Rantau Panjang
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rantau Panjang merupakan sebuah pekan yang bersempadan antara Malaysia dan Thailand yang terletak di utara negeri Kelantan dalam kawasan barat jajahan Pasir Mas. Ia berada 39 kilometer di barat daya bandar Kota Bharu dan terletak berhampiran dengan Sungai Golok, Thailand. Ia terkenal dengan pelbagai barangan jualan dan cenderahati. Pemeriksaan Unit Pencegah Penyeludupan, Jabatan Kastam dan Ekais Diraja, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia menguatkuasakan sekatan di sekitar Rantau Panjang bagi megelak penyeludupan dadah, beras, gula, manusia dan sebagainya. Rantau Panjang dikenali ramai sebagai kawasan zon bebas cukai. Terdapat banyak pangkalan haram berada di sini untuk melakukan kegiatan haram dari sempadan Thailand.
[sunting] Tempat menarik
[sunting] Rujukan
|
|||||||||||