Motif (muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebuah frasa yang pada asalnya disampaikan sebagai sebuah motif boleh menjadi figura yang mengiringi sebuah melodi lain, seperti yang dapat didengar dalam pergerakan (movement) kedua Kuartet Alat Tali (1893) gubahan Claude Debussy.[1] Mengenai bunyi ini Main  White mengklasifikan iringan sebagai bahan motif kerana ia "diperoleh daripada sebuah motif penting yang dinyatakan terdahulu."[2]
Dalam Simfoni Kelima Beethoven, figura empat not menjadi motif paling penting karya, yang dipanjangkan secara melodi dan harmoni untuk memberikan tema utama pergerakan pertama. Mengenai bunyi ini Main 
Motif daripada Mass Machaut, terkenal kerana panjangnya sebanyak tujuh not.[2] Mengenai bunyi ini Main 
Motif daripada banyak karya Bach termasuk pergerakan pertama Brandenburg Concerto ketiga dan keempat dan sonata viol da gamba ketiga.[3] Mengenai bunyi ini Main 
Motif daripada Kuartet Alat Tali Ravel, pergerakan pertama.[3] Mengenai bunyi ini Play 
Fail:Bad guy riff.png
Motif "Sumpah" daripada skor filem, yang dikaitkan denag watak jahat dan keadaan yang tidak menyenangkan. Mengenai bunyi ini Main 

Dalam bidang muzik, motif (corak) merupakan sebuah idea musikal pendek,[4] sebuah tonjolan yang berulang dalam figura, cebisan muzik ataupun deretan not yang mempunyai maksud penting dalam ataupun menjadi ciri sesuatu gubahan muzik: "Motif ialah unit struktur paling kecil yang memiliki identiti tema.[5]

Motif harmoni merupakan deretan kord yang diberikan secara mujarad, yakni tanpa merujuk kepada melodi ataupun rentak. Motif melodi pula merupakan sebuah formula melodi, yang tidak merujuk kepada jeda. Motif rentak ialah istilah yang digunakan bagi memerikan sebuah formula rentak, pemujaradan yang diperoleh daripada nilai-nilai rentak sebuah melodi.

Motif yang dikaitkan secara tema dengan seseorang, sesuatu tempat atapun sesuatu idea disebut leitmotif. Kadang kala, motif sedemikian merupakan kriptogram musik tentang nama yang terlibat. Motif kepala (Jerman: Kopfmotiv) ialah sebuah idea musik pada pembukaan set pergerakan-pergerakan yang berfungsi untuk menyatukan pergerakan-pergerakan tersebut.

Apa jua motif dapat digunakan untuk membina melodi lengkap, tema dan lagu. Kembangan musik menggunakan satu figura muzik tersendiri yang kemudiannya diubah, diulang, atau disusun sepanjang sesebuah lagu, atau bahagian sesebuah lagu, dan dengan itu menjamin kesatuan lagu tersebut. Kembangan motif sedemikian rupa berakar umbi dengan sonata-sonata papan kekunci Domenico Scarlatti dan bentuk sonata zaman Haydn dan Mozart. Boleh dikatakan yang Beethoven mencapai puncak penegembangan teknik ini; motif yang masyhur – pola tiga not pendek disusuli dengan not panjang – yang membuka Simfoni Kelimanya dan yang hadir sepanjang gubahan dalam permutasi yang segar dan mengejutkan, merupakan contoh klasik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Scruton, Roger (1997). The Aesthetics of Music. Oxford: Clarendon Press. ISBN 0-19-816638-9.
  2. 2.0 2.1 White, John D. (1976). The Analysis of Music, p.31-34. ISBN 0-13-033233-X.
  3. 3.0 3.1 White (1976), p.30.
  4. New Grove (1980). cited in Nattiez, Jean-Jacques (1990). Music and Discourse: Toward a Semiology of Music (Musicologie générale et sémiologue, 1987). Translated by Carolyn Abbate. Princeton, NJ: Princeton University Press. ISBN 0691091366/ISBN 0691027145.
  5. White, John D. (1976). The Analysis of Music, p.31-34. ISBN 0-13-033233-X.