialah 4,867–4,936–8.[11]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pasukan Washington Senators telah ditubuhkan pada tahun 1901 sebagai salah satu daripada lapan pasukan asal American League. Pembentukan pasukan ini pada awalnya mempamerkan prestasi tidak memberangsangkan apabila menghasilkan antara rekod peratus kemenangan terendah dalam sejarah besbol iaitu sama ada menduduki tempat terakhir atau tempat kedua terakhir dalam sembilan musim berturut-turut, iaitu dari tahun 1903 sehingga 1911. Prestasi teruk ini telah mendorong seorang wartawan untuk menggelarkan pasukan ini dengan satu bon mot terkenal iaitu, “Washington—first in war, first in peace, and last in the American League.” Pasukan Senators menampakkan sinar apabila bakal pitcher di Dewan Kemahsyuran iaitu Walter Johnson menghasilkan rekod purata peroleh larian secara kumulatif pada 2.17 sepanjang 21 tahun kariernya di Major League. Johnson kemudian disertai Goose Goslin pada 1921 dan mereka berdua membantu Senator untuk meraih kejayaan pennant sulung dan Siri Dunia pada 1924. Kejayaan Siri Dunia terhasil dari kemenangan dramatik ke atas New York Giants dalam inning ke-12 pada aksi ketujuh siri. Senators kembali ke aksi Siri Dunia lagi pada 1925 dan 1933 tetapi kedua-duanya berakhir dengan kekalahan. Pada tahun 1954, Senators membawa masuk pemukul hebat besbol sepanjang zaman, Harmon Killebrew. Walau bagaimanapun, kehadiran beliau tidak cukup menarik minat penonton apabila pasukannya hanya menamatkan kempen di tempat terakhir AL sejak kemunculan terakhirnya di playoff pada 1933. Senators kemudiannya berpindah ke Minneapolis pada 1961.

Selepas bertukar nama menjadi Twins, pasukan ini terus menjadi pencabar baru di tempat baru dengan mara ke Siri Dunia 1965. Twins pada masa itu dibarisi pemain termasuklah Tony Oliva dan pitcher Jim Kaat. Minnesota juga membawa masuk Rod Carew pada 1967 yang memenangi Anugerah Rookie Terbaik AL pada musim sulungnya bersama Twins. Beliau bersama Oliva dan Killebrew telah mengemudi Twins meraih gelaran AL Central Division pada 1969 dan 1970. Twins mula kembali merosot pada baki 1970-an dan awal 1980-an tetapi pada tahun 1987, jurulatih Tom Kelly membimbing Twins meraih Siri Dunia dengan mengetepikan cabaran pasukan St. Louis Cardinals.

Twins telah beraksi di pertembungan menarik, “Fall Classic” dalam Siri Dunia 1991 menentang Atlanta Braves. Braves seperti Twins telah menamatkan kempen di tempat terakhir divisyen masing-masing pada tahun sebelumnya. Akan tetapi, kedua-dua pasukan ini berentap sesama sendiri di Siri Dunia menjadikan ia titik pusingan “worst-to-first” pertama dalam sejarah moden besbol. Siri Dunia tersebut yang menampilkan empat perlawanan berakhir dengan kemenangan di pihak tuan rumah yang ditentukan oleh pukulan kemenangan. Twins akhirnya memenangi perlawanan keenam dan ketujuh melalui extra inning. Perlawanan keenam disorot kepada aksi home run pada inning ke-11 oleh Kirby Puckett manakala sorotan perlawanan ketujuh pula ialah 10 inning sempurna hasil persembahan pitcher pemula Twins, Jack Morris.

Pada tahun 2001, Twins merupakan salah satu pasukan MLB yang memiliki pendapatan paling sedikit dan juga antara dua pasukan (bersama Montreal Expos) yang dicadangkan oleh Pesuruhjaya Bud Selig untuk menyingkirkan pasukan tersebut dari MLB dalam usaha meraih pendapatan atau hasil melalui sukan berkenaan. Perintah mahkamah pada tahun 2002 telah memaksa Twins untuk meluputkan sewaan di Hubert H. Humphrey Metrodome, yang telah menamatkan ancaman kontrak sekali gus memberi laluan kepada perancangan pasukan bagi pembinaan stadium yang lebih memberi untung (Target Field, yang kemudian dibuka pada 2010).

Twins memulakan pencapaian meriah kejuaraan AL Central Divisyen sebanyak tiga kali berturut-turut pada tahun 2002 dan mereka merangkul kejuaraan divisyen tersebut buat kali keempat pada abad ke-21 pada tahun 2006 tetapi kesemuanya tidak dapat menembusi kemunculan pasukan ini di Siri Dunia. Selepas kemarau dua musim tanpa aksi di postseason, Twins meraih satu lagi kejuaraan divisyen pada 2009 tetapi tertewas dalam pusingan pertama playoff. Pasukan ini menjuarai kejuaraan AL Central pada 2010 tetapi ia disusuli oleh kemerosotan yang dialami pasukan dengan serta-merta. Twins menduduki tempat terakhir divisyen menjelang musim-musim berikutnya. Puncak kemerosotan pasukan berlaku pada tahun 2016 apabila mencatatkan rekod 59–103, menjadikan rekod terburuk pasukan sejak berpindah ke Minnesota.

Pada tahun berikutnya, Twins membuat salah satu kebangkitan terhebat dalam sejarah MLB apabila meraih 85 kemenangan untuk meraih kelayakan ke aksi Wild Card AL. Twins menjadi pasukan pertama yang mencatatkan 100 kekalahan pada musim berikutnya setelah beraksi di postseason pada musim lalu. Minnesota juga bangkit kembali pada 2018 apabila meraih 78 kemenangan dengan beraksi cemerlang sebelum playoff. Pada 2019, Twins berjaya meraih 101 kemenangan (kemenangan terbanyak diraih dalam sejarah pasukan sejak tahun 1965) dan meletakkan rekod MLB iaitu 307 jumlah home run dihasilkan. Walau bagaimanapun, Minnesota sekali lagi tersingkir di siri postseason pertama. Pada musim 2020 yang dipendekkan akibat pandemik Covid-19, kekecewaan Twins di postseason sekali lagi berterusan apabila mereka tersingkir di pusingan Wild Card, sekali gus melanjutkan kekalahan di playoff sebanyak 18 kali berturut-turut – rekod terbanyak dalam sejarah sukan utama di Amerika Utara.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dikenali sebagai National Park dari 1911 sehingga 1920.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Park, Do-Hyuong (November 18, 2022). "Twins honor past, greet future with new uniforms". MLB.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada November 19, 2022. The core red, white and blue color scheme remains, but the hues themselves have been slightly tweaked with a more vibrant red and a darker navy blue -- almost bordering on black -- to accentuate contrasts and unify the color scheme, particularly with the caps. The Kasota Gold of the most recent color scheme is gone, as are drop shadows, outlines and the like, leading to a much sleeker, more unified design.
  2. ^ "Inspired by the past, built for the future: Minnesota Twins unveil new marks and uniforms". MLB.com (Siaran akhbar). MLB Advanced Media. November 18, 2022. Dicapai pada November 19, 2022. Lastly, the Twins’ legacy color palette – embraced by the franchise since the Washington Senators debuted in 1901 – has been modernized with a slightly brighter shade of red, a boldly dark navy blue and a more brilliant sheen of white.
  3. ^ "Jim Pohlad steps down, Joe Pohlad new executive chairman". mlb.com.
  4. ^ Randhawa, Manny (October 25, 2018). "Twins tab Rocco Baldelli as new manager". TwinsBaseball.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada July 13, 2019.
  5. ^ Bollinger, Rhett (November 3, 2016). "Levine formally named general manager". TwinsBaseball.com. MLB Advanced Media. Diarkibkan daripada yang asal pada November 4, 2016. Dicapai pada November 3, 2016.
  6. ^ E. Neal, La Velle III (November 3, 2016). "Twins name Thad Levine general manager". Star Tribune. Dicapai pada November 3, 2016.
  7. ^ "Minnesota Twins name Derek Falvey Executive Vice President, Chief Baseball Officer". TwinsBaseball.com (Siaran akhbar). MLB Advanced Media. October 3, 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada October 28, 2016. Dicapai pada October 4, 2016.
  8. ^ E. Neal, La Velle III (October 3, 2016). "Derek Falvey officially named Twins' chief baseball officer". Star Tribune. Dicapai pada October 4, 2016.
  9. ^ "Minnesota Twins Move Into Target Field". TwinsBaseball.com (Siaran akhbar). MLB Advanced Media. January 4, 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada January 9, 2010. Dicapai pada February 17, 2018.
  10. ^ "Remembering the Washington Senators' 1924 World Series". Bleacher Report. October 27, 2012. Dicapai pada May 25, 2019.
  11. ^ "Minnesota Twins Team History & Encyclopedia". Baseball Reference. Sports Reference. Dicapai pada 2020-06-16.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]