Opick

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Opick
Kelahiran
Aunur Rofiq Lil Firdaus

(1974-03-16) 16 Mac 1974 (umur 50)
Indonesia Jawa Timur, Indonesia
WarganegaraIndonesia
Nama lainOpick
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu, pelakon
Tahun aktif1997-kini
PasanganDian Rositaningrum (2003-2018)
Wulan Mayasari (2016-2018)
Yuliast Mochamad (2018)
Bebi Silvana (2018-)
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal,Gitar
Syarikat rakaman
Aquarius Musikindo
Pengkarya berkait
Melly Goeslaw
Rachel Amanda

Aunur Rofiq Lil Firdaus atau singkatannya sebagai Opick (lahir di Jember, Jawa Timur, 16 Mac 1974; umur 50 tahun) adalah penyanyi dan penulis lagu dakwah Islami yang berasal dari Indonesia.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Album pertamanya "Istighfar" dirilis pada tahun 2005. Bulan pertama selepas dikeluarkan, album ini mampu mencetak double-platinum dengan penjualan lebih dari 300 ribu keping. Dalam album, terdapat lagu hit Opick yang berjudul "Tombo Ati". Sebelumnya, Opick telah membuat lagu itu untuk sebuah album kompilasi yang disebut "Tausiyah Dzikir dan Nasyid". Album "Istighfar" kemudian mendapatkan lebih dari 800 ribu keping terjual dan menerima lima anugerah platinum juga. Opick dipilih sebagai duta persatuan nasyid nusantara kerana aktivitinya di lagu-lagu Islami.

Pada tahun 2006, Opick merilis album kedua berjudul "Semesta Bertasbih". Dalam album tersebut terdapat sepuluh lagu, termasuk "Taqwa", "Irhamna, "Takdir", "Teranglah Hati", "25 Nabi", "Semesta Bertasbih", "Bismillah", "Satu Rindu", "Buka Mata Buka Hati"", dan "Ya Rasul". "Takdir" adalah lagu hit yang dinyanyikannya dengan Melly Goeslaw. Opick juga mempunyai duet dengan Wafiq Azizah, pemenang qariah remaja antarabangsa dalam lagu "Ya Rasul". Ada juga kolaborasi dengan kumpulan nasyid Pandawa Lima di lagu "Teranglah Hati". Pada bulan Ogos 2006, Opick mengeluarkan buku berjudul "Opick Spiritual Dalam Senandung".

Siti Nurhaliza dalam album "Tahajjud Cinta" menyanyikan lagu Opick "Ketika Cinta" dengan susunan muzik baru, dan lagu itu juga menjadi lagu tema filem Indonesia "Perempuan Berkalung Sorban".

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Jejak Langkah (1999)
  • Tak Ada Habisnya (2003)
  • Istighfar (2005)
  • Semesta Bertasbih (2006)
  • Ya Rahman (2007)
  • Cahaya Hati (2008)
  • Di Bawah Langitmu (2009)
  • Shollu Ala Muhammad (2010)
  • The Best of Opick (2011)
  • Salam Ya Rosulullah (2012)
  • Ya Maulana (2013)
  • Sahabat Sejati (2014)
  • Salam Rindu Ya Musthofa (2015)
  • Sang Maha Cahaya (2016)
  • Allah Bersamamu (2017)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

  • Kun Fayakuun (2008)
  • Di Bawah Langit (2010)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]