Tentera Khulafah Al-Rasyidin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tentera Al-Rasyidin
Terlibat dalam Peperangan Khulafa al-Rasyidin
Penaklukan oleh Muslim
Aktif 632 - 661 AD
Ideologi Jihad
Pemimpin Khalifah (Amir al-Mu'minin, "Pemimpin orang beriman")
Ibu pejabat Madinah, Kufa
Kawasan 
operasi
Timur Tengah, Afrika Utara, Caucasus, Transoxiana, Anatolia, Bactria, Parsi, Balochistan, Mediterranean, Semenanjung Iberia.
Sebahagian dari Kekhalifahan Khulafa al-Rasyidin
Lawan Arab, Empayar Sassanid, Empayar Byzantine, Ghassaniyyah, Lakhmiyyah, Berber, Kekhanan Khazar, Visigoth, dan lain-lain

Tentera Khulafah Al-Rasyidin atau tentera darat Al-Rasyidin merupakan ketumbukan utama angkatan tentera Khulafah Al-Rasyidin sewaktu penaklukan yang dilakukan oleh tentera Islam pada kurun ketujuh, bersama-sama tentera laut Al-Rasyidin. Tentera darat Al-Rasyidin mengekalkan tahap disiplin yang tinggi, kehandalan dari segi strategi dan teratur.

Pada zamannya tentera Al-Rasyidin merupakan satu daripada ketumbukan tentera yang kuat dan berkesan. Pada awalnya besarnya tentera Al-Rasyidin ialah 13,000 anggota dalam tahun 632 M tetapi berkembanga menjadi 100,000 orang menjelang tahun 657. Panglima-panglima tentera Al-Rasyidin yang paling berjaya ialah Khalid ibn al-Walid yang menawan Mesopotamia Parsi dan Syria Romawi, dan Amr ibn al-As yang menawan Mesir Romawi.

Peralatan perang[sunting | sunting sumber]

Sukar untuk membina semula perlatan ketenteraan angkatan tentera awal Islam — berbanding dengan tentera Romawi mahupun angkatan Islam lain pada Zaman Pertengahan peninggalan visual tentera awal amat kecil, tidak tepat dan susah mahu diberi tarikh.[1] Kebanyakan peralatan ketenteraan Arab pra-Islam berasal dari Syria, Iraq Armenia dan Yemen. Banyak lagi dapat diperoleh semasa penaklukan awal.

Ketopong besi[sunting | sunting sumber]

Pakaian kepala orang Islam termasuk ketopong besi sama ada berbentuk bulat atau runcing yang bersadur, seakan-akan ketopong perak Empayar Sassanid. Ketopong bulat yang dipanggil Baidah ("Telur"), ialah jenis rasmi awal Byzantine yang dibuat daripada dua bahagian. Ketopong besi runcing ialah jenis bertembereng Asia Tengah yang dikenali sebagai Tarikah. Pakaian perisai lazim digunakan untuk melindung muka dan tengkuk, sama ada sebagai aventail (penutup kepala berperisai yang digantung dari ketopong) atau sebagai coif (topi/hud berbirai) berperisai seperti yang digunakan oleh tentera Byzantine-Romawi semenjak abad ke-5. Separuh muka lazimnya ditutup dengan ekor serban sebagai perlindungan daripada angin kuat gurun.

Baju besi[sunting | sunting sumber]

Baju besi atau berperisai diperbuat daripada kulit keras atau perisai berlapis yang dibuat di Yemen, Iraq dan sepanjang pantai Teluk Parsi. Perisai berantai disukai dan menjadi lebih banyak digunakan semasa penaklukan empayar-empayar jiran kemudiannya, sering diperoleh sebagai rampasan perang. Perisai sedemikian disebut Dir dan terbuka pada bahagian bawah dada. Perisai digilap dan disimpan dengan campuran habuk dan minyak untuk mengelaknya menjadi berkarat.[2]

Anggota infantri (tentera berjalan kaki) berperisai lebih daripada anggota berkuda. Ada terdapat laporan tentang kegunaan penggunan baju perisai berlapis dua (dir'ayn), di mana baju kedua lebih pendek dan sering dibuat daripada kain atau kulit.

Perisai[sunting | sunting sumber]

Ada perisai kayu atau anyaman rotan yang digunakan, akan tetapi kebanyakan perisai dibuat daripada kulit unta atau lembu. Semasa serangan terhadap Levant, terdapat penggunaan perisai daripada kulit gajah da perisai ini berkemungkinan besar dirampasa daripada tentera Byzantine.

Lembing[sunting | sunting sumber]

Lembing panjang dibuat daripada mensiang yang terdapt di pantai Teluk Parsi. Lembing infantri sepanjang dua setengah meter sementara lembing tentera berkuda berukuran lima setengah meter.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. The Armies of the Caliphs: Military and Society in the Early Islamic State. Contributors: Hugh Kennedy - author. Publisher: Routledge. Place of Publication: London. Publication Year: 2001. Page Number:168
  2. Yarmouk 636, Conquest of Syria by David Nicolle