NJOI Now

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
NJOI Now
Maklumat umum
URLNJOI
JenisKandungan berlebihan (OTT)
Tersedia dalam
Pengurusan dan pentadbiran
Pemilik
Kandungan dan sokongan
KomersialYa
PendaftaranPercuma Untuk Pelanggan NJOI
(Hanya di Malaysia sahaja)
Dilancarkan pada10 Mei 2017; 6 tahun yang lalu (2017-05-10)
Status terkiniTidak aktif
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

NJOI Now (digayakan sebagai njoi now) merupakan satu aplikasi OTT milik Astro Malaysia. Ia dilancarkan pada 10 Mei 2017 oleh perdana menteri Malaysia ke 6, Dato Seri Najib Abdul Razak. Namun ditutup pada 30 September 2019 atasan banyak kontroversi. Sekarang ini, pelanggan NJOI boleh mengakses aplikasi Astro Go seperti biasa tetapi perlu mempunyai pek HD dan pek utama (Primary Pack). Serta, pelanggan NJOI dapat mengakses aplikasi Sooka pada 8 Jun 2021.

NJOI Now ialah perkhidmatan penstriman video baharu Astro yang tersedia di mudah alih dan dalam talian, dan ia juga satu-satunya aplikasi mudah alih di Malaysia yang memberi anda akses percuma kepada hiburan atas permintaan, termasuk lebih 2,200 set kotak filem dan drama, sukan langsung dan berita tergempar.Ia juga merupakan satu aplikasi yang sama dengan Astro Go tetapi ia dikhaskan untuk pelanggan NJOI sahaja.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Menurut sumber dari sekejung.com. Setelah sebulan melancarkan NJOI Now, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan berita dari pihak NJOI telah pun mengeluarkan aplikasi percuma untuk semua.Pada ketika itu, pengguna telefon pintar tersenyum lebar kerana mempunyai inovasi untuk menonton saluran Astro dan saluran terrestrial percuma dari Media Prima di telefon pintar dengan menggunakan data prabayar.

Walaupun melancarkan NJOI Now tersebut, aplikasi hanya tersedia di iOS dan Android. Namun, kesemua telefon Android pada versi lama tidak menyokong. Hanya peranti yang versi Android 6.1 hingga ke atas sahaja yang menyokong aplikasi ini.

Selain itu, saluran-saluran yang tersedia seperti saluran Astro dan RTM sahaja. Namun, saluran dari Media Prima tidak dimasukkan dalam aplikasi NJOI Now. Ini merupakan keresahan kepada rakyat di Malaysia.

Pelanggan NJOI yang telah membayar pek prabayar tersebut, perkhidmatan NJOI Now telah dijenamakan semula ke Sooka. Turut pelanggannya yang menggunakan aplikasi ini perlu bayar tambahan untuk strim semua saluran Astro secara percuma.

Lihat lagi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]