Orang kulit berwarna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Istilah "orang kulit berwarna" (Inggeris: person/persons/people of color, atau kadang kala juga disingkatkan kepada POC)[1] diguna selalunya di Amerika Syarikat untuk menggambarkan mana-mana orang yang bukan berkulit putih. Perkataan ini merangkumi semua orang yang bukan berkulit putih, dan menekankan pengalaman umum berhadapan dengan rasialisme.[2][3] Perkataan ini juga boleh digunakan dengan kategori lain seperti communities of color (masyarakat kulit berwarna), men of color (lelaki kulit berwarna) atau MOC, dan women of color (wanita kulit berwarna) atau WOC.[4] Person of Color pada asalnya bersamaan dengan istilah colored 'berwarna', tetapi gelaran "colored" di Selatan Amerika Syarikat semakin lama menjadi terhad kepada kaum "negro" sahaja.[5]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

American Heritage Guide to Contemporary Usage and Style memetik penggunaan kata "people of color" dapat dijejaki sejak 1796. Ia pada awalnya digunakan untuk merujuk kepada orang berkulit cerah bercampur darah Afrika dan Eropah. Penjajah Perancis menggunakan istilah gens de couleur ("orang berwarna") untuk merujuk kepada orang-orang keturunan campuran Afrika dan Eropah yang dibebaskan daripada perhambaan di benua Amerika.[6] Di Carolina Selatan dan di rantau selatan, istilah ini digunakan untuk membezakan antara hamba yang kebanyakannya "hitam" atau "negro" dan orang-orang bebas yang terutamanya "mulato" atau "kacukan".[7] Selepas Perang Saudara Amerika, "coloured" digunakan sebagai label eksklusif untuk orang kulit hitam Amerika, tetapi istilah itu akhirnya tidak disenangi oleh orang pada pertengahan abad ke-20.

Walaupun aktivis Amerika Martin Luther King, Jr. menggunakan istilah "citizens of colour" (rakyat berwarna) pada tahun 1963, frasa tersebut tidak disambut ramai sehinggalah 1970-an.[8][9] Pada akhir abad ke-20, istilah "person of color" diperkenalkan di Amerika Syarikat untuk mengatasi penindasan oleh istilah "bukan putih" dan "minoriti",[10] dan aktivis keadilan kaum di A.S., yang dipengaruhi oleh teori radikal seperti Frantz Fanon, mempopularkannya pada masa ini. Menjelang akhir 1980-an dan awal 1990-an, ianya telahpun digunakan secara meluas.[11] Kedua-dua aktivis dan ahli akademik anti-perkauman berusaha untuk mengubahkan pemahaman kaum di luar pembahagian hitam putih yang dahulunya berleluasa.[12]

Kepentingan dalam politik[sunting | sunting sumber]

Menurut Stephen Saris, di Amerika Syarikat terdapat dua perpecahan kaum utama. Yang pertama ialah pembahagian "hitam-putih", di mana dia menutuk ia bermaksud "anti-hitam". Pembahagian perkauman kedua adalah "antara kulit putih dan orang lain" dengan kulit putih yang "ditafsirkan secara kecil" dan orang lain dipanggil "orang kulit berwarna".[13] Kerana istilah "orang kulit berwarna" merangkumi orang-orang yang sangat berbeza dengan perbezaan umum hanyalah yang tidak berwarna putih, ia memberi perhatian kepada peranan asas perkauman di Amerika Syarikat. Joseph Tuman berpendapat bahawa istilah "orang kulit berwarna" menarik kerana ia menyatukan kumpulan kaum dan etnik yang berbeza-beza menjadi satu gabungan yang lebih besar dalam perpaduan dengan satu sama lain.[14]

Penggunaan istilah "orang kulit berwarna", terutama di Amerika Syarikat, sering dikaitkan dengan pergerakan keadilan sosial.[15] Panduan gaya penulisan daripada American Heritage Guide to Contemporary Usage and Style,[16] Stanford Graduate School of Business,[17] dan Mount Holyoke College[18] semua mengesyorkan istilah "orang kulit berwarna" daripada alternatif lain. Tidak seperti "berwarna", yang merujuk kepada orang kulit hitam dan sering dianggap penghinaan, "orang warna" dan yang setaraf dengannya merujuk kepada semua orang bukan Eropah—sering dengan tanggapan bahawa terdapat perpaduan politik di kalangan mereka—dan "hampir selalu dianggap istilah kebanggaan dan penghormatan "; yang lain pula berasa ungkapan tersebut menyinggung perasaan kerana ia menyiratkan bahawa yang berkulit Putih atau Kaukasia tidak mempunyai warna.

Kritikan[sunting | sunting sumber]

Beberapa pengkritik, kedua-dua orang kulit putih dan bukan putih, berasa istilah ini tidak khusus dan berasa frasa ini adalah rasis.[19]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Minoritit ketara

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jackson, Yo (2006). Encyclopedia of Multicultural Psychology. Thousand Oaks, CA: SAGE. m/s. 77. ISBN 9781412909488. For example, the person of color (POC) racial identity model describes racial identity development for people of color...
  2. ^ Franklin, Anderson J.; Boyd-Franklin, Nancy; Kelly, Shalonda (2006). "Racism and Invisibility". Journal of Emotional Abuse. 6 (2–3): 9–30. doi:10.1300/J135v06n02_02. ISSN 1092-6798.
  3. ^ Alvin N. Alvarez; Helen A. Neville (1 March 2016). The Cost of Racism for People of Color: Contextualizing Experiences of Discrimination. Amer Psychological Assn. ISBN 978-1-4338-2095-3.
  4. ^ Houghton Mifflin Company (2005). The American Heritage Guide to Contemporary Usage and Style (PDF). Houghton Mifflin Harcourt. m/s. 356.
  5. ^ Trigger, Bruce G. (1978). Northeast. Smithsonian Institution. m/s. 290. Dicapai pada 8 April 2017.
  6. ^ Brickhouse, Anna (2009). Transamerican Literary Relations and the Nineteenth-Century Public Sphere. Cambridge University Press. m/s. 91. ISBN 978-0521101011.
  7. ^ Powers, Bernard. Black Charlestonians: a Social History 1822-1885. University of Arkansas Press, 1994
  8. ^ William Safire (November 20, 1988). "On language: People of color". The New York Times. Dicapai pada 2008-03-21. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  9. ^ "The Black Press at 150", editorial, The Washington Post, March 18, 1977
  10. ^ Christine Clark, Teja Arboleda (1999). Teacher's Guide for in the Shadow of Race: Growing Up As a Multiethnic, Multicultural, and "Multiracial" American. Routledge. m/s. 17. The term People of Color emerged in reaction to the terms "non-White" and "minority." … The term people of color attempts to counter the condescension implied in the other two."
  11. ^ Rinku Sen. "Are Immigrants and Refugees People of Color?". ColorLines. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-18. Dicapai pada 2008-12-08.
  12. ^ Elizabeth Martinez (May 1994). "Seeing More Than Black & White". Z Magazine. Dicapai pada 2008-06-27.
  13. ^ Zack, Naomi (1995). American Mixed Race: The Culture of Microdiversity. Rowman & Littlefield. m/s. 55–56. ISBN 0847680134. Dicapai pada 8 April 2017.
  14. ^ Tuman, Joseph S. (2003). Communicating terror. SAGE,. ISBN 978-0-7619-2765-5.CS1 maint: extra punctuation (link)
  15. ^ Maurianne Adams; Lee Anne Bell; Pat Griffin (1997). Teaching for Diversity and Social Justice: A Sourcebook. Psychology Press. m/s. 98. ISBN 978-0-415-91057-6.
  16. ^ Houghton Mifflin Company, p. 319
  17. ^ "Stanford Graduate School of Business Writing and Editing Style Guide" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 6 September 2016. Dicapai pada 18 September 2010.
  18. ^ Mount Holyoke College. "Editorial Style Guide". Dicapai pada 18 September 2010.
  19. ^ Adebola Lamuye (31 July 2017). "I am no 'person of colour', I am a black African woman". The Independent. Dicapai pada 2018-01-23.