Oksida asid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Oksida asid ialah oksida yang membentuk larutan berasid selepas ditambah air atau menjadi penerima ion hidroksida selaku sebuah asid Lewis.[1] Oksida asid lazimnya memiliki nilai pKa rendah dan boleh bercirikan organik atau tidak. Karbon dioksida, sejenis oksida asid lazim, membentuk asid karbonik, sebuah larutan berasid selepas dilarutkan.[2] Oksida-oksida asid memberi ancaman alam sekitar kerana boleh bertindak balas dengan wap air dalam atmosfera lalu menghasilkan hujan asid.

Keasidan suatu oksida boleh diramal berdasarkan juzuk-juzuk oksida. Unsur-unsur lebih elektronegatif cenderung untuk membentuk oksida asid seperti fosforus pentoksida, tetapi unsur-unsur kurang elektronegatif bercenderung untuk membentuk oksida bes seperti natirum oksida dan magnesium oksida. Sesetengah oksida seperti aluminium oksida adalah amfoterik (memiliki kedua-dua ciri asid dan bes).[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ John Daintith (Februari 2008). "acidic". A Dictionary of Chemistry (dalam bahasa Inggeris). 3. Describing a compound that forms an acid when dissolved in water. Carbon dioxide, for example, is an acidic oxide.
  2. ^ David Oxtoby; H. P. Gillis; Alan Campion. Principles of Modern Chemistry (ed. ketujuh). Cengage Learning. m/s. 675–676. ISBN 978-0-8400-4931-5.
  3. ^ Chang, Raymond; Overby, Jason (2011). General chemistry: the essential concepts (dalam bahasa Inggeris) (ed. keenam). New York, NY: McGraw-Hill. ISBN 9780073375632. OCLC 435711011.