Mohamad Norza Zakaria
| Datuk Mohamad Norza Zakaria |
|
![]() |
|
|
|
|
| Tempoh berjawat 2008 – 2009 |
|
|
|
|
| Parti politik | |
|---|---|
| Agama | Islam |
Datuk Mohamad Norza Zakaria (lahir 1966) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu yang merupakan bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan bekas ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.
Isi kandungan |
[sunting] Isu tuduhan rasuah
Pada 13 Mac 2009, Norza Zakaria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Temerloh atas dua tuduhan rasuah bagi memenangi jawatan dalam pemilihan parti UMNO pada Mac 2009 . Dia dituduh jam 6.30 petang di No 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh. Suapan wang tunai RM1,500 kepada Khadri Musa melalui Halimi Kamaruzzan untuk diagihkan kepada anggota-anggota perwakilan agar mengundi beliau. Rasuah RM1,900 juga diberi kepada Mohammad Anuar Yunus, juga melalui Halimi Kamaruzzaman sebagai dorongan mengundi beliau pada Mac nanti. Norza minta dibicarakan atas dua pertuduhan tersebut.
[sunting] Pertuduhan
Beliau didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.ika sabit kesalahan, beliau boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, mana-mana lebih tinggi.[1]
Tuduhan di bawah Seksyen 16(b)(A)Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama. Hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, mana-mana lebih tinggi. Majistret Ida Rahayu Sharif membenarkan Mohamad Norza diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin . 22 April 2009 tarikh sebutan semula kes. Peguam beliau ialah Datuk Muhammad Shafee Abdullah. Pendakwaan oleh peguam kanan persekutuan SPRM Datuk Abdul Razak Musa.
Halimi Kamaruzzan (47 tahun) tinggal di No 99, Lorong IM2/88, Taman Medan Mahsyur, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Halimi merupakan AJK UMNO Maran dan diwakili peguam Jahaberdeen Mohamed Yunoos. Beliau turut didakwa di bawah seksyen yang sama dengan Norza dan dikenakan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin. Halimi mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan secara rasuah memberikan kepada Khadri dan Mohammad Anuar bagi pihak Mohamad Norza masing-masing sebanyak RM1,500 dan RM1,900.
Pada 15 September 2009, Mahkamah Sesyen di Temerloh menetapkan 10 November 2009 sebagai tarikh perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman.[2]
[sunting] Bebas kerana saksi belot
Perbicaraan telah diadakan di Mahkamah Sesyen Temerloh, Pahang mulai 10 November 2009. Saksi Mohd Taupik Hussain mendakwa memberi keterangan palsu kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kuantan (SPRM) kerana trauma akibat didera semasa soal siasat pada 22 Januari 2009.Kononnya dipaksa ketuk ketampi,tekan-tubi, berguling-guling di atas lantai selain kepalanya diketuk dengan kasutnya. Dia menerima 20 keping surat dari Norza di Mont Kiara, Kuala Lumpur pada 8 malam, 19 Januari 2009.
Peguambela Norza ialah Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah .Hakim ialah Azuar Che Yusof.[3]
Pada 17 Jun 2010, Norza (43) dibebaskan daripada tuduhan rasuah selepas pihak pendakwa tidak mahu meneruskan kes kerana saksi belot. Keterangan mereka itu didakwa tidak selaras dengan kenyataan yang dibuat kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang pada 20, 21 dan 23 Januari tahun 2009.[4]
[sunting] Saksi turut bebas
Pada 10 Ogos 2011, sembilan saksi dibebaskan setelah didakwa memberi keterangasn palsu. Mereka ialah Datuk Khadri Musa, 48; Muhammad Anuar Mohd Yunus, 44; Nasaruddin Abdullah, 48; Mohd Sabri Aziz, 46; Yusof Jamaluddin, 54; Jalaluddin Johan, 48; Mohd Taupik Hussin, 41; Nor Azhar Abdul Latip, 49, dan Saiful Azman Mokhtar Affendi, 46.Mereka didakwa mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun, denda atau kedua-duanya. Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM Putrajaya, Mohd Josiendra Abu Senin .Peguam tertuduh ialah Jahaberdeen Mohamed Yunoos dan Francis Tan.[5]
[sunting] Rujukan
- ↑ "Kes rasuah babitkan bekas ahli MT UMNO disebut semula 14 Mei", Klpos.com, 22 April 2009.
- ↑ "Perbicaraan kes rasuah Norza 10 November", Utusan Online, 15 September.
- ↑ "Saksi kes Norza dakwa didera pegawai SPRM", Utusan Online, 12 November 2009.
- ↑ Norza bebas tuduhan rasuah, saksi belot
- ↑ Kes rasuah Norza: Sembilan bebas tuduhan beri keterangan palsu
