Neuro-oftalmologi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Neuro-oftalmologi (Jawi: نيورو–اوفتلمولوݢي) merupakan subkepakaran berorientasikan akademik yang menggabungkan dua bidang yang berbeza iaitu bidang neurologi dan oftalmologi. Neuro-oftalmologi berkaitan dengan penyakit sistemik kompleks yang mempunyai manifestasi dalam sistem penglihatan. Pada awalnya, akar neuro-oftalmologi melengkapkan bahagian sama ada dalam bidang neurologi atau bidang oftalmologi, kemudian melakukan gabungan dalam bidang saling melengkapi. Memandangkan kajian diagnostik boleh menjadi normal pada pesakit dengan penyakit neuro-oftalmik yang ketara, sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal yang terperinci sangat penting, dan pakar neuro-oftalmologi sering menghabiskan masa yang banyak dengan pesakit mereka.[1]

Patologi biasa yang dirujuk oleh pakar neuro-ophthalmologi ialah gangguan sistem penghilatan aferen seperti neuritis optik, neuropati optik, papiledema, barah otak dan strok dan gangguan sistem penglihatan eferen seperti anisokoria, diplopia, oftalmoplegia, ptosis, nistagmus, blefarospasme, sawan mata atau otot mata serta spasma hemifasial. Persatuan pakar neuro-ophthalmologi antarabangsa yang terbesar ialah Persatuan Neuro-Oftalmologikal Amerika Utara (North American Neuro-Ophthalmological Society; NANOS),[2] yang menganjurkan mesyuarat tahunan dan menerbitkan jurnal perubatan yang bernama Neuro-Ophthalmology. Neuro-oftalmologi sering menjadi fakulti di pusat perubatan besar akademik. Pesakit selalunya mempunyai penyakit yang ada yang dalam bidang lain (sama ada reumatologi, endokrinologi, onkologi, kardiologi, dll.), justeru pakar neuro-oftalmologi sering menjadi penghubung antara jabatan oftalmologi dan jabatan lain di pusat perubatan.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lessell, S (Apr 2000). "What can we expect in neuro-ophthalmology in the next century?". Archives of Ophthalmology. 118 (4): 553–4. doi:10.1001/archopht.118.4.553. PMID 10766142.
  2. ^ "North American Neuro-Ophthalmology Society". North American Neuro-Ophthalmology Society Home Page. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 September 2014. Dicapai pada 28 September 2014.
  3. ^ McDonnell, Peter (1 Nov 2004). "Is neuro-ophthalmology in jeopardy?". Ophthalmology Times. 29 (21): 4. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2015.