Moon Chae-won

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Moon Chae-won
Moon pada bulan Januari 2015
Kelahiran (1986-11-13) 13 November 1986 (umur 37)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2007–sekarang
EjenMSTeam Entertainment
(2010-2016)
Namoo Actors
(2016-sekarang)[1]
Nama Korea
Hangul문채원
Perumian SemakanMoon Chae-won
McCune–ReischauerMoon Ch'aewŏn

Moon Chae-won (lahir 13 November 1986) ialah seorang pelakon wanita Korea Selatan. Moon terkenal menerusi lakonannya di dalam drama Painter of the Wind (2008), Brilliant Legacy (2009), The Innocent Man (2012) dan Good Doctor (2013).

Karier[sunting | sunting sumber]

2007–2011[sunting | sunting sumber]

Moon membuat penampilan lakonan pertama beliau pada tahun 2007 di dalam Mackerel Run bersama-sama pendatang baru, Lee Min-ho. Mereka merupakan diantara 60 pelakon yang menjalani ujibakat untuk sitkom remaja tersebut. Moon dan Lee juga muncul di dalam filem komedi tahun 2008, Our School's E.T..[2]

Beliau mula dikenali pada tahun 2008 menerusi drama Painter of the Wind dimana beliau melakonkan watak seorang gisaeng.[3] Moon kemudiannya muncul di dalam drama Brilliant Legacy.[4] Moon kemudiannya mempunyai peranan sokongan di dalam drama My Fair Lady.[5] Pada bulan Oktober 2010, beliau menyertai agensi bakat, Barunson Entertainment (kemudiannya dinamakan semula kepada MSTeam). Moon mendapat watak utama pertamanya di dalam drama It's Okay, Daddy's Girl.

Pada tahun 2011, Moon ditawarkan satu-satunya watak wanita di dalam filem War of the Arrows. Moon menjalani latihan memanah dan menunggang kuda untuk filem tersebut. War of the Arrows kemudiannya menjadi filem Korea dengan kutipan tertinggi pada tahun 2011 dan persembahan lakonan Moon di dalam filem ini dipuji oleh pengkritik. Beliau kemudiannya memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Grand Bell dan Anugerah Filem Blue Dragon.[6][7][8]

Moon kembali ke layar kecil menerusi drama era Joseon, The Princess' Man.[9] Moon kemudiannya memenangi Anugerah Kecemerlangan Tertinngi di Anugerah Drama KBS untuk drama ini.[10][11]

2012–sekarang[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2012, Moon membintangi melodrama The Innocent Man bersama-sama Song Joong-ki. Beliau menerima pujian untuk persembahan lakonannya dan memenangi Anugerah Kecemerlangan Tertinggi di Anugerah Drama KBS buat tahun kedua berturut-turut.[12][13][14][15] Moon seterusnya membintangi drama perubatan tahun 2013, Good Doctor.[16] Beliau kemudiannya membintangi filem pendek, Awaiting.[17]

Moon kembali ke layar perak pada tahun 2015 menerusi filem romantik komedi, Love Forecast.[18][19][20][21] Beliau kemudiannya membintangi bersama Yoo Yeon-seok di dalam filem Mood of the Day.

Moon membintangi sebagai watak utama di dalam drama thriller MBC, Goodbye Mr. Black, drama pertamanya dalam tempoh tiga tahun. Moon meninggalkan agensi MS Team Entertainment dan menyertai Namoo Actors.[22]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran Nota
2007 Reconstruction of Love Hwang Hyo-eun (muda) Dramax episod 2:
"살까지 뺐는데!"
Mackerel Run Min Yoon-seo SBS
2008 Painter of the Wind Jung-hyang SBS
2009 Brilliant Legacy Yoo Seung-mi SBS
My Fair Lady Yeo Eui-joo KBS2
2010 Road No. 1 Min Young-jin MBC kameo, episod 20
It's Okay, Daddy's Girl Eun Chae-ryung SBS
2011 The Princess' Man Lee Se-ryung KBS2
2012 The Innocent Man Seo Eun-gi KBS2
2013 Good Doctor Cha Yoon-seo KBS2
2016 Goodbye Mr. Black Swan MBC

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2008 Our School's E.T. Lee Eun-shil
2011 War of the Arrows Choi Ja-in
2014 Awaiting Yeon-hee filem pendek dari Beautiful 2014
2015 Love Forecast Kim Hyun-woo
2016 Mood of the Day Bae Soo-Jung

Rancangan varieti[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran Nota
2009 Happy Together - Musim 3 KBS2 Tetamu, episod 110–111
2011 Tetamu, episod 206
2014 Get It Beauty OnStyle Tetamu, episod 8 dalam segmen "Talking Mirror"
2015 Running Man SBS Tetamu, episod 228-229
2016 Please Take Care of My Refrigerator JTBC Tetamu, episod 60–61

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Lagu Artis
2008 "Parting Once Again" Sung Si-kyung

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Lagu Nota
2011 "Clementine" Lagu dari runut bunyi It's Okay, Daddy's Girl

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Kerja Keputusan
2008 Anugerah Hiburan dan Budaya Korea ke–16 Pelakon Baru Wanita Terbaik (TV) Painter of the Wind Menang
Anugerah Drama SBS Anugerah Pasangan Terbaik bersama Moon Geun-young Menang
Anugerah Bintang Baru Menang
2009 Anugerah Seni Baeksang ke–45 Pelakon Baru Wanita Terbaik (TV) Tercalon
Anugerah Drama KBS Pelakon Baru Wanita Terbaik My Fair Lady Tercalon
2010 Anugerah Drama SBS Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita di dalam Drama Perancangan Khas It's Okay, Daddy's Girl Tercalon
2011 Anugerah Grand Bell ke–48 Pelakon Baru Wanita Terbaik War of the Arrows Menang
Anugerah Filem Blue Dragon ke–32 Pelakon Baru Wanita Terbaik Menang
Anugerah Lifestyle Korea ke–9 Pemakaian Terbaik Tahunan Menang
Anugerah Asian Jewelry ke–3 Anugerah Berlian, kategori Pelakon Wanita Menang
Anugerah Swan Pemakaian Terbaik Korea ke–27 Pemakaian Terbaik, kategori Pelakon Wanita TV Menang
Anugerah Hiburan dan Budaya Korea ke–19 Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita (Filem) War of the Arrows Menang
Anugerah Kecemerlangan Tertinggi, Pelakon Wanita (TV) The Princess' Man Menang
Anugerah Drama KBS Anugerah Pasangan Terbaik bersama Park Si-hoo Menang
Anugerah Populariti, Pelakon Wanita Menang
Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita di dalam Drama Pertengahan Panjang Tercalon
Anugerah Kecemerlangan Tertinggi, Pelakon Wanita Menang
2012 Anugerah Seni Baeksang ke–48 Pelakon Waninta Terbaik (TV) Tercalon
Anugerah Drama Antarabangsa Seoul ke-7 Pelakon Wanita Korea Cemerlang Tercalon
Anugerah Bintang K-Drama Pertama Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita The Innocent Man Tercalon
Anugerah Drama KBS Anugerah Pasangan Terbaik bersama Song Joong-ki Menang
Anugerah Netizen Menang
Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita di dalam Drama Pertengahan Panjang Tercalon
Anugerah Kecemerlangan Tertinggi, Pelakon Wanita Menang
2013 Festival Televisyen Monte-Carlo ke–53 Pelakon Wanita Cemerlang di dalam Drama Bersiri The Princess' Man Tercalon
Anugerah Drama Antarabangsa Seoul ke–8 Pelakon Wanita Korea Cemerlang The Innocent Man Tercalon
Anugerah Hiburan dan Budaya Korea ke–21 Anugerah Kecemerlangan Tertinggi, Pelakon Wanita (TV) Good Doctor Tercalon
Anugerah Drama Korea ke–6 Anugerah Kecemerlangan Tertinggi, Pelakon Wanita Tercalon
Anugerah Bintang APAN ke–2 Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita Tercalon
Anugerah Drama KBS Anugerah Pasangan Terbaik bersama Joo Won Menang
Anugerah Populariti, Pelakon Wanita Menang
Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita di dalam Drama Pertengahan Panjang Menang
Anugerah Kecemerlangan Tertinggi, Pelakon Wanita Tercalon
2014 Anugerah Drama Antarabangsa Seoul ke–9 Pelakon Wanita Korea Cemerlang Tercalon
2015 Festival Filem Fantastic Antarabangsa Bucheon ke–19 Anugerah Pilihan Penerbit Love Forecast Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Son, Ji-hyoung (2016-09-29). "Moon Chae-won signs with Lee Joon-gi's agency". Kpop Herald. Herald Corporation. Dicapai pada 2016-09-29.
  2. ^ "10LINE: Lee Min-ho". 10Asia. 2009-10-21. Dicapai pada 2014-06-17.
  3. ^ Han, Sang-hee (2008-09-23). "Korea's Sweetheart Moon Becomes Mysterious Artist". The Korea Times. Dicapai pada 2014-06-17.
  4. ^ Han, Sang-hee (2009-08-03). "Supporting Roles Stealing Spotlight". The Korea Times. Dicapai pada 2014-06-17.
  5. ^ Oh, Jean (2009-08-19). "Riches-meets-rags in new drama". The Korea Herald. Dicapai pada 2014-06-17.
  6. ^ Lee, Hyo-won (2011-08-04). "Arrow aims for new horizons". The Korea Times. Dicapai pada 2014-06-17.
  7. ^ "The Front Line top winner at Korea's Grand Bell Awards". Korean Film Biz Zone. 2011-10-19. Dicapai pada 2014-06-17.
  8. ^ Lee, Claire (2011-11-27). "The Unjust best picture at Blue Dragon Awards". The Korea Herald. Dicapai pada 2014-06-17.
  9. ^ "Moon Chae Won: "Impressions of The Princess' Man Still Lingers in My Mind"". KBS Global. 2011-10-25. Dicapai pada 2014-06-17.
  10. ^ "Moon Chae-won Reveals Alluring Charms". The Chosun Ilbo. 2011-09-10. Dicapai pada 2014-06-17.
  11. ^ Im, Ju-ri (2011-10-28). "Moon Chae-won finds meaning in her work". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada 2014-06-17.
  12. ^ Lee, Hye-ji (2012-08-22). "Moon Chae-won, Park Si-yeon fight for Song Joong-ki's love in new TV series". 10Asia. Dicapai pada 2014-06-17.
  13. ^ Jeon, Ji-young (2012-10-04). "Seo Eun-gi Conquers Both Work and Love". KBS Global. Dicapai pada 2014-06-17.
  14. ^ "Innocent Man Mun Chae-Won "I sincerely loved Eun-Gi"". Innolife. 2012-11-17. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-18. Dicapai pada 2014-06-17.
  15. ^ "Moon Chae-won: "Seo Eun-gi is a pleasant challenge"". MoonChaeWon.net. 2012-12-04. Dicapai pada 2014-06-17.
  16. ^ Kim, Gwang-kuk (2013-08-05). "PREVIEW: KBS Mon/Tue Drama Good Doctor". TenAsia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-07. Dicapai pada 2013-08-06.
  17. ^ Lee, Mi-ji (2013-12-19). "Moon Chae Won to cast in director Kang Je Gyu's The Day Min Woo Comes". StarN News. Dicapai pada 2014-06-17.
  18. ^ Kim, Hee-eun (2014-03-04). "Moon Chae-won comes back to the big screen". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada 2014-06-17.
  19. ^ Lee, So-dam (2014-07-25). "Lee Seung Gi and Moon Chae Won Confirmed for Film Today's Love". enewsWorld. Dicapai pada 2014-07-26.
  20. ^ "Interview: Moon Chae-won's belly dance and relationships". Hancinema. 2015-01-14. Dicapai pada 2015-01-23.
  21. ^ Bae, Jung-hyeon (2015-02-05). "Moon pulls off role as a modern girl". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada 2015-02-05.
  22. ^ Kim, Jin-seok (2016-09-29). "문채원, 나무엑터스와 전속 계약 '이준기와 한솥밥'[공식]". Daily Sports. Dicapai pada 2016-09-29.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]