Mohamad Zabidin Mohd Diah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tan Sri Dato' Mohamad Zabidin Mohd Diah merupakan seorang hakim yang kini memegang jawatan sebagai Hakim Besar Malaya, jawatan ketiga tertinggi dalam bidang kehakiman. Namanya terkenal setelah menjadi hakim dalam Kes liwat Anwar Ibrahim II yang memutuskan Dato' Seri Anwar Ibrahim dibebas dan dilepaskan kerana ketiadaan bukti kukuh.

Pada 25 November 2011, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga, Hakim Tan Sri Dato' Mohamad Zabidin Mohd Diah mengekalkan pelepasan dan pembebasan Datuk Ramli Yusoff dari tuduhan rasuah.

Pada Ogos 2022, beliau turut menganggotai panel lima hakim yang diterajui oleh Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Ketua Hakim Negara, bersama Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, Hakim Besar Sabah & Sarawak, Datuk Nallini Pathmanathan dan Dato' Mary Lim Thiam Suan, Hakim Mahkamah Persekutuan dalam perbicaraan kes SRC yang membabitkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Razak.

Pada tahun 2023, Yang Arif Dato' Mohamad Zabidin Mohd Diah telah dilantik sebagai Hakim Besar Malaya, menggantikan Yang Arif Tan Sri Azahar Mohamed yang bersara pada tahun 2022.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ Mohamad Zabidin Mohd Diah dilahirkan di Gurun, Kedah pada 1.9.1957. Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1982.

Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ memulakan kerjaya dalam bidang kehakiman dan perundangan dengan berkhidmat sebagai Majistret pada tahun yang 1982 di Mahkamah Butterworth Pulau Pinang. Beliau kemudiannya dilantik menjadi Ketua Unit Pendakwaan bagi Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang serta Penasihat Undang-Undang bagi Negeri Perlis.

Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada tahun 2004, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2007 dan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam pada tahun 2012.

Pada 26 November 2018, Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan. Pada 3 Februari 2022, Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Pada 7 November 2022, Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ telah dilantik oleh Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara untuk menjalankan Kuasa-Kuasa dan Tugas-Tugas Hakim Besar Malaya. Seterusnya, pada 17 Januari 2023, Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ telah dilantik sebagai Hakim Besar Malaya.

Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ telah dianugerahkan Pingat Dato’ Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) dari kerajaan Negeri Kedah pada 2006 yang membawa gelaran Dato’. Pada 11 Disember 2018, Yang Amat Arif Tan Sri Dato' telah dianugerahkan Pingat Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) dari kerajaan Negeri Selangor. Yang Amat Arif Tan Sri Dato' telah dianugerahkan Pingat Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 19 Disember 2023.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [1]