OpenGL

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
OpenGL
OpenGL logo
Pengarang asal Silicon Graphics
Pembangun Khronos Group
Keluaran stabil 4.2[1] / Ogos 8 2011 (2011-08-08); 1108 hari lepas
Ditulis dalam C
Sistem pengendalian Rentas-pelantar
Pelantar Rentas-pelantar
Jenis API
Lesen Pelbagai[2]
Tapak web www.opengl.org

OpenGL adalah antara muka perisian bagi perkakasan grafik. Ia direka bentuk sebagai antara muka yang bebas-perkakasan agar dapat digunakan pada pelbagai pelantar. Atur cara OpenGL juga boleh berfungsi dalam persekitaran rangkaian walaupun pelanggan dan pelayan mempunyai jenis komputer yang berbeza. Dalam kes ini, pelanggan OpenGL adalah komputer di mana atur cara OpenGL sebenarnya dilaksanakan, dan pelayan komputer adalah komputer yang melaksanakan lukisan.

OpenGL menggunakan awalan gl untuk arahan teras OpenGL dan Glut untuk arahan dalam OpenGL Utility Toolkit. Begitu juga, pemalar OpenGL bermula dengan GL_ dan menggunakan semua huruf besar.

Tatarajah[sunting | sunting sumber]

Untuk memastikan pustaka GLUT dapat dijalankan bersama Visual Studio 2005, tiga fail penting perlu didapatkan di internet (percuma), fail tersebut ialah glut.h, glut32.lib, glut32.dll. Setelah memperolehi fail tersebut, sila masukkan fail glut.h ke C://Program files/Microsoft Visual Studio 8/VC/PlatformSDK/ Termasuk / gl, kemudian masukkan fail glut32.lib ke C://Program files/Microsoft Visual Studio 8/VC/PlatformSDK/lib dan fail glut32.dll ke dalam C://windows/system.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikibuku
Wikibuku mempunyai lebih lagi topik mengenai