Hungary

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Republik Hungary
Magyar Köztársaság
Bendera Jata
Lagu: Himnusz ("Isten, áldd meg a magyart")
"Him" ("Tuhan berkati rakyat Hungary")
Lokasi  Hungary  (jingga)– di benua Eropah  (camel & putih)– di Kesatuan Eropah  (camel)                  [Legend]
Lokasi  Hungary  (jingga)

– di benua Eropah  (camel & putih)
– di Kesatuan Eropah  (camel)                  [Legend]

Ibu negara
dan bandar terbesar
Budapest
47°26′N 19°15′E / 47.433°U 19.250°T / 47.433; 19.250
Bahasa rasmi Hungary (Magyar)
Kerajaan Republik berparlimen
 -  Presiden János Áder
 -  Perdana Menteri Viktor Orbán
Foundation
 -  Kerajaan Hungary Disember 1000 
Kawasan
 -  Jumlah 93,030 km2 (109)
35,919 sq mi 
 -  Perairan (%) 0.74%
Populasi
 -  2007 (anggaran) 10,064,000 [1] (79)
 -  2001 (anggaran) 10,198,315
 -  Kepadatan 109/km2 (92)
282/sq mi
KDNK (PPP) 2007 anggaran
 -  Jumlah $208.157 bilion[2] (48)
 -  Per kapita $20,700[2] (39)
Gini (2002) 24.96 (low / 3)
HDI (2004) 0.869 (tinggi / 35)
Mata wang Forint (HUF)
Zon waktu CET (UTC+1)
 -  Musim panas (DST) CEST (UTC+2)
Kod panggilan 36
Internet TLD .hu1
1. Juga .eu selaku sebahagian kesatuan Eropah.

Republik Hungary (Magyar Köztársaság Mengenai bunyi ini dengar ) ialah sebuah negara tanpa pantai yang terletak di Eropah Tengah dan bersempadan dengan Austria, Slovakia, Ukraine, Romania, Serbia, Croatia dan Slovenia. Dalam bahasa tempatan, negara ini dikenali sebagai Magyarország yang bermaksud daerah Magyar. Hungary membentuk kumpulan Visegrád bersama Poland, Slovakia dan Republik Czech.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah Hungary

Nama Hungary dipercayai dipetik daripada nama perikatan Bulgar abad ke-7 bernama On-Ogour, iaitu istilah bahasa Turki lama bagi "Sepuluh Anak Panah"[3][4]. Kawasan yang kini dikenali sebagai Hungary ini pernah bernaung di bawah Empayar Rom dengan nama Pannonia. Setelah jatuhnya empayar tersebut, maka datanglah berbagai-bagai puak yang bertelagah untuk mendapatkan wilayah di Pannonia.

Pada abad ke-9, datangnya kaum Magyar yang diketuai Árpád ke tanah Pannonia untuk menduduki Pannonia. Pada tahun 1000 M, Raja Stephen I menubuhkan Kerajaan Hungary dan menyebarkan agama Kristian di seluruh wilayahnya. Kerajaan Hungary mengalami konflik bersenjata dengan orang Mongol pimpinan Batu Khan pada abad ke-13[5], lalu kehilangan banyak nyawa rakyatnya sehingga terpaksa menjemput kaum dari rantau lain untuk mengisi semula kawasan yang dikosongkan oleh perang.

Sungguhpun begitu, Kerajaan Hungary tetap mampu menguatkan pengaruhnya di Eropah sebagai pusat kebudayaan dan kesenian di bawah pemerintahan Raja Matthias Corvinus (1458–90) ketika zaman Renaissance. Begitu juga, budaya Hungary mempengaruhi budaya-budaya lain—contohnya, Komanwel Poland-Lithuania.

Pada masa yang sama, Kerajaan Hungary sekali lagi menghadapi ancaman daripada kuasa asing, kali ini Turki Uthmaniyyah yang berjaya menakluki wilayah Hungary dari tahun 1526 hingga 1686 kerana perpecahan di kalangan para pembesar Hungary, sebelum ditumbangkan oleh pihak Austria dan sekutu-sekutunya.

Austria dan Hungary bergabung membentuk Empayar Austria-Hungary di bawah pemerintahan keluarga Habsburg. Namun begitu, gabungan itu tidak berkekalan setelah menghadapi tentangan daripada orang Magyar, kekalahan dalam peperangan dengan kuasa-kuasa lain dan akhirnya kejatuhan selepas Perang Dunia I.

Peta daerah-daerah di Tanah Jajahan St. Stephen (taklukan sebenar Kerajaan Hungary dan Croatia-Slavonia), 1886-1918

Pada bulan Mac 1919, tampuk pemerintahan Hungary diambil alih oleh pihak Komunis untuk tempoh yang singkat sebelum negara ini diduduki oleh pihak Romania sehingga bulan November tahun yang sama. Pada Februari tahun berikutnya, Hungary kembali di tangan orang tempatan dengan pemulihan sistem beraja yang menjadikan Laksamana Miklós Horthy sebagai Pemangku Raja.

Zaman antara berakhirnya Perang Dunia I dan bermulanya Perang Dunia II menyaksikan ketidakstabilan hebat dalam ekonomi dan politik Hungary. Apabila Perang Dunia II meletus, Hungary bersekutu dengan Kuasa Paksi yang dipimpin Jerman Nazi dan Itali Fasis sebelum mengakui kekalahan pada tahun 1945.

Selepas perang, Hungary kuat dipengaruhi fahaman Komunis yang dibawa masuk oleh pendudukan Soviet. Hungary menjadi sebuah negara Komunis di bawah kepimpinan Mátyás Rákosi yang didapati rakyatnya sebagai kejam lalu tercetusnya Revolusi Hungary 1956 yang kurang berjaya. Kerajaan Komunis ini tumbang pada tahun 1989 seiringan dengan kejatuhan Kesatuan Soviet, maka Hungary memeluk ekonomi pasaran dan demokrasi pelbagai calon. Hungary menjadi ahli Kumpulan Visegrad pada tahun 1991, menyertai NATO pada tahun 1999, dan menjadi ahli Kesatuan Eropah pada 1 Mei 2004.

Politik[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Politik Hungary
Bangunan Parlimen Hungary di Budapest.

Presiden Republik yang dipilih oleh Parlimen setiap lima tahun, berperanan lebih kepada keupacaraaan, seperti memilih tarikh pilihanraya parlimen.

Perdana Menteri dipilih oleh Parlimen dan hanya boleh dilucutkan jawatan jika penggantinya dipilih serentak (undian tidak percaya yang membina).Perdana menteri ini memilih mentri-menteri Kabinet serta memegang hak eksklusif untuk melucutkan jawatan mereka. Setiap calon Kabinet tampil ke hadapan sebuah atau lebih jawatankuasa parlimen dalam perbicaraan terbuka dan hendaklah menerima perestuan rasmi daripada Presiden.

Sebuah Dewan Undangan (Országgyűlés) yang tunggal 386 ahli merupakan alatan kekuasaan negeri yang tertinggi dan melaksanakan dan meluluskan perundangan yang ditaja oleh Perdana Menteri. Pilihanraya parlimen kebangsaan diadakan setiap empat tahun; pilihan setersunay bakal diadakan pada tahun 2010.

Sebuah Mahkamah Perlembagaan 11 ahli berkuasa untuk mencabar perundangan atas dasar berlawanan dengan perlembagaan.

Kawasan, daerah, dan subkawasan[sunting | sunting sumber]

Daerah-daerah Hungary

Lihat Wilayah di Hungary

Secara pentadbiran, Hungary dibahagi kepada 19 daerah. Tambahan pula, ibu negaranya (főváros), Budapest, bebas daripada mana-mana pentadbiran daerah. Daerah-daerah dan ibu negara ini merupakan 20 unit peringkat ketiga NUTS Hungary.

Daerah-daerah ini dibahagi lagi kepada 167 subkawasan (kistérségek), dan Budapest terdiri daripada subkawasan sendirinya. Sejak tahun 1996, daerah-daerah ini serta Bandaraya Budapest dikelompokkan kepada 7 kawasan untuk tujuan statistik dan pembangunan. Tujuh rantau ini membentuk unit peringkat kedua NUTS Hungary.

Terdapat juga 23 bandar dengan hak kedaerahan (megyei jogú város) atau "daerah perbandaran." Pihak berkuasa bandar-bandar ini diluaskan lagi kuasanya, namun bandar-bandar ini tetap tergolong dalam wilayah daerah masing-masing dan bukannya merupakan unit yang berasingan.

Wilayah (dan pusat pentadbiran)[sunting | sunting sumber]
Kawasan[sunting | sunting sumber]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Geografi Hungary
Peta topografi Hungary

Landskap[sunting | sunting sumber]

Kira-kira separuh landskap Hungary terdiri daripada dataran tanah rata atau beralun di Lembangan Karpatos: kawasan padang yang terpenting termasuk Dataran Hungary Kecil di barat, dan Dataran Hungary Besar di tenggara. Altitud tertinggi dari paras laut pada Dataran Hungary Besar cuma 183 meter.

Transdanubia ialah sebidang rantau yang berbukit dengan muka tanah yang pelbagai ketinggiannya kerana gunung-ganang yang rendah. Ini termasuklah bentangan timur banjaran Alps, Alpokalja, di barat negara, Gunung Sederhana Transdanubia di rantau tengah Transdanubia, dan pergunungan Mecsek dan Villány di selatan. Puncak tertinggi kawasan ini ialah Írott-kő di banjaran Alps, iaitu 882 meter.

Gunung-gunung tertinggi negara terletak di Pergunungan Karpatos yang terletak di bahagian-bahagian utara, dalam loreng yang luas di sepanjang sempadan Slovakia (puncak tertinggi: Kékes pada 1,014 m (3327 kaki)).

Hungary terbahagi dua oleh jalan air utamanya, iaitu Sungai Danube (Duna); sungai-sungai besar yang lain termasuk Tisza dan Dráva, manakala di Transdanubia ada Tasik Balaton, sebuah isian air yang besar. Tasik terma terbesar di dunia, Tasik Hévíz (Hévíz Spa), terletak di Hungary. Tasik kedua terbesar dalam Lembangan Karpatos ialah Tasik Tisza (Tisza-tó) buatan manusia.

Iklim[sunting | sunting sumber]

Hungary mengalami iklim benua, iaitu dengan musim sejuk yang dingin, mendung dan lembap serta musim panas yang agak panas. Suhu purata tahunan adalah pada 9.7 °C (49.5 °F). Suhu terpanas adalah pada 42 °C (110 °F) manakala suhu tersejuk pada −29 °C (−20 °F). Suhu purata musim panas ialah 27 hingga 35 °C (81 hingga 95 °F), manakala suhu purata musim sejuk ialah 0 hingga −15 °C (32 hingga 5 °F). Curahan hujan purata tahunan adalah kira-kira 600 milimeter (24 in). Sebuah rantau kecil di bahagian selatan negara berdekatan Pécs menikmati reputasi sebagai kawasan beriklim Mediterranean, tatapi sebenarnya hanya lebih panas sedikit berbanding tempat-tempat lain di negara dan juga bersalji pada msuim sejuk.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Ekonomi Hungary
Pinjaman bersih kerajaan am terancang 2005-2010.

Hungary terus menunjukkan pertumbuhan ekonomi sebagai salah sebuah negara ahli baru Kesatuan Eropah (sejak 2004). Sektor swasta meliputi 80% KDNK. Hungary memperoleh hampir satu pertiga daripada segala pelaburan langsung asing yang mengalir masuk ke Eropah Tengah. Pemilikan dan pelaburan asing berleluasa dalam firma-firma Hungary, dengan pelaburan langsung asing kumulatif mencecah AS$23 billion sejak tahun 1989. Penarafan kredit hutang kedaulatan Hungary ialah BBB+ pada Julai 2006, menjadikan Hungary satu-satunya negara EU yang tidak menikmati skor A selain Poland. Inflasi dan pengangguran kian meningkat selama beberapa tahun lalu, dan dijangka terus meningkat lagi. Kepercayaan pelabur asing dalam ekonomi Hungary turut merosot, kerana mereka mendapati bahawa langkah-langkah ketat yang dirancang pada separuh kedua 2006 tidak memuaskan, yang mana tumpuan mereka terutamanya pada menaikkan pendapatan dan bukan menyekat perbelanjaan kerajaan. Langkah-langkah pembaharuan ekonomi seperti pembaharuan kesihatan, pembaharuan cukai, dan pembiayaan kerajaan tempatan sedang ditangani kerajaan sekarang.

Kerajaan Hungary telah meluahkan hasratnya untuk memeluk matawang euro antara tahub 2010 dan 2014[6]. Bagaimanapun, penganalisa asing banyak mengkritik tarikh tersebut (2010) sebagai sangat tidak realistik kerana keadaan semasa ekonomi dibandingkan dengan kriteria Maastricht; penilaian mereka mendapati bahawa tarikh 2013-2014 untuk pemelukan Euro lebih realistik.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Demografi Hungary

Penduduk Hungary mengikut etnik[sunting | sunting sumber]

Komposisi etnik Hungary
Hungary
  
94%
Roma
  
2%
Jerman
  
1.2%
Slovak
  
0.4%
lain-lain
  
2.3%

Bagi 95% jumlah penduduk yang kebanyakannya berbangsa Hungary, bahasa ibunda mereka ialah bahasa Hungary, satu bahasa Finno-Ugrik yang tidak bertalian dengan mana-mana bahasa jiran dan bertalian jauh dengan bahasa Finland dan Estonia. Juga wujudnya beberapa minoriti etnik: Roma (2.1%), Jerman (1.2%), Slovak (0.4%), Croatia (0.2%), Romania (0.1%), Ukraine (0.1%), dan Serb (0.1%).[7]

Agama di Hungary[sunting | sunting sumber]

Agama di Hungary (2001)
Mazhab Populasi  % jumlah
Kristian 7,584,115 74.4
Katolik 5,558,901 54.5
Katolik Rom 5,289,521 51.9
Katolik Greek 268,935 2.6
Protestan 1,985,576 19.47
Calvinis 1,622,796 15.9
Luther 304,705 3.0
Baptis 17,705 0.2
Unitarian 6,541 0.1
Other Protestants 33,829 0.3
Ortodoks 15,298 0.1
Kristian lain 24,340 0.2
Yahudi 12,871 0.1
Agama lain 13,567 0.1
Jumlah yang beragama 7,610,553 74.6
Tidak beragama 1,483,369 14.5
Enggan mendedahkan agama 1,034,767 10.1
Tidak diketahui 69,566 0.7
Jumlah 10,198,315 100.00

Budaya[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Budaya Hungary

Muzik[sunting | sunting sumber]

Ferenc Liszt (Franz Liszt), penggubah dan virtuoso piano Hungary masyhur yang sezaman dengan Ferenc Erkel.

Muzik Hungary terdiri terutamanya daripada muzik rakyat tradisional Hungary dan karya komposer terkenal seperti Franz Liszt, Béla Bartók dan Zoltán Kodály. Muzik tradisonal Hungary cenderung kepada irama daktil yang kuat, kerana bahasanya menekankan suku kata pertama setiap perkataan. Hungary juga mempunyai sebilangan penggubah of muzik klasik kontemporari yang terkenal di peringkat antarabangsa, seperti György Ligeti, György Kurtág, Péter Eötvös dan Zoltán Jeney.

Masakan[sunting | sunting sumber]

Hungarian cuisine juga merupakan sifat yang penting dalam budaya Hungary, dengan hidangan-hidangan tradisional seperti goulash (gulyás atau gulyásleves) yang menjadi sebahagian penting dalam diet Hungary. Masakan Hungary sering ditambah perisa paprika. Stew sering didapati dengan unsur-unsur tipikal seperti daging khinzir atau lembu, misalnya seperti yang digunakan dalam pörkölt. Terdapat juga pelbagai pencuci mulut yang lazimnya berperisa buah-buahan dan berasaskan pastri (rétes). Makanan ialah sebahagian besar budaya Hungary dan tindakan menolak makanan yang ditawarkan selalunya dianggap tidak sopan.

Sains[sunting | sunting sumber]

Hungary terkenal kerana pendidikan matematik cemerlangnya yang telah melatih ramai saintis yang cemerlang. Ahli amtematik Hungary yang masyhur termasuklah Paul Erdős yang terkenal kerana menerbit hasil kerjanya dalam lebih 40 bahasa dan nombor Erdős yang masih dirunut; János (John) Bolyai, pereka geometri bukan Euclid (atau "mutlak") pada thaun 1831;[8] dan John von Neumann, perintis pengkomputeran digital. Ramai saintis berketurunan Yahudi hungary, termasuk Erdős, von Neumann, Edward Teller, dan Eugene Wigner, melariakn dari daripada pengaruh anti-Semitisme di Eropah lalu melakukan sumbangan terpenting mereka di Amerika Syarikat.

Orang Hungary amat berasa bangga kerana ciptaan mereka, termasuk mancis tidak berbunyi (János Irinyi), Kiub Rubik (Ernő Rubik), dan mentol elektrik kripton (Imre Bródy). Sebilangan lagi ciptaan dan penemuan terpenting, termasuk holografi (Dennis Gabor), pena mata bulat (László Bíró), teori bom hidrogen (Edward Teller), dan bahasa pengaturcaraan BASIC (John Kemeny, bersama Thomas E. Kurtz),[8] dicipta oleh orang Hungary yang meninggalkan negara sebelum Perang Dunia II.

Sastera[sunting | sunting sumber]

Ferenc Kölcsey, penulis lirik lagu kebangsaan Hungary.
Kawasan-kawasan di Eropah di mana bahasa Hungary ditutur.

Kesusasteraan Hungary baru-baru ini meraih perhatian di luar sempadan Hungary (kebanyakannya melalui terjemahan ke bahasa Jerman, Perancis dan Inggeris). Sebilangan pengarang Hungary moden makin popular di Jerman dan Itali terutamanya Sándor Márai, Péter Esterházy, Péter Nádas dan Imre Kertész. Kertész ialah seorang pengarang kontemporari berketurunan Yahudi yang berjaya merempuhi Holokus dan memenangi Hadiah Nobel untuk kesusasteraan pada tahun 2002.

Hasil klasik kesusasteraan dan puisi Hungary yang lebih lama masih kurang dikenali di luar Hungary. János Arany, seorang pemuisi Hungary abad ke-19, masih disanjungi ramai di Hungary (terutamanya koleksi Balada beliau), di kalangan beberapa "klasik sejati" lain seperti Sándor Petőfi, pemuisi Revolusi 1848, Endre Ady, Mihály Babits, Dezső Kosztolányi, Attila József dan János Pilinszky. Pengarang Hungary terkenal yang lain termasuk Zsigmond Móricz, Gyula Illyés, Albert Wass, dan Magda Szabó.

Sukan[sunting | sunting sumber]

Salah seorang ahli sukan hungary yang tersohor ialah Ferenc Puskás (1927 – 2006) dalam sukan bola sepak. Beliau melakukan 84 jaringan dalam 85 perlawanan antarabangsa untuk Hungary, serta 511 jaringan dalam 533 perlawanan Liga Hungary dan Sepanyol. Puskás beraksi di perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 1954 menentang Jerman Barat. Pada tahun 1958, selepas Revolusi Hungary, beliau berhijrah ke Sepanyol di mana beliau menyertai pasukan Real Madrid penuh legenda bersama-sama Alfredo Di Stéfano dan Francisco Gento.

Orang Hungary juga terkenal kerana kekuasaan mereka dalam sukan akuatik, terutamanya sukan renang, polo air dan berkanu; mula-mulanya ini agak memeranjatkan kerana Hungary tidak berpantai. Sebaliknya, kehadiran dua batang sungai utama (Duna dan Tisza) dan sebuah tasik besar (Balaton) memberi peluang baik untuk melatih sukan-sukan ini. Sebilangan pemain pedang sabre terhebat juga berasal dari Hungary.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]