Nepotisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Nepotisme bermaksud melebihkan saudara-mara serta rakan-rakan yang ada hubungan dan bukannya penilaian objektif bagi keupayaan, meritokrasi atau kekesuaian terhadap sesuatu jawatan. Contohnya, tawaran jawatan kosong kepada saudara-mara, walaupun masih ada lagi orang lain yang lebih layak serta sanggup melaksanakan tugas sedemikian. Perkataan nepotisme berasal daripada perkataan Latin 'nepos', yang bermaksud "anak saudara" atau "cucu".

Contoh[sunting | sunting sumber]

Nepotisme adalah satu tuduhan yang lazim dalam bidang politik apabila kaum kerabat seseorang yang berkuasa mewarisi kuasanya tanpa kelayakan yang sepatutnya.

Kesan sosial dan ekonomi[sunting | sunting sumber]

Nepotisme dan kronisme menafikan hak orang biasa yang berkelayakan untuk memperoleh pendapatan dan kuasa. Ia seterusnya boleh menyebabkan kesan jangka pendek serta jangka panjang terhadap masyarakat, bergantung kepada sejauh mana amalan tersebut dilaksanakan serta penerimaan masyarakat.

Antara tempat di mana nepotisme dipercayai memberikan kesan buruk termasuklah di sektor perkhidmatan awam serta berkaitan hubungan dalam dan luar kerajaan seperti duta-duta serta badan penguatkuasa.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: