Nāga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Patung sepasang Naga dari zaman Hoysala, Halebidu.

Nāga (Bahasa Sanskrit: नाग, IAST: nāgá, Bahasa Burma: နဂါး, IPA: [nəɡá]; Jawa: någå, Khmer: នាគ neak, Bahasa Thai: นาค nak, Bahasa Cina: 那伽, Tibet: ཀླུ་) dalam bahasa Sanskrit dan Pāli memaksudkan sejenis dewa atau makhluk yang berbentuk ular gergasi, terutamanya Ular Tedung Selar, dalam mitos agama Hindu dan Buddha. Istilah nāga juga digunakan untuk memaksudkan beberapa puak manusia yang bergelar "Nāga"; gajah; mahupun ular biasa, terutamanya Ular Tedung Selar dan Ular Tedung India (yang dipanggil nāg dalam bahasa Hindi dan bahasa-bahasa lain di India). Nāga betina pula dipanggil nāgī atau nāginī.

Asal-usul nama[sunting | sunting sumber]

Dalam bahasa Sanskrit, nāgá (नाग) ialah sejenis ular tedung. nāgá bersinonim dengan phaṇin(फणिन्).Terdapat beberapa perkataan untuk "ular" secara amnya; antara yang paling kerap digunakan ialah sarpá (सर्प). Adakalanya, perkataan nāgá pun digunakan untuk memaksudkan "ular" secara am.[1][2] Perkataan ini serumpun dengan perkataan Jermanik: *snēk-a-, Proto-IE: *(s)nēg-o- yang menurunkan perkataan Inggeris snake.[3]

Perkataan nāga diserap ke dalam bahasa Melayu dan digunakan untuk memaksudkan makhluk-makhluk yang seumpamanya dalam cerita rakyat Melayu, seperti Naga Tasik Cini. Lama-kelamaan, penutur bahasa Melayu menggunakan naga untuk memaksudkan makhluk-makhluk mitos yang serupa dalam bangsa lain, misalnya long dalam mitos Cina dan Asia Timur, dan dragon dalam mitos Barat.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. For the specific terminology for cobra see p. 432, Vaman Shivram Apte, The Student's English-Sanskrit Dictionary (Motilal Banarsidass: 2002 reprint edition) ISBN 81-208-0299-3.
  2. Vaman Shivram Apte. A Practical Sanskrit Dictionary. p. 539. The first definition of nāgaḥ given reads "A snake in general, particularly the cobra."
  3. Proto-IE: *(s)nēg-o-, Meaning: snake, Old Indian: nāgá- m. 'snake', Germanic: *snēk-a- m., *snak-an- m., *snak-ō f.; *snak-a- vb. http://starling.rinet.ru/cgi-bin/response.cgi?single=1&basename=/data/ie/piet&text_number=2649&root=config

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]