Kolonialisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
1898

Kolonialisme adalah sebuah istilah terhadap sistem yang merujuk kepada pengembangan kekuasaan sebuah negara ke atas wilayah dan manusia serta masyarakat di luar batas negaranya, selalunya pihak atau kuasa yang mengamalkan konsep Kolonialisme dalam mengembangkan empayarnya akan mencari dominasi ekonomi dari sumber daya kerja, tenaga kerja, dan nilai perdagangan dan pasaran wilayah tersebut selain dari faktor muka bumi dan kekayaan sumber asli dan bahan mentah. Istilah ini juga merujuk kepada suatu himpunan keyakinan yang digunakan untuk melegitimasikan atau mempromosikan sistem ini, terutama kepercayaan bahawa moral dari pihak pengkoloni lebih hebat daripada pihak yang dikoloni.

Pendukung dari kolonialisme berpendapat bahawa hukum kolonial menguntungkan negara yang dikolonikan dengan mengembangkan infrastruktur ekonomi dan politik yang diperlukan untuk pemodernisasian dan demokrasi. Mereka menunjuk kepada negara bekas koloni seperti Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Hong Kong dan Singapura sebagai contoh berjayanya sistem tersebut selepas waktu pasca-kolonialisme.

Peneori ketergantungan seperti Andre Gunder Frank, berpendapat bahawa kolonialisme sebenarnya menuju ke pemindahan kekayaan dari daerah yang dikolonisasi ke daerah pengkolonisasi, dan pihak pengkoloni menghambat kejayaan pengembangan ekonomi negara yang dikoloni.

Pengkritik pasca-kolonialisme seperti Franz Fanon berpendapat bahawa kolonialisme merosakka sistem politik, psikologi, dan moral negara terkolonisasi.

Penulis dan ahli politik India Arundhati Roy berkata bahawa perdebatan antara pro dan kontra dari kolonialisme/ imperialisme adalah seperti "mendebatkan pro dan kontra pemerkosaan".

Lihat juga neokolonialisme sebagai kelanjutan dari dominasi dan eksploitasi dari negara yang sama dengan cara yang berbeza (dan sering kali dengan tujuan yang sama).

Topik yang berhubungan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]