Persatuan Bola Sepak Malaysia
| AFC | |
|---|---|
| Ditubuhkan | 1933 |
| Ibu pejabat | Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor |
| Penggabungan FIFA | 1956 |
| 1958 | |
| 1984 | |
| Presiden | KDYMM Sultan Ahmad Shah |
| Laman web | fam.org.my |
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merupakan badan yang mentadbir kegiatan bola sepak di Malaysia. Ia bertanggungjawab bagi menguruskan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dan kejohanan-kejohanan besar yang diadakan di negara Malaysia. Bola sepak tiba di Malaya dengan British. Orang-orang tempatan kemudiannya mempelajari permainan berkenaan. Tidak lama selepas itu, ia menjadi permainan yang terulung di Malaysia. Sehingga akhir abd ke-19, bola sepak menjadi tiang tengah kepada kebanyakan kelab-kelab sukan di Malaysia. Tetapi ianya tidak distrukturkan. Walaupun Liga Bola Sepak Amatur Selangor ditubuhkan, pertandingan hanya terhad kepada kelab-kelab di dalam daerah Kuala Lumpur sahaja. Pejabatnya terletak di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
FAM merupakan ahli kepada Gabungan Bola Sepak Asia dan FIFA. Presidennya sekarang ialah Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad Shah. Terdapa empat belas persatuan bola sepak negeri di Malaysia.
Isi kandungan |
Awal 1920-an [sunting]
Seperti mana dunia bola sepak yang lain, penyebaran permainan bola sepak juga berkait rapat dengan migrasi koloni ideologi British.
Adalah dipercayai permainan pertama di Semenanjung Malaysia pada awal 1900-an sejajar dengan penubuhan kelab di mana bilangan orang luar adalah tinggi di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor and Negeri Sembilan.
1951, Tunku Abdul Rahman Al-Haj menjadi presiden [sunting]
Dalam tahun 1951, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj - Perdana Menteri Malaysia yang pertama - telah menjadi Presiden.
Tahun-tahun di antara 1974 hingga kini [sunting]
Dalam tahun 1974, pucuk pimpinan FAM telah diambil alih oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua - Tun Abdul Razak Haji Hussein, yang telah berkhidmat hanya setahun.
Kedudukan tersebut telah diisi oleh Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah Menteri Perdagangan dan Perindustrian pada tahun 1975. Dalam tahun 1984, Sultan Pahang memegangnya sehinggalah sekarang.
Organisasi FAM [sunting]
FAM mempunyai Jawatankuasa Eksekutif dan Jawatankuasa Pelaksana (Standing Committee). Untuk Jawatankuasa Eksekutif, ahli-ahlinya dipilih melalui kongres FAM tiga tahun sekali.
| Office | Nama | Tahun Mula | Tahun Akhir |
|---|---|---|---|
| Presiden | Sir Andrew Caldecott | 1933 | |
| M.B. Shelley | |||
| Dr. J.S. Webster | |||
| S.D. Scott | |||
| R. Williamson | |||
| Adrian Clark | 1940 | ||
| J. King | |||
| H. Byson | |||
| Dr. C Rawson | |||
| Tunku Abdul Rahman | 1951 | 1974 | |
| Tun Abdul Razak | 1974 | 1976 | |
| Tan Sri Datuk Seri Raja Hamzah | 1976 | 1984 | |
| Sultan Haji Ahmad Shah | 1984 | ||
| Setiausaha | A.R. Singham | 1941 | |
| Datuk Paul Mony Samuel | |||
| Datuk Dell Akbar Khan | |||
| Datuk Ibrahim Saad | 2005 | 2007 | |
| Datuk Azzuddin Ahmad | 2007 |
Jawatankuasa eksekutif [sunting]
- Presiden: Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Shah
- Timbalan Presiden: Tengku Abdullah, Tan Sri Annuar Musa
- Naib Presiden: Datuk Subahan Kamal, Datuk Hamidin Amin, Datuk Abdullah Hishan Mohd Hashim, Datuk Affandi Hamzah
- Setiausaha Agung: Datuk Azzuddin Ahmad
- Executive Committee Members:
- Dr Hamdan Mohamed Khalib (Setiausaha Agung Kedah FA)
- Datuk Takiyuddin Hassan (Kelantan FA)
- Datuk Jeffrey Low (Malaysian Chinese FA)
- Datuk Astaman Abdul Aziz (Presiden Kuala Lumpur FA)
- Datuk Osman Salleh (Police FA)
- Rosmadi Ismail (Kelantan FA)
- Rani Abdul Rahim (Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera)
- S. Sivasundaram (Malaysian Indian FA)