Rentak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rentak, ulangan jujukan mengikut masa, ditunjukkan dalam tarian: Phenakistoscope awal menunjukkan tarian waltz.

Rentak atau ritme secara amnya bermaksud "pergerakan yang ditandai urutan unsur-unsur kuat dan lemah yang teratur, ataupun dengan keadaan berlawanan atau berlainan."[1] Maksud am kejadian berkala atau pola mengikut masa dapat dikenakan terhadap banyak kejadian alami yang memiliki kekalaan atau frekuensi dari mikrosaat sehingga berjuta tahun.

Dalam bidang seni laku rentak merupakan pemasaan pada skala manusia; tentang bunyi dan kesenyapan muzik, langkah-langkah tarian, ataupun matra (meter) bahasa pertuturan atau puisi. Rentak juga boleh merujuk kepada persembahan visual, seperti "pergerakan melalui ruang mengikut masa",[2] dan bahasa bersama berasakan pola menyatukan rentak dengan geometri. Pada masa kebelakangan ini, rentak dan meter menjadi bidang penyelidikan penting buat pengkaji muzik.

Rentak dalam linguistik[sunting | sunting sumber]

Dalam bidang linguistik, rentak atau isochrony merupakan satu daripada tiga aspek prosodi, bersama-sama stres dan intonasi. Bahasa-bahasa dapat dibahagikan ke dalam bahasa pemasaan suku kata ataupun bahasa pemasaan stres. Penutur-penutur bahasa pemasaan suku kata seperti Bahasa Sepanyol dan Bahasa Kantonis memberi masa yang agak sama buat setiap suku kata; sebaliknya, penutur bahasa pemasaan stres seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin memberi masa lengah yang agak sama di antar suku kata, dengan pemasaan suku kata tak berstres diubah suai mengikut keperluan pemasaan stres.

Narmour[3] memerikan tiga kategori peraturan prosodi yang menjanakan urutan rentak yang menambah (additive) (tempoh/harakat sama diulang), menghimpun (cumulative) (pendek-panjang), ataupun menghimpun balas (countercumulative) (panjang-pendek). Penghimpunan dikaitkan dengan penutupan atau pengenduran, penghimpunan balas dengan keterbukaan atau ketegangan, sementara rentak tambahan pula terbuka dan berulang-ulang. Kendatipun demikian, Richard Middleton[4] menyatakan bahawa kaedah ini tidak dapat menjelaskan sinkopasi dan mencadangkan konsep transformasi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. The Compact Edition of the Oxford English Dictionary II. Oxford University Press. 1971. p. 2537. 
  2. "Art, Design, and Visual Thinking". Diperolehi pada 2010-03-16. 
  3. Narmour (1980), p 147–53. Cited in Winold, Allen (1975).
  4. Middleton, Richard (1990). Studying Popular Music. Philadelphia: Open University Press. ISBN 0-335-15275-9. 

bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Honing, H. (2002). "Structure and interpretation of rhythm and timing." Tijdschrift voor Muziektheorie [Dutch Journal of Music Theory] 7(3): 227–232.
  • Humble, M. (2002). The Development of Rhythmic Organization in Indian Classical Music, MA dissertation, School of Oriental and African Studies, University of London.
  • Lewis, Andrew (2005). Rhythm—What it is and How to Improve Your Sense of It. San Francisco: RhythmSource Press. ISBN 978-0-9754667-0-4.
  • London, Justin (2004). Hearing in Time: Psychological Aspects of Musical Meter. ISBN 0-19-516081-9.
  • Williams, C. F. A., The Aristoxenian Theory of Musical Rhythm, (Cambridge Library Collection - Music), Cambridge University Press; 1st edition, 2009.
  • Toussaint, G. T., “The geometry of musical rhythm,” In J. Akiyama, M. Kano, and X. Tan, editors, Proceedings of the Japan Conference on Discrete and Computational Geometry, Vol. 3742, Lecture Notes in Computer Science, Springer, Berlin/Heidelberg, 2005, pp. 198–212.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.