Chicago White Sox

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chicago White Sox
Musim 2024 Chicago White Sox
Ditubuhkan pada 1894
Berpusat di Chicago sejak 1900
Logo pasukanLencana topi
Gabungan liga utama
Seragam terkini
Fail:MLB-ALC-CWS-Uniform.png
Nombor tidak digunakan
Warna
  • Hita, perak, putih[a][2]
                  
Nama
  • Chicago White Sox (1904–kini)
  • Chicago White Stockings (19001903)
  • St. Paul Saints (18951899)
  • Sioux City Cornhuskers (1894)
Gelaran lain
  • The Sox, The Chi Sox, The South Siders, The Pale Hose, The Black Sox (1919)
Ballpark
Kejuaraan Liga Utama
Kejuaraan Siri Dunia (3)
AL Pennant (7)
WL Pennants (1)
AL West Kejuaraan Divisyen (2)
AL Central Division titles (4)
Kemunculan Wild card (1)
Pejabat pengurusan
PemilikJerry Reinsdorf
PengurusPedro Grifol

Chicago White Sox merupakan pasukan besbol profesional Amerika yang berpusat di Chicago. White Sox bersaing di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota American League (AL) Central. Pasukan ini dimiliki oleh Jerry Reinsdorf dan mereka beraksi di Guaranteed Rate Field. Pasukan White Sox merupakan salah satu pasukan MLB yang berpangkalan di Chicago selain Chicago Cubs yang merupakan anggota National League (NL) Central.

White Sox merupakan salah satu daripada lapan pasukan penubuh American League. Pasukan ini telah ditubuhkan sebagai pasukan besbol pada tahun 1900 sebagai Chicago White Stockings, sebelum ia dipendekkan menjadi White Sox pada 1904. Pasukan ini pada awalnya beraksi di South Side Park sebelum berpindah ke Comiskey Park pada 1910 dan ia digunakan sehingga tahun 1990. Mereka berpindah ke gelanggang kini, yang dahulunya dikenali sebagai Comiskey Park sebelum ia memperoleh tajaan daripada U.S. Cellular mulai musim 1991.

White Sox telah menjuarai Siri Dunia sulung mereka pada tahun 1906 dengan menewaskan Cubs. Pasukan ini berorientasikan aspek bertahan sehingga digelar "the Hitless Wonders". Kemudian, mereka menjuarai Siri Dunia 1917 menewaskan New York Giants. Kemunculan berikutnya ialah di Siri Dunia 1919 yang dicemari Black Sox Scandal apabila lapan pemain White Sox didapati berkompot dengan penjudi untuk mengatur perlawanan dan mereka akhirnya tewas di Siri Dunia kepada pasukan Cincinnati Reds. Sebagai tindak balas, Pesuruhjaya MLB baru iaitu Kenesaw Mountain Landis telah menggantung pemain-pemain tersebut sepanjang hayat. White Sox hanya melakukan dua penampilan di Siri Dunia sahaja semenjak skandal berkenaan. Siri Dunia pertama berlangsung pada tahun 1959 apabila mereka kecundang kepada Los Angeles Dodgers manakala aksi seterusnya pada tahun 2005 yang menyaksikan mereka akhirnya menjuarainya menewaskan Houston Astros. Penantian selama 87 tahun merupakan kemarau kejuaraan MLB kedua terlama sepanjang zaman selepas pasukan Cubs yang memakan masa selama 107 musim.

Dari tahun 1900 sehingga 2022, rekod menang-kalah White Sox secara keseluruhannya ialah 9,492–9,390 .[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pasukan White Sox pada asalnya dikenali sebagai "the Sioux City (Iowa) Cornhuskers" dan pasukan ini mula ditubuhkan sebagai pasukan minor league pada tahun 1894. Kelab ini telah dibeli oleh, Charles Comiskey pada penghujung musim sulungnya dan mereka berpindah ke St. Paul, Minnesota. Pasukan ini kemudiannya berpindah ke Chicago pada tahun 1900 dan American League yang baru diangkat status sebagai Major League Baseball pada tahun berikutnya telah menyaksikan Chicago merebut kejuaraan liga pertama. Kemasukan Chicago pada awal penampilannya di liga tersebut dikenali sebagai "the White Stockings" sehingga tahun 1904 sebelum mereka mengguna pakai nama sekarang.

Imej pasukan ini telah tercemar disebabkan penampilannya di Siri Dunia 1919 apabila beberapa pemain Chicago berkomplot untuk mengatur perlawanan bagi memihak kepada pasukan underdog, Cincinnati Reds. Perkaitan pertaruhan tersebut akhirnya mengesan pertalian dengan lapan pemain pasukan termasuk outfielder Shoeless Joe Jackson. Peristiwa yang dikenali sebagai Black Sox Scandal ini mendedahkan bukti-bukti bahawa pemain-pemain terbabit sengaja kalah di Siri Dunia dalam lapan aksi sekali gus memberi kesan kepada penggantungan mereka dan menjejaskan reputasi pasukan dan sukan. Sesudah skandal itu, White Sox terpaksa bergelut selama 86 musim berikutnya dengan hanya menjuarai satu kejuaraan pennant AL pada tahun 1959 dengan gelaran pasukan “the Go-Go Sox”. White Sox juga memenangi kejuaraan divisyen pada 1983 bersama beberapa pemain yang diingati sebagai “winning ugly”.

Apabila pasukan ini tidak dapat meraih banyak kejayaan pada sebahagian besar abad ke-20, White Sox telah menampilkan beberapa pemain Dewan Kemahsyuran seperti Eddie Collins, Luke Appling, Al Simmons, Luis Aparicio dan Nellie Fox serta pemain kegemaran peminat iaitu Minnie Miñoso dan Harold Baines. Pada tahun 1981, White Sox mendapatkan Carlton Fisk, 11 kali pemain All-Star (empat kali bersama White Sox) dan merupakan antara catcher terhebat sepanjang zaman. First baseman Frank Thomas telah bermain selama 16 tahun bersama pasukan pernah meraih Anugerah Pemain Terbaik AL dua kali berturut-turut pada tahun 1993 dan 1994.

Pada tahun 2005, pengurus Ozzie Guillen telah membawa pasukan veteran White Sox untuk merangkul kejuaraan secara mengejut, iaitu gelaran Siri Dunia sulung pasukan sejak tahun 1917. White Sox kembali semula ke postseason pada tahun 2008 tetapi mereka gagal untuk mara melepasi pusingan pertama playoff. Pada tiga musim berikutnya menyaksikan White Sox menamatkan kempen tidak lebih daripada tempat kedua divisyen. Seterusnya, hubungan tegang antara Guillen dan pihak pengurusan pasukan telah mendorong kepada penamat kontrak beliau sebaik sebelum tamatnya musim 2011. White Sox kemudian memasuki tempoh pemulihan semula apabila pasukan ini sering menduduki tempat terakhir divisyen sehingga penghujung dekad. Pada musim 2020 yang dipendekkan akibat pandemik COVID-19, Chicago meraih rekod musim kemenangan pertama sejak tahun 2008 dan kembali ke aksi playoff selepas 11 tahun kemarau. Walau bagaimanapun, mereka tewas kepada Oakland A’s di Wild Card Series. Ketika habis musim, Tony La Russa kembali menjadi pengurus pasukan semula buat kali kedua. Kebangkitan Chicago ini dilanjutkan pada tahun 2021 apabila mereka mencatatkan 93 kemenangan untuk menduduki puncak kedudukan Central Division. Mereka mara ke AL Division Series tetapi disingkirkan oleh Houston Astros.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Warna rasmi pasukan ialah hitam dan perak menurut laman web rasmi maskot pasukan (Southpaw).[1]
  2. ^ Select games only.
  3. ^ The American League was still considered a minor league in 1900, subject to the National Agreement with the older National League.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "About Southpaw". WhiteSox.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada August 21, 2018.
  2. ^ "Logos and Uniforms". WhiteSox.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada December 17, 2018.
  3. ^ "Chicago White Sox Team History & Encyclopedia". Baseball Reference. Baseball Info Solutions. Dicapai pada 2019-02-04.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]