Mohammad Agos Mohd Noor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mohammad Agos Mohd Noor merupakan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) cawangan Rantau Panjang, Kelantan.

Bebas tuduhan rasuah[sunting | sunting sumber]

Pada 2 November 2011, Mohammad Agos Mohd Noor (52) dan Nor Azimah Jamaludin (ibu tunggal, 31) dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur daripada tuduhan menerima rasuah RM50,000 berhubung pemberian anugerah ‘Datuk Diraja' tahun 2010.Hakim Rosbiahanin Ariffin menjelaskan bahawa pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap setiap pertuduhan yang dihadapi Mohammad Agos dan Nor Azimah Jamaludin.

Mereka dituduh menerima rasuah berupa sekeping cek Public Bank Bhd bernilai RM50,000 bertarikh 7 Disember 2010, daripada Izuldin Hani Mohd Noor di Restoran McDonald’s, Lot 3644 dan 8081, Taman Melati , Kuala Lumpur pada 8 Disember 2010.Cek itu bertujuan mendapatkan anugerah Datuk Diraja daripada Persatuan Kerabat Diraja Duli Yang Maha Mulia Long Yunus Negeri Kelantan.Anugerah itu tidak sah mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan.

Dia dituduh dibawah Seksyen 28(1)(C) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 .Jika terbukti bersalah, boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda minimum RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana satu lebih tinggi.Mohamad Agos dan Nor Azimah diwakili peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Datuk Abdul Razak Musa. 22 saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan sepanjang prosiding berlangsung.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ketua PKR Rantau Panjang, ibu tunggal bebas tuduhan rasuah 'Datuk' Diraja'". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-04. Dicapai pada 2011-11-02.