Omar Daraghmeh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Omar Daraghmeh
عمر دراغمة
Kelahiran
Omar Hamzah Daraghmeh

1965 (1965)
Meninggal dunia23 Oktober 2023(2023-10-23) (umur 57–58)
Penjara Israel di Tebing Barat
WarganegaraPalestin

Syeikh Omar Hamzah Daraghmeh (Arab: عمر دراغمة) ialah seorang rakyat Palestin yang menjadi pemimpin tempatan Hamas.[1] Beliau berasal dari Tubas, Tebing Barat dan dilahirkan pada 1965.[2]

Penahanan dan kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Oktober 2023, beliau telah ditahan oleh tentera Israel dan ditempatkan dalam penjara di Tebing Barat, dalam Perang Palestin 2023. Beliau telah disahkan meninggal dunia pada 23 Oktober 2023 selepas tentera Israel mengeluarkan kenyataan pengumuman kematian tahanan tanpa menyebut nama. Pihak Israel menyatakan tahanan tersebut telah meninggal setelah “merasa tidak sedap badan dan pergi ke klinik penjara untuk menjalani rawatan”[2] dan akibat serangan jantung.[3] Hamas mengesahkan Omar meninggal dunia dan mendakwa kematiannya sebagai “mati syahid akibat penyeksaan yang dikenakannya di penjara pendudukan” dan menyifatkan kematian beliau sebagai ‘pembunuhan’ oleh kerajaan Israel.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ samidoun (2023-10-24). "The martyrdom of Omar Daraghmeh in Zionist prisons: Prisoners under attack amid genocide in Gaza". Samidoun: Palestinian Prisoner Solidarity Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-24.
  2. ^ a b antaranews.com (2023-10-24). "Hamas: Israel bunuh seorang tahanan pejuang Palestina asal Tepi Barat". Antara News. Dicapai pada 2023-10-24.
  3. ^ "Palestinian group accuses Israel of killing senior Hamas leader in prison". www.aa.com.tr. Dicapai pada 2023-10-24.
  4. ^ Agensi (2023-10-24). "Israel seksa tawanan Hamas hingga mati". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-24.