Natalie Martinez

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Natalie Martinez
Martinez di Anugerah Imagen 2013
Kelahiran
Natalia Martinez

(1984-07-12) 12 Julai 1984 (umur 39)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2006–kini

Natalie Martinez (lahir 12 Julai 1984) ialah seorang pelakon dan model Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan perananya dalam filem 2008 Death Race, kemunculannya dalam beberapa muzik video antara 2003 dan 2011, dan dua siri telenovela pada 2006 dan 2007. Martinez berlakon dalam satu musim drama Detroit 1-8-7, dan menjayakan peranan ulangan dalam musim pertama siri CSI: NY, dan berlakon dalam satu musim siri drama DirecTV Kingdom. Beliau memegang watak sebagai Chase dalam siri mini cereka sains Netflix The I-Land.

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Martinez dilahirkan di Miami, Florida dan berketurunan Cuba.[1] Beliau merupakan lulusan Sekolah Tinggi St. Brendan pada 2002.[2] Ibunya juga merupakan salah seorang dari 6 beradik yang semuanya perempuan. Beliau dilahirkan dalam keluarga besar.

Martinez mula menjadi model pada usia 15 tahun sebelum berkecimpung dalam bidang lakonan. Pada tahun terakhirnya di Sekolah Tinggi St. Brendan pada tahun 2002, ibunya melihat iklan untuk jenama pakaian baru J.Lo. Selepas mengalahkan lebih dari 5,000 gadis remaja lain untuk uji bakat, Natalie berpindah ke Los Angeles.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Martinez pada 2007

Martinez terkenal dengan peranannya dalam filem 2008 Death Race, dan wataknya sebagai Michelle Miller dalam Fashion House (2006), dibatalkan selepas tiga bulan.

Beliau diuji bakat untuk watak utama dalam siri Chuck, yang juga tampil dalam gambar promosi pada musim pertama, akan tetapi penerbit memutuskan untuk mematikan wataknya sebelum episod pengenalan ditayangkan.[3]

Martinez telah membintangi peranan dalam beberapa siri televisyen lain yang dibatalkan selepas satu musim, termasuk Detroit 1-8-7, APB dan The Crossing. Beliau berlakon dalam musim pertama Under the Dome, muncul dalam musim kedua supaya wataknya dapat dimatikan. Beliau membintangi satu musim Secrets and Lies, dan melakonkan peranan berulang Detektif Jamie Lovato selama satu musim dalam drama jenayah CSI: NY.

Pada September 2018, ia diumumkan bahawa Martinez akan muncul dalam peranan utama Chase dalam siri mini cereka sains Netflix The I-Land.[4] Siri mini itu dikeluarkan pada 12 September 2019.[5]

Kemunculan filem Martinez termasuk End of Watch (2012), Broken City (2013) dan Self/less (2015).[6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2008 Death Race Case
2011 Magic City Memoirs Mari
2012 The Baytown Outlaws Ariana
2012 End of Watch Gabby Zavala
2013 Broken City Natalie Barrow
2015 Self/less Madeline Bitwell
2016 The Land Evelyn
2016 Message from the King Trish
2017 Keep Watching Olivia
2019 UglyDolls Meghan (suara)
2019 El Dorado Maria
2019 Battle at Big Rock Mariana Filem pendek

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2006 Fashion House Michelle Miller Peranan utama (55 episod)
2007 Saints & Sinners Pilar Martin Peranan utama (62 episod)
2010 Sons of Tucson Maggie Morales 2 episod
2010 El Dorado Maria Martinez Siri mini; 2 episod
2010–2011 Detroit 1-8-7 Det. Ariana Sanchez Peranan utama (18 episod)
2012 Widow Detective Maya Davis Pilot CBS tidak disiarkan
2012–2013 CSI: NY Det. Jamie Lovato 12 episod
2013–2014 Under the Dome Deputy Linda Esquivel Peranan utama (14 episod)
2014 Matador Salma Episod: "Enter the Worm"
2015 Secrets and Lies Jessica "Jess" Murphy Peranan utama (10 episod)
2015–2017 Kingdom Alicia Mendez Peranan utama (16 episod)
2016 From Dusk till Dawn: The Series Amaru 2 episod
2017 APB Theresa Murphy Peranan utama (12 episod)
2018 The Crossing Reece Peranan utama (11 episod)
2019 Into the Dark Jennifer Robbins Episod: "Down"
2019 The I-Land Chase Peranan utama (7 episod); juga penerbit

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Natalie Martinez Steams Up Even a 'Death Race'". Daily News. New York. August 15, 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-05. Dicapai pada February 15, 2017.
  2. ^ Marr, Madeline (January 18, 2013). "Actress Natalie Martinez started out in Miami". Miami Herald. Dicapai pada 25 September 2015.
  3. ^ The Futon Critic Staff (March 16, 2007). "Development Update: Friday, March 16". The Futon Critic. Dicapai pada February 15, 2017.
  4. ^ Andreeva, Nellie (September 28, 2018). "'The I-Land' Starring Kate Bosworth, Natalie Martinez & Alex Pettyfer Among 3 Sci-Fi Series Ordered By Netflix". Deadline Hollywood. Dicapai pada September 28, 2018.
  5. ^ Ramos, Dino-Ray (August 20, 2019). "'The I-Land' Teaser: Netflix Sets Release Date For Kate Bosworth Sci-Fi Series With Fyre Fest Flair". Deadline Hollywood. Dicapai pada August 20, 2019.
  6. ^ Barton, Steve (March 4, 2015). "Self/Less Teaser and Artwork". Dread Central. Dicapai pada February 15, 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]