North Country

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
North Country
North Country film.jpg
Pengarah Niki Caro
Penulis Clara Bingham
Laura Leedy
Michael Seitzman
Muzik Gustavo Santaolalla
Masa 126 min
Bahasa Bahasa Inggeris
Laman web http://northcountrymovie.warnerbros.com/


North Country merupakan calon Anugerah Akademi yang diarahkan oleh Niki Caro dan telah dilancarkan pada 21 Oktober 2005 di Amerika Syarikat. Filem ini dibintangi oleh Charlize Theron sebagai seorang pekerja wanita di sebuah syarikat perlombongan yang mengalami ganguan seksual dan beliau berhasrat membawa isu ini ke muka pengadilan setelah orang atasan tidak mempedulikan kepentingan golongan wanita. Untuk filem ini, Theron telah dicalonkan dalam Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik. Frances McDormand, yang melakonkan watak teman rapat Glory turut mendapat pencalonan untuk Pelakon Wanita Pembantu Terbaik juga menerusi Anugerah Akademi. Filem ini diadaptasikan menerusi kisah benar yang membabitkan kes Jenson lwn. Eveleth Taconite Co., yang dibawa oleh Lois Jenson ke muka pengadilan. Kebanyakan watak di dalam filem ini telah tidak menggunakan nama sebenar orang yang terbabit dalam kes ini. Sebagai contoh, Theron membawa watak Josey Aimes yang sebenarnya adalah Lois Jenson.

Pengambaran filem ini telah diadakan di utara Minnesota (termasuk bandar Eveleth dan Virginia), Minneapolis, dan New Mexico. Buku ini diinspirasikan dari novel Class Action oleh Clara Bingham dan Laura Leedy Gansler.


Plot[sunting | sunting sumber]

Filem ini mengisahkan kesusahan golongan wanita pada tahun 1989 untuk diterima sebagai rakan sekerja dalam bidang perlombongan dan walaupun kebenaran untuk wanita bekerja dalam bidang perlombongan telah diluluskan sedari 1970-an, tetapi bilangan pekerja wanita adalah sedikit jika dibandingkan dengan pekerja lelaki. Pihak pengurusan dan para pekerja lombong, termasuk bapa Josey, berpendapat bahawa wanita tidak sesuai untuk bekerja dalam bidang yang sememangnya dimonopoli oleh kaum lelaki ini. Penentangan bapa Josey dilihat sebagai menjatuhkan maruah keluarganya.

Josey menyedari masalah yang bakal dihadapinya tetapi memandangkan beliau seorang ibu tunggal kepada dua orang anak dan memerlukan wang untuk menampung kehidupan mereka sekelurga, Josey tidak mempeduli halangan masyarakat sekeliling termasuklah bapanya. Josey meneruskan kerja di kawasan perlombongan memandangkan gaji yang diperoleh agak memuaskan untuk beliau dan anak-anaknya mendapat kehidupan yang lebih selesa.

Menyedari jenayah gangguan seksual dan buli terhadap golongan wanita, Josey cuba membawa masalah ini kepada pihak pengurusan tetapi perkara itu menjadi serius dan akhirnya membuatkan beliau berhenti kerja.

Beliau membawa kes gangguan seksual ini menentang majikannya kerana gagal melindungi beliau dan kesemua pekerja wanita. Percubaan beliau dilihat getir apabila para pekerja wanita tidak mahu memberikan kerjasama kepada beliau hanya kerana mereka terdesak dan tidak mahu kehilangan pekerjaan.

Sewaktu perjumpaan pekerja, beliau cuba memberi ucapan dan menyatakan tujuan beliau membawa kes ini ke muka pengadilan tetapi kata-kata beliau hanya disambut dengan kejian oleh para pekerja lelaki dan para pekerja wanita hanya mampu berdiam diri. Namun, bapa Josey berdiri dan beliau menyampaikan sokongan beliau terhadap anak perempuannya itu. Bapanya mempersoalkan mengapa mereka (para pekerja lelaki) tidak memperlakukan jenayah gangguan seksual ke atas isteri serta anak perempuan mereka.

Peguam beliau cuba membawa kejayaan tetapi hakim memerlukan sekurang-kurangnya dua orang pekerja wanita lain untuk menguatkan kes. Kes menjadi semakin rumit apabila bekas guru Josey hadir ke mahkamah dan menyatakan Josey pernah melakukan hubungan intim dengan gurunya tetapi disanggah oleh Josey. Josey terpaksa menceritakan rahsia dirinya yang dirogol oleh gurunya itu sehingga beliau mengandung anak luar nikah, Sammy tetapi menurut bekas teman lelaki Josey sewaktu di sekolah tinggi, Josey tidak dirogol tetapi itu kerelaan Josey.

Menyedari bekas teman lelaki Josey itu seorang yang lemah sewaktu di sekolah, peguam Josey mendesak agar lelaki tersebut menceritakan kisah sebenarnya sehinggalah lelaki tersebut mengaku bahawa beliau tidak dapat berbuat apa-apa melainkan melarikan diri.

Penghujung kisah, Josey memenangi kes ini apabila beliau mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuk rakan sekerja (wanita) yang pada masa dahulu tidak mahu memberi kerjasama.


Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]