Mubarizun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mubarizun (مبارزون, "pertarung", "pahlawan", atau orang yang berperang tanding) merupakan suatu unit khas dalam tentera Khulafah Al-Rasyidin. Pasukan Mubarizun merupakan sebuah unit yang penting dalam tentera Muslim dengan peranan bertarung satu tanding satu.[1] Dalam perang Arab pra-Islam, Byzantine dan Sasan, pertempuran biasanya dimulakan dengan pertarungan pahlawan kedua-dua pihak lawan.[2]

Tentera Muslim biasanya mulakan pertempuran dengan tentera mereka menyiapkan diri dengan baju zirah atau baju perisai, kemudian mengatur unit-unit mereka ke posisi dan akhir sekali menghantar Mubarizun ke depan.[2] Pahlawan Mubarizun diarahkan supaya jangan mengejar pahlawan lawan yang telah tewas lebih daripada dua pertiga jarak antara pasukan Muslim dan pasukan lawan, kerana mereka boleh dibunuh dengan mudah.[3] Selepas selesai fasa lawan satu tanding satu, setiap pasukan akan mulakan serangan utama mereka.[2]

Beberapa ahli Mubarizun[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nicolle, 1994, h. 37.
  2. ^ a b c Nicolle, 1994, h. 36. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Nicolle36" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ Nicolle, 1998, h. 24.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]