Osman Hamzah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Osman Hamzah atau lebih dikenali sebagai Pak Man Telo yang berasal dari Taiping, Perak merupakan penganjur skim cepat kaya yang paling terkenal di Malaysia. Pada 1989 rumahnya diserbu oleh BNM dan wang tunai hampir RM2 juta ditemui dirumah beliau. Beliau ditahan pada 11 April 1991 dan dibuang daerah di Kampung Terong, Kuala Berang, Hulu Terengganu di bawah Ordinan Darurat. Dia sekali lagi ditahan pada 17 Julai 1991 dan dituduh dibawah Akta Institusi Kewangan Dan Bank (Bafia) 1989.

Dia dikatakan sebagai bekas pemberita sambilan di Taiping, Perak sebelum memulakan skim cepat kaya. Skim cepat kaya Pak Man Telo dimulakan pada 1972 dan dipercayai membabitkan hampir 50,000 pelabur dengan dana sebanyak RM99 Juta. Dalam perbicaraannya, Pak Man mengakui bahawa dia tidak mengatahui jumlah modal yang dikutip oleh syarikatnya Pertama Sdb Bhd'. Tiada siapa yang tahu kerana tiada rekod disimpan.

Osman meninggal di Hulu Terengganu pada 1997.

Diantara skim cepat kaya lain yang terdapat di Malaysia adalah Pak Man Telo, Labu Peram (Sekitar 1980-an), Linggam Telo (1990 Lembah Klang), Skim 350 (1980-an Kulim, Kedah), Platinum Lane Sdn Bhd (PLSB) (1991 Kulim Kedah), dan Sri Emas Enterprise.

Rujukan[sunting | sunting sumber]