Penghulu Naning

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penghulu Naning
Kedudukan Naning, berwarna Ungu kini dalam Melaka
Penjawat kini
Mohd Nazrol Mahamad Sapar
sejak 5 Ogos 2020
Penyandang Ke-22
Butiran
Raja pertamaDato' Perpatih Nan Sebatang / Sutan Balun (sebagai Penghulu)
Pembentukan1345

Penghulu Naning (atau Undang Naning) ialah jawatan ketua bagi wilayah adat (luak) Naning di Melaka. Sebelum era penjajahan Inggeris yang memasukkan Naning ke dalam pentadbiran Melaka, Penghulu Naning diiktiraf sebagai pemerintah berdaulat di Naning. Pasca-kemerdekaan Tanah Melayu, kedudukan Penghulu Naning dan Lembaga Adat Perpatih Naning Melaka sebagai badan pentadbir diiktiraf dalam Fasal 34 Perlembagaan Negeri Melaka[1].

Senarai penyandang[sunting | sunting sumber]

Bil. Penyandang Pemerintahan
Prapenjajahan Belanda
1. Dato Perpatih Nan Sebatang/Sutan Balun 1345-1395
2. Bendahara Kuning Gajah Godang Patah Gading 1395-1419
3. Dato Batin Maha Galang 1419-1443
4. Dato Tua Raja Alam 1443-1467
5. Dato Raja Alam Merah 1467-1491
6. Dato Sayyed Serban Kuning 1491-1515
7. Dato Lebai Seklan 1515-1539
8. Dato Undang Naning 8 1539-1563
9. Dato Undang Naning 9 1563-1587
10. Dato Undang Naning 10 1587-1615
11. Dato Undang Naning 11 1615-1640
Era pendudukan Belanda
12. Dato’ Megat Alam Melintang (Dato Seraja Merah) 1641[2]-1671
13. Dato’ Megat Junjungan Limau (Dato Seraja Merah II) 1671-1701
14. Dato Juara Megat Juana Lenggang 1701-0705
15. Dato’ Kokah Bernama Zohri 1705 -1765
16. Dato’ Gahang Berbulu 1765-1775
17. Dato’ Selamat Idris 1775-1780
18. Dato’ Timbo 1780-1786
19. Dato’ Anjak 1786-1799
20. Dato’ Abdul Said bin Omar @ Dol Said 1799-1832
Pasca-Perang Naning
20 Dato’ Abdul Said bin Omar @ Dol Said 1832-1849
21. Dato’ Idas 1849-1870[3]
22 Dato’ Mohd Salleh @ Aghap bin Rahim 1870-1900[3]
23 Dato’ Ranting 1900-1901[3]
24 Dato’ Hassan 1901-1916[3]
25 Dato’ Omar bin Hassan 1918-1923[4]
26 Dato’ Arshad 1923-1931[4]
27 Dato’ Osman bin Kering 1932-1940[4]
28 Dato’ Cek Lah bin Mohd Sab 1942-1949[4]
29 Dato’ Mohd Shah bin Mohd Said Al-Haj 1951-1957[5]
Pascakemerdekaan Tanah Melayu
29 Mohd Shah bin Mohd Said Al-Haj 1957-2004[5]
30 Abdul Latif bin Hj. Hashim[6][5][7] 2004 -2012[8]
31 Mohd Salleh bin Md. Som 2012 – 2013
32 Dr. Nordin bin Abd Jalil 2013 – 2020
33 Mohd Nazrol bin Mahamad Sapar 2020 – kini[1]

Lembaga Adat Perpatih Naning[sunting | sunting sumber]

Lembaga Adat Perpatih Naning ialah sebuah jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam hal ehwal adat di Naning, Melaka. Ia dianggotai oleh pembesar-pembesar adat di Naning dan diketuai oleh Penghulu Naning.

Pembesar adat[sunting | sunting sumber]

Jawatan Gelaran Suku Catatan
Waris Tertua Dato’ Paduka Seri Diraja Keluarga Nan Bergajah Tunggal Disandang oleh kerabat Penghulu
Pembesar Waris Perut Dato Seri Lela Maharaja Keluarga Nan Bergajah Tunggal Disandang oleh kerabat Penghulu
Dato Seri Menteri Penghulu
Dato Seri Maharaja
Dato Seri Shahbandar
Pembesar Tiang Balai Dato Seri Angkai Besar Suku Anak Melaka Datuk Lembaga
Dato Seri Nan Kaya Suku Semelenggang Naning
Dato Seri Mangun Suku Tiga Batu
Dato Seri Angkai Kecil Suku Mungka
Pembesar Isi Balai Dato Seri Gompo Suku Tiga Nenek Datuk Lembaga
Dato Seri Maulana Garang Suku Air Hangat
Dato’ Seri Mempelas Suku Bunga Tanjung

Isu dan tengkarah[sunting | sunting sumber]

Perebutan jawatan (2011-2013)[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2011, Dato' Abdul Latif Hashim (DN19) telah didapati bersalah kerana melanggar peraturan-peraturan adat oleh Ahli Lembaga Adat Naning (LAN) dan LAN telah bertindak menggugurkan posako beliau selepas Kerajaan Negeri Melaka bertindak menarik semua elaun serta kemudahan Penghulu Naning. Perbuatan Kerajaan Negeri Melaka yang bertindak menyita Balai Rasmi Naning di Bukit Seri Naning, Simpang Ampat menambahkan lagi kemarahan LAN dan penduduk setempat. Pengguguran Dato' Abdul Latif Hashim adalah sah disisi adat kerana berteraskan togak penghulu dek bulat lembago, bulat air togah dek gopong, bulat manusio togah dek bosilang, bapak segala adat berani, ibu segalo adat muafakat, bulat muafakat mako gugurlah adat.

Selepas pengguguran Dato' Abdul Latif Hashim sebagai Penghulu Naning maka pihak LAN telah bermusyawarah dan setuju memberikan posako Orang Kaya Seri Raja Merah kepada perut pertama suku Semelenggang Taboh iaitu mengangkat Dato' Mohd Salleh bin Md Som (DN20) pada tahun 2012. Pada tempoh yang sama, terdapat perebutan posako daripada sebahagian pihak daripada suku Semelenggang Naning yang menyatakan mereka berhak untuk mendapatkan kembali posako Orang Kaya Seri Raja Merah kerana parit persumpahan telah pun bersobon (terkambus). Oleh itu, kumpulan suku Semelenggang Naning telah mengangkat Dato' Azis bin Maulod sebagai Penghulu Naning ke-20 tetapi pemilihan ini tidak direstui oleh LAN kerana Dato' Azis bukannya keturunan asli suku Semelenggang Naning namun hanya orang semondo (orang luar yang berkahwin dengan anak tempatan) sahaja. Perlantikan Dato' Azis menyebabkan Dato' Abu @ Hussein menentang keras tindakan ini kerana posako Orang Kaya Seri Raja Merah harus disandang oleh mereka yang berketurunan dan bersusur-galur daripada Penghulu-penghulu Naning terdahulu.

Selepas setahun memerintah, LAN sekali lagi menggugurkan posako Penghulu Naning daripada Dato' Mohd Salleh bin Md Som setelah mendapati beliau bersalah dalam menyalahgunakan kuasa sebagai Penghulu Naning. Setelah bermusyarah, LAN telah memilih Dato' Nordin Abd Jalil daripada perut kedua suku Semelenggang Taboh sebagai penyandang posako Orang Kaya Seri Raja Merah. Pada 11 Oktober 2013, Dato' Nordin telah dikerjankan (ditabal) secara rasmi sebagai Penghulu Naning ke-21 di Masjid Taboh Naning, Simpang Ampat. Namun, perlantikan Dato' Nordin ditentang sebilangan besar orang tua Adat Naning lalu mengambil keputusan untuk memulaukan majlis berkenaan. Selepas beberapa lama menjawat jawatan Penghulu Naning, Dato' Abu @ Hussein telah menabalkan dirinya sebagai Penghulu Naning dengan memakai gelaran DYMM Orang Kaya Seri Maharaja Merak atas sokongan bekas setiausaha sulit DN19 Dato' Seri Adam Malek. Dato' Abu Hussein telah menabalkan dirinya sebagai Penghulu Naning di Pagar Ruyong. Pergolakan ini semakin keruh apabila Dato' Jamil Sidi daripada perut ketiga (bekas Dato' Paduka Seri Syahbandar DN19) telah mengaku sebagai Penghulu Naning ke-19** dan membentuk ahli lembaga adatnya sendiri. Pada 27 April 2016, pihak polis telah menahan Dato Nordin kerana disabitkan kesalahan menipu Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menjual pingat kebesaran.

Sehingga kini terdapat 6 orang telah mengaku sebagai Penghulu Naning @ Dato' Naning; 4 daripada mereka adalah daripada suku Semelenggang Taboh (2 orang perut pertama, seorang dari perut kedua, seorang daripada perut ketiga) dan 2 orang daripada suku Semelenggang Naning. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Melaka tidak mengiktiraf mana-mana Dato' Naning dan akan meminda akta yang berkaitan dengannya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Mohon kerajaan negeri iktiraf pelantikan Datuk Naning". Sinar Harian. 18 Mac 2022. Dicapai pada 21 Julai 2023.
  2. ^ Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan : Abad 15-19, ms 77
  3. ^ a b c d Sejarah Ringkas Naning, ms 19
  4. ^ a b c d Sejarah Ringkas Naning, ms 20
  5. ^ a b c New Sunday Times, 26 November 2006
  6. ^ "Saya tidak jual anugerah - Datuk Undang Naning, Kosmo". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-24. Dicapai pada 2013-12-20.
  7. ^ "Abdul Latif dakwa masih sah Undang Luak Naning". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-07. Dicapai pada 2014-01-06.
  8. ^ "Anugerah Undang Luak Naning tidak sah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-07. Dicapai pada 2014-01-06.