Naura & Genk Juara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Naura & Genk Juara
PengarahEugene Panji
PenulisAsaf Antariksa
Bagus Bramanti
Dihasilkan olehHandoko Hendroyono
Pax Benedanto
Amalia Prabowo
DibintangiAdyla Rafa Naura Ayu
Joshua Yorie Rundengan
Vickram Priyono
Andryan Bima
Muzik olehAdyla Rafa Naura Ayu
Andi Rianto
Syarikat
penerbitan
Kompas Gramedia Production
Konsorsium Kreatif
HOOQ Original
Diedarkan olehMAXstream Originals
Tarikh tayangan
16 November 2017
Masa tayangan
102 minit
Negara Indonesia
BahasaBahasa Indonesia

Naura & Genk Juara merupakan filem muzikal Indonesia yang mula ditayangkan pada 16 November 2017. Filem ini diarahkan oleh Eugene Panji dan ditulis oleh Asaf Antariksa dan Bagus Bramanti. Filem ini dibintangi oleh Adyla Rafa Naura Ayu, Joshua Yorie Rundengan, Vickram Priyono dan Andryan Bima.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Filem "Naura & Genk Juara" mengisahkan Naura, Okky dan Bimo yang terpilih mewakili sekolah mereka untuk bertanding dalam pertandingan sains di acara Kemah Kreatif yang terletak di kawasan hutan tropika Situ Gunung, Sukabumi, Jawa Barat. Pengembaraan ini mempertemukan mereka dengan Kipli, seorang ranger muda yang menggagalkan usaha Trio Licik, kumpulan sindiket pemerdagangan haiwan liar. Muslihat Trio Licik akhirnya membawa Naura, Okky, Bimo dan Kipli ke dalam pengembaraan yang mendebarkan. Persahabatan dan peluang untuk memenangi pertandingan sains antara sekolah dipertaruhkan.

Barisan pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Adyla Rafa Naura Ayu sebagai Naura
  • Joshua Yorie Rundengan sebagai Okky
  • Vickram Priyono sebagai Bimo
  • Andryan Bima sebagai Kipli
  • Totos Rasiti sebagai Pak Marsono
  • Shelomita sebagai Bu Tike
  • Kiki Juliar sebagai Bu Laras
  • Panjul Williams, Alfian dan Dedy Ilyas sebagai Jalu Trio Licik
  • Baldy Mulya Putra sebagai ayah Naura
  • Riafinola Ifani Sari sebagai ibu Naura
  • Adyano Rafi Bevan Putra sebagai Bevan
  • Anodya Shula Neona Ayu sebagai Neona

Album[sunting | sunting sumber]

Ost. Naura & Genk Juara
Runut bunyi oleh
Pelbagai Artis
Dilancarkan pada2017
TempatIndonesia Edit the value on Wikidata
GenrePop
BahasaBahasa Indonesia dan Sunda Edit the value on Wikidata
SyarikatTrinity Optima Production
Kronologi Kronologi Naura Ayu
Langit yang Sama
(2016)
Ost. Naura & Genk Juara
(2017)
Katakanlah Cinta
(2018)
Single daripada Ost. Naura & Genk Juara
  1. "Berani Bermimpi"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Ost. Naura & Genk Juara ialah album runut bunyi oleh Adyla Rafa Naura Ayu yang diterbitkan pada 2017 dan digunakan sebagai lagu iringan untuk filem dengan judul yang sama. Kebanyakan lagu dalam album ini dinyanyikan oleh Naura sendiri, dan 3 buah lagu dinyanyikan oleh Naura bersama Vickram Priyono dan Joshua Rundengan. Album ini hanya dijual di kedai buku Gramedia seluruh Indonesia.

Single hit album ini ialah lagu "Berani Bermimpi" yang kemudiannya memenangi 2 anugerah dari Anugerah Musik Indonesia 2018.

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

  1. Juara (Opening Theme, bersama Vickram Priyono dan Joshua Rundengan)
  2. Bawakan Cerita Banyak Untukku
  3. Mendengar Alam (bersama Shelomita)
  4. Kamu Menyebalkan (bersama Vickram Priyono dan Joshua Rundengan)
  5. Setinggi Langit
  6. Aku Hanya Ingin Pulang
  7. Jangan Jangan
  8. Kita Adalah Juara (bersama Vickram Priyono dan Joshua Rundengan)
  9. Berani Bermimpi (Ending Theme)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Golan, Merwyn. "Sinopsis Film NAURA & GENK JUARA (2017) :Drama Musikal Tontonan Bersama Keluarga | POSFILM". posfilm.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Mac 2024.[pautan mati kekal]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]