Tebing Barat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta Tebing Barat
Wilayah Tebing Barat
West Bank
Tebing Barat
Bandar terbesar Baitulmuqaddis
Bahasa rasmi Bahasa Arab, Ibrani
Kerajaan Kerajaan pimpinan Fatah
 -  Presiden Mahmoud Abbas
 -  Perdana Menteri Rami Hamdallah
Organisasi September 13, 1993 Perjanjian Oslo
 -  Ditandatangani Mei 1994 
Kawasan
 -  Jumlah 360 km2 ([[Senarai negara mengikut jumlah keluasan|ke-165 (bersama Palestin)]])
139 sq mi 
Populasi
 -  Julai 2007 (anggaran) 1,481,080 (ke-149)
 -  (anggaran) 9, 520
 -  Kepadatan 4,118/km2 (ke-6)
10,665/sq mi
KDNK (PPP) anggaran
 -  Jumlah $770 juta (ke-160)
 -  Per kapita $600 (ke-167)
Mata wang Sheqel (ISL)
Zon waktu (UTC+2)
 -  Musim panas (DST)  (UTC+3)
Kod panggilan 970

Tebing Barat (bahasa Arab: الضفة الغربية, al-Ḍiffaṯ al-Gharbīyyaṯ, bahasa Ibrani: הגדה המערבית‎, Hagadah Hamaaravit) merupakan sebuah daerah tanpa pantai di kawasan Timur Tengah yang merangkumi kawasan di barat Sungai Jordan yang dikuasai oleh Jordan di akhir perang Arab-Israel pada 1948. Kemudian pada 1967, ia ditawan oleh Israel ketika Perang Enam Hari.

Kini, sebahagian daerah ini ditadbir oleh Pihak Berkuasa Palestin, manakala sebahagian lain masih dikawal Israel. Bersama-sama Genting Gaza, ia membentuk daerah Palestin yang menjadi rebutan antara dua pihak tersebut.

Di sinilah letaknya bandar Baitulmuqaddis (Jerusalem), tempat letaknya Al Haram Al Sharif yang menjadi punca utama pertelingkahan orang Islam dan Yahudi.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Selepas pembubaran Empayar Turki Uthmaniyyah pada 1922 selepas Perang Dunia Pertama, Liga Bangsa telah membahagikan tanah jajahan empayar tersebut antara Tentera Bersekutu. Bahagian yang dikenali sebagai Israel, Jordan, Tebing Barat dan Jalur Gaza hari ini diserahkan kepada pihak British sebagai Mandat British Palestin.

Mandat British Palestin

Pada 1948, Negeri Israel diisytiharkan merdeka dan menduduki tanah di bekas Mandat British yang dibahagikan kepada "negara Yahudi" di bawah Rancangan Pemecahan Bahagian PBB 1947 (tidak termasuk Tebing Barat). Cetusan Perang Arab-Israel 1948 pula mengubah lagi sempadan di tanah suci itu. Nerikutan perang itu, Jaluran Gaza diilhakkan oleh Mesir, manakala Tebing Barat diilhakkan oleh Jordan. Perjanjian Gencatan Senjata 1949 yang dimeterai oleh Israel dan negara-negara Arab menentukan sempadan antara Israel, Jaluran Gaza dan Tebing Barat.

Perang Enam Hari 1967 melihatkan Israel menceroboh Jaluran Gaza, Tebing Barat dan Bukit Golan dalam satu operasi ketenteraan. Sehingga kini, Israel menjajah kebanyakan kawasan di Tebing Barat. Banyak petempatan Yahudi juga dibina sejak pengiilhakan tersebut.[1]

Pihak Berkuasa Palestin[sunting | sunting sumber]

Deklarasi Prinsip-prinsip Persetujuan Pemerintahan Sendiri Sementara yang ditandatangani antara Israel dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di Washington, D.C. pada 1993 telah mengasaskan sebuah badan pemerintahan kawasan Palestin sementera yang dikenali sebagai Pihak Berkuasa Palestin (PNA). Israel telah menyerahkan kuasa pentadbiran kepada PNA sedikit demi sedikit menerusi satu siri perjanjian. Dalam Perjanjian Kaherah 1994, Jaluran Gaza dan bandar Jericho diserahkan, dan kawasan-kawasan lain Tebing Barat kemudian dalam Perjanjian Sementara 1995, Protokol Pengerahan Semula Tentera di Hebron, Memorandum Sungai Rye 1998 dan Perjanjian Sharm el-Sheikh 1999.

Perundingan untuk menentukan status tetap Jaluran Gaza dan Tebing Barat diberhentikan pada 2000 akibat Intifada Kedua. Kuartet Amerika Syarikat, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah dan Rusia telah mencuba menggerakkan semula perundingan pada 2003 melalui satu "Jalan Keamanan" tetapi gagal akibat keganasan yang terus di kawasan-kawasan Palestin.

Presiden PLO dan PNA Yasser Arafat, seorang penggerak utama rundingan keamanan, meninggal dunia pada 2004, dan beliau digantikan oleh Mahmoud Abbas. Israel di bawah Ariel Sharon telah mengeluarkan tenteranya dari empat petempatan Tebing Barat pada 2005.

Dalam Pilihan Raya Umum Palestin 2006, Hamas membuat kejutan besar dengan memenangi majoriti dalam Majlis Perundangan Palestin. Kerajaan Hamas tidak diiktiraf oleh masyarakat dunia kerana ia enggan mengiktiraf kemerdekaan negeri Israel, dan akur kepada perjanjian-perjanjian silam yang dimeterai antara Israel dan PNA.

Rampasan kuasa oleh Hamas di Gaza pada Jun 2007 telah mengehadkan kuasa Fatah dan PLO di Tebing Barat. Sejak akhir tahun 2006, Majlis Perundangan Palestin tidak dapat bersidang kerana penahanan ramai ahli majlis oleh Israel dan sekatan pergerakan yang dikenakan oleh Israel terhadap ahli majlis lain.[2]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Perjanjian Oslo 1993 telah menentukan sistem pentadbiran Tebing Barat sememtara:

Kawasan Pihak Pentadbiran Peratus luas tanah Tebing Barat Peratus penduduk Palestin
A Pihak Berkuasa Palestin 17% 55%
B Israel dan PNA 24% 41%
C Israel 59% 4%[3]

"Kawasan A" merupakan bandar-bandar penduduk Palestin di utara (Jenin, Nablus, Tubas dan Tulkarm) dan selatan (Hebron dan Salfit). "Kawasan B" merupakan merupakan kawasan yang berada di tengah Tebing Barat (berdekatan dengan Baitulmuqaddis. "Kawasan C" pula merupakan petempatan Yahudi serta Lurah Jordan dan Gurun Judea.

PNA mempunyai kuasa sepenuh terhadap Kawasan A, dan kuasa bersama dengan pihak Israel di Kawasan B. Manakala Israel mempunyai kuasa penuh di Kawasan C. Israel masih menguasai jalan raya, paip air, kawasan udara dan kawasan sempadan luar.

Geografi[sunting | sunting sumber]

  • Luas
    • Keseluruhan: 5,860 km2
      • Tanah: 5,640 km2
      • Air: 220 km2

Demografi[sunting | sunting sumber]

Kira-kira 2.5 juta penduduk Palestin mendiami Tebing Barat, bersama 275,000 penduduk Israel yang menduduki petempatan Yahudi di Tebing Barat. Petempatan Yahudi dan Palestin sering berada jauh antara satu sama lain, dan hubungan antara kedua-dua kumpulan penduduk ini adalah kurang dan terhad kepada hubungan ekonomi.

30% daripada penduduk Palestin merupakan penduduk pelarian dari petempatan asal mereka yang kini menjadi tanah Israel.[4]

Bandar-bandar utama[sunting | sunting sumber]

Bandar-bandar utama
Center Population
Al-Bireh 40,000
Betar Illit 29,355
Bethlehem 30,000
Gush Etzion 40,000
Hebron 120,000
Jericho 25,000
Baitulmuqaddis 400,000
Jenin 47,000
Ma'ale Adummim 33,259
Modi'in Illit 34,514
Nablus 100,000
Qalqilyah 40,000
Ramallah 60,000
Tulkarm 75,000
Yattah 42,000

Rujukan[sunting | sunting sumber]