Mohammed bin Hammam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mohammed bin Hammam
Mohammed bin Hammam

Bin Hammam, 2010


Tempoh berjawat
1 August 2002 – 14 June 2011[1]
Naib Presiden Zhang Jilong
Didahului oleh Ahmad Shah
Digantikan oleh Zhang Jilong (Acting)

Tempoh berjawat
1 February 1992 – 1 February 1996
Presiden Hamad Al Thani
Didahului oleh Rahman Ridzha
Digantikan oleh Mohammed Hashem

Tarikh lahir 8 Mei 1949 (65 tahun)
Tempat lahir Doha, Qatar
Kerakyatan Qatari
Pasangan Fatima bin Hammam
Pekerjaan Football administrator

Mohamed bin Hammam ( bahasa Arab : محمد بن همام dilahirkan pada 8 Mei 1949 ) merupakan pentadbir bola sepak negara Qatar dan Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dari 1 Ogos 2002 hingga 14 Jun 2011 serta AJK eksekutif FIFA seramai 24 orang selama 15 tahun terakhir. Pada 29 Mei 2011 Mohamed Hammam telah digantung daripada semua aktiviti FIFA sementara menunggu hasil siasatan atas dakwaan melanggar peraturan kewangan FIFA . Kemudian beliau diharamkan seumur hidup selepas disabitkan kesalahan rasuah pada 23 Julai 2011 .

Mohamed Hammam menuduh ada komplot dalam Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk menjatuhkannya. Beberapa ahli Kesatuan Bola Sepak Caribbean dikatakan telah menerima rasuah AS$40,000 (RM120,000) daripadanya. [2] [3]

Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 8 Mei 1949 di Doha , Qatar . Bapanya peniaga terkenal dan ibunya adalah seorang jururawat. Anak lelakinya, Hamad menetap di Washington DC, dan Ziad. Beliau bekerja di Qatar dari 1972 hingga 1996.

Presiden AFC[sunting | sunting sumber]

Semasa menjadi Presiden AFC, menyelia Liga Juara-Juara AFC dan menerima Australia ke dalam AFC. Beliau memulakan program pembangunan strategik iaitu Vision Asia melampau kelab golf. Beliau menjadi ahli eksekutif FIFA sejak 1996. Beliau menentang penyertaan pasukan Phoenix Wellington ke dalam Liga Juara-Juara Asia . Beliau dipilih semula pada 5 Januari 2011.

Pada Mac 2011, beliau menyeru Arab dan negara-negara Islam memasukkan Pasukan bola sepak kebangsaan Palestin di Stadium Faisal Al-Husseini International .Beberapa skuad bola sepak serantau menentang idea itu kerana dianggap menerima Israel di Tebing Barat .

Selain sebagai Presiden Gabungan Bola Sepak Asia, beliau juga pengerusi Biro Gol Fifa.Beliau juga berusaha membawa Piala Dunia FIFA 2022 Qatar.

Pilihanraya presiden FIFA 2011[sunting | sunting sumber]

Akhbar The Guardian melaporkan , Mohammed bin Hammam setuju bertanding menentang penyandang Presiden FIFa Sepp Blatter dalam Kongres FIFA 61 antara 31 Mei dan 1 Jun 2011 . Hammam merupakan penyokong Sepp Blatter untuk bertanding Presiden FIFA sejak 1996 lagi.

Dalam mesyuarat 10 Mei 2011 , Persatuan Bola Sepak Bahamas mendakwa berlaku unsur rasuah kepada Chuck Blazer. Hammam didakwa menawarkan rasuah kepada Caribbean Football Union agar mengundinya. Hammam didakwa memberi sampul cokelat berisi wang tunai $40,000 kepada 25 wakil Caribbean Football Union pada 10-11 Mey 2011 di Hotel Hyatt Regency , di bandar Port of Spain, Tinidad. Saksi utama ialah wakil dari Trinidad dan Tobago ,Namun hadiah wang tunai itu atas cadangan bekas Timbalan Presiden FIFA, Jack Warner.Ekoran tuduhan itu, Hammam menarik diri daripada pertandingan jawatan presiden. [4]

Pada 29 Mei 2011, jawatankuasa etika FIFA menggantung sementara Hammam dan Jack Warner sementara menunggu hasil siasatan penuh terhadap Hammam dan Caribbean Football Union.

Pada 23 Julai 2011, Hammam telah diharamkan seumur hidup oleh FIFA setelah didapati bersalah rasuah. Beliau melanggar tujuh kod etika organisasi , termasuk rasuah.

Turut dihukum ialah :

  1. Bekas Presiden CONCACAF Jack Warner iaitu power broker utama FIFA. Beliau meletak jawatan pada Jun 2011 selepas dituduh salah laku dalam mesyuarat yang sama di Port of Spain pada 10-11 Mei 2011. Beliau dituduh bersama Hammam menyerahkan sampul koklat sebagai pemanis mesyuarat. Nilai sampul itu ialah $40,000 dan diberi kepada 25 orang pegawai dari Carribean Football Union (CFU).
  2. Debbie Minguell dan Jason Sylvester, akan diharamkan untuk satu tahun dan siasatan lanjut yang disyorkan.
  3. Chuck Blazer, AJK eksekutif FIFA yang membuat laporan rasuah juga dikenakan tindakan kerana melanggar etika organisasi. Beliau didapati diberi amaran kerana komen terhadap mesyuarat CONCACAF (Gabungan Utara, Amerika Tengah dan Caribbean Association Football) di Zurich pada 30 Mei 2011.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]