Olimpiad Kimia Antarabangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Olimpiad Kimia Antarabangsa (International Chemistry Olympiad - IChO) merupakan pertandingan kimia bagi pelajar sekolah menengah yang bermula di Czechoslovakia pada 1968—dan terus meningkat dari segi saiz, prestij, kerumitan dan kos. Pada Olimpiad Kimia Antarabangsa yang ke-37 pasukan dari 68 negara telah menyertai pertandingan ini.

IChO menguji keupayaan pelajar menyelesaikan masalah kimia rumit dengan mereka dan menlaksanakan ujikaji mereka sendiri. Olympiad turut menggalakkan kerjasama, saling memahami, dan persahabatan dikalangan pemuda dari negara berbeza.

Asal Olympiad[sunting | sunting sumber]

Ia bermula pada tahun 1968 dengan idea Olympiad antarabangsa muncul dari bekas Czechoslovakia. Disokong oleh Kementerian Pendidikan, Lembaga Kebangsaan Czechoslovak bagi Olimpiad Kimia (Czechoslovak National Committee for the Chemistry Olympiad menghantar surat jemputan, yang mana dijawab oleh Poland dan Hungary. Pada Jun tahun tersebut, tiga negara ini terbabit dalam pertandingan empat hari yang diadakan di Prague. Setiap pasukan mempunyai enam pelajar. Terdapat empat tugasan teori dan tiada tugasan ujikaji.

Olympiad kedua, diadakan pada tahun 1969 di Katowice, Poland, pertandingan lima hari berlangsung dengan empat pasukan lima pelajar setiap satu. Pasukan keempat datangnya dari Bulgaria, sementara bekas Jerman Timur dan Soviet Union menghantar pemerhati. Pertandingan termasuk tugasan ujikaji sebagai tambahan kepada tugasan theori.

Olympiad mula meningkat dengan pesat, dan mempunyai 7 negara pada 1970 (dengan bekas Jerman Timur, Romania, Soviet Union); 9 negara pada 1974 (tambahan Sweden dan Yugoslavia); dan 12 pada 1975 (tambahan Austria, bekas Jerman Barat, Belgium). Pada 1980, Olympiad diadakan buat pertama kali di apa yang dipanggil “negara kapitalis,” iaitu Austria. Dengan peningkatan jumlah peserta, setiausaha kekal ditubuhkan pada 1982.

Penyediaan logistik[sunting | sunting sumber]

Acara ini merupakan satu acara penting dan besar yang mana pada 2004, pasukan dari Pedagogy of Science, telah bekerja keras selama lebih dua tahun bagi persediaan acara itu. Pasukan itu yang dipengerusi bersama oleh Reiner Demuth, Wolfgand Bünder, dan Wolfgang Hampe, perlu menyediakan penempatan, pengangkutan dan makanan bagi lebih 600 orang bagi tempoh selama 10 hari.

Persediaan soalan[sunting | sunting sumber]

Satu pasukan pakar sains dari beberapa universiti telah bertungkus lumus selama setahun bagi menyediakan peperiksaan partikal dan juga peperiksaan theori. Lembaga peperiksaan biasanya terdiri dari profesor dari pelbagai pengkhususan dan universiti berlainan, yang bererti terdapat banyak pemikiran kreatif dibelakang masalah yang bakal dihadapi pelajar. Biasanya masalah peperiksaan berkait dengan sesuatu cara kepada negara hos. Tambahan lagi, lembaga saintifik sering kali dipengerusikan oleh ahli kimia terkenal.

Contohnya, soalan peperiksaan bagi IChO ke-32—yang diadakan di Copenhagen, Denmark pada Julai 2000—berkait dengan Jambatan Øresund antara Denmark dan Sweden. IChO di India berkenaan tiang besi di New Delhi, dan Belanda (2002) berkenaan Biru Delfts.

masalah theori bagi peperiksaan biasanya membabitkan sejumlah subjek: kimia fizik, kimia inorganik, biokimia, dan kimia theoritikal. Disebabkan julat subjel begitu meluas, negara pengelola menerbitkan set masalah persediaan—bagi partikal dan theori—pada laman web sebelumnya. masalah ini merangkumi kesemua subjek yang akan menjadi sebahagian dari peperiksaan. Tapak Web bagi setiap IChO boleh dijumpai di tapak Web di setiausaha antarabangsa bagi IChO <www.icho.sk>.

Peperiksaan pratikal biasanya mempunyai sistesis, analisa kuantitif, dan ujian kinetik. Bagi peepriksaan di Kiel, lembaga saintifik memilih kedua-dua analisa kualitatif dan kuantitatif. Pelajar diberikan lima jam bagi melaksanakan ujian, yang bererti mereka terpaksa merancang kerja mereka dengan teliti. Mereka diuji bagi kedua-dua keupayaan mereka bagi melaksanakan ujian dengan jitu dan kemahiran pengendalian masa mereka. Mereka diberikan soalan theori berkenaan ujian, tetapi ini terutamanya mengenai pengiraan dan soalan berkenaan penafsiran data.

Kekangan soalan[sunting | sunting sumber]

Lembaga peperiksaan menghadkan kesukaran permasalahan memandangkan pelajar merupakan peringkat tahap sekolah menengah. Bagaimanapun, kecermelangan yang lebih dijangka dari peserta. Pencapaian markah pelajar ini berterusan memeranjatkan. Pencapaian maksima dalam peperiksaan IChO adalah 100 markah, tetapi pelajar kimia tahun pertama normal biasanya mencapai 35 markah. Biasanya, mentor sendiri tidak mendapat markah lebih dari 50 hingga 60 markah. Markah maksima pelajar di Kiel adalah 96 markah, yang merupakan pencapaian menakjubkan.

Sistesis bagi 2,2- Bis(p-phenyleneoxyacetic acid)propane

Semasa peperiksaan pratikal dalam IChO ke-36, peserta disuruh melaksankan tindak balas dua peringkat yang menghasilkan sistesis sebatian ini yang biasanya dikenali sebagai bisphenol A bis(carboxymethyl) ether. Soalan pratikal, IChO ke-36 <www.icho.de> Pelajar yang mencapai 10% tertinggi mendapat pingat emas, 20% berikut mendapat pingat perak, sementara 30% berikut mencapai pingat gangsa. Dengan itu, 60% peserta menerima pingat. Tahap putus bagi pembahagian pingat diputuskan oleh juri yang terdiri dari para metor.

Sungguhpun sesetengah penerima Hadian Nobel pernah menjadi peserta dalam acara seumpamanya, Olympiad Fizik, IChO adalah lebih dari pertandingan bagi menentukan pelajar kimia terbaik tahun itu. Acara ini adalah yang pertama kali pelajar ini berjumpa sesama pelajar yang berminat dalam mata pelajaran yang sama. Mereka berkenalan sesama sendiri, membuat kawan, dan berpeluang melawat negara hos.

Bagi kebanyakan pelajar, IChO merupakan langkah awal dalam siri perjumpaan dengan sejawatan mereka. Biasanya ia juga merupakan pengalaman dengan budaya saing bagi mereka. Bagi sesetengah peserta, ia membuka peluang bagi pendidikan universiti. Sebagai contoh, peserta dari Belanda (The Netherlands) menerima bisiswa tambahan apabila mereka mula belajar kimia.

Program Olympiad amat sibuk, terutama bagi para mentor. Tugas mereka bermula dengan pemeriksaan makmal selepas pembukaan rasmi.

Penyediaan soaalan[sunting | sunting sumber]

Semasa Olympiad pertama, pengarang peperiksaan diberikan tugas bagi menterjemah tugasan kepada bahasa tempatan peserta. Bagaimanapun, kini ia merupakan tugas metor. Sehingga IChO 2000 di Copenhagen, mentor menterjemah peperiksaan pada malam hari, kadang kala tidak siap sehingga sekitar 7 am pagi berikutnya. Pada 2002 di Groningen, ia merupakan kali pertama hari berbeza diberikan bagi penterjemahan. Negara bertutur bahasa Inggeris turut merasakan perlu bagi penterjemahan, tetapi biasanya mereka adalah yang pertama siap!

Mentor turut membentuk juri bagi Olympiad dan mereka memutuskan bagi versi akhir teks peperiksaan. Ini kadang kala mendorong kepada perdebatan hangat dan sesi juri yang panjang. Petang dan The evenings and excursions are used to teach the mentors about the host country and to exchange ideas about chemistry education. Ia telah menjadi tradisi bagi mentor bagi bertukar masalah peperiksaan kebangsaan, yang membenarkan setiap mentor bagi mebina fail besar bagi masalah yang sesuai.

Olympiad merupakan acara yang mengambil banyak tenaga, tetapi turut mencipta banyak idea baru bagi peserta. Ia turut memberikan stimulasi bagi pendidikan kimia di negara rumah peserta. Pelajar yang menyertai menerima perhatian lebih dan mempunyia peluang lebih baik bagi pendidikan universiti. Para guru yang terbabit dalam lembaga kebangsaan bagi IChO mendapat pemahaman lebih baik mengenai tahap pendidikan kimia di negara mereka sendiri. Profesor universiti yang terbabit dengan Olympiads mampu menghubungi pelajar berbakat yang berminat dengan kimia.

Pingat Olimpiad Kimia Antarabangsa.

Kos pengurusan[sunting | sunting sumber]

IChO turut berhadapan dengan beberapa cabaran. Sejumlah negara menghadapi masalah dengan kos perjalanan. Penyertaan dalam IChO agak murah, antara USD 100 hingga maksima USD 2000, bergantung kepada jumlah tahun penyertaan. Perjalanan, bagaimanapun merupakan pekara lain. Sejumlah negara—sebagai contoh Amerika Selatan dan Afrika—menghadapi masalah berkenaan mendapatkan perbelanjaan yang diperlukan.

Sungguhpun berhadapan dengan kesulitan sebegini, jumlah negara peserta telah meningkat secara tetap dalam tahun kebelakangan. Di Kiel, terdapat 61 negara peserta, dengan 7 pemerhati. Jumlah negara peserta di Taiwan lebih tiga kali ganda berbanding 20 yang serta pada 1984 di Frankfurt, Jerman.

Kebanyakan negara Eropah dan beberapa negara Asia menyertai IChO. Dari Afrika, hanya Mesir menyertainya. Kenya, Ivory Coast, dan Nigeria telah menghantar pemerhati tetapi belum bersedia bagi turut serta. Bagi negara di Afrika dan sejumlah negara dalam bekas Soviet Union, menyertai Olympiad menimbulkan masalah kewangan. IUPAC dan UNEP (United Nations Environment Programme) telah membayangkan bahawa mereka bersedia membantu mendapatkan sokongan kewangan, tetapi masalah ini kekal belum diselesaikan. Pelajar kimia berbakat terutamanya dari negara ini, mampu mendapat keuntungan besar dengan penyertaan dalam IChO.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]