Obelisk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Obelisk yang dikhususkan untuk Firaun Senusret II dipamerkan terbuka di Heliopolis, Kaherah

Obelisk (pinjaman Bahasa Yunani Kuno: ὀβελίσκος obeliskos;[1][2] turunan ὀβελός obelos, "paku, tiang berbucu"[3]) ialah binaan tinggi semacam tugu berbucu empat yang memuncak dalam suatu bentuk piramid yang lazim dibina sekaligus (atau secara "monolitik") daripada sebongkah batu tunggal.

Ia dahulu diketahui dalam kalangan masyarakat Mesir Purba untuk menandakan pintu masuk kuil-kuil mereka kerana dianggap melambangkan dewa matahari mereka iaitu Ra, selain juga untuk memperingati firaun-firaun mereka. Apabila Empayar Rom menakluk kerajaan ini tidak lama selepas kemangkatan Cleopatra, binaan-binaan ini begitu menarik perhatian sehingga ada yang dibawa mereka kembali untuk ditunjukkan kepada khalayak penduduk Roma.

Galeri contoh[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert. ὀβελίσκος. A Greek–English Lexicon – melalui Perseus Project.
  2. ^ Douglas Harper. "obelisk". Online Etymology Dictionary.
  3. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert. "οβελός". A Greek–English Lexicon – melalui Perseus Project.