Paduka Seri Wikrama Wira

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Menurut Sejarah Melayu, Paduka Seri Wikrama Wira atau Paduka Seri Pikrama Wira ('Vikramavira') merupakan anak sulung kepada Sang Nila Utama dan Raja kedua dari Singapura. Baginda dikenal sebagai Raja Kecil Besar sebelum baginda menaiki takhta dan berkahwin dengan puteri India yang bernama Nila Panjadi. BAginda memerintah dari tahun 1347 sehingga tahun 1362[1][2].

Pemerintahannya berlaku dengan adanya upaya pertama oleh Siam untuk menundukkan kerajaan pulau ini. Seperti dicatatkan oleh Wang Dayuan pada tahun 1349, tentera siam terdiri daripada 70 jung datang ke kerajaan pulau ini. Kota yang dikawal ketat ini berjaya menahan pengepungan Siam sehingga armada tentera itu melarikan diri dengan kedatangan kapal-kapal Cina.[3] Pada masa yang sama, semakin kuatnya Kerajaan Majapahit, dimana Majapahit mula melihat semakin kuatnya pengaruh kerajaan pulau yang kecil ini. Di bawah kepemimpinan panglima perang yang bercita-cita, Gajah Mada, Majapahit memulakan pengembaraan ke luar negeri terhadap semua kerajaan Nusantara termasuk sisa-sisa Srivijaya. Pada tahun 1350, Hayam Wuruk menaiki takhta Majapahit. Raja baru mengirim utusan ke Singapura menuntut penyerahan kerajaan kecil ini. Paduka Seri Wikrama Wira menolak untuk melakukannya dan bahkan menghantar pesanan simbolik yang mengancam untuk mencukur kepala raja Majapahit apabila baginda meneruskan rancangannya ke Singapura.[4] Raja Majapahit yang marah memerintahkan penaklukan dengan armada tentera yang terdiri daripada 180 buah kapal perang utama dan kapal kecil yang tidak terkira banyaknya. Armada melintasi pulau Bintan, dari mana berita menyebar ke Singapura. Pasukan Singapura segera mengumpulkan 400 kapal perang untuk menghadapi penaklukan. Kedua-dua belah pihak bentrok di pantai Singapura dalam pertempuran yang berlangsung selama tiga hari. Para prajurit Jawa yang sebhaagian besar berpengalaman dalam perang dengan kapal laut, benar-benar kalah dan terpaksa berpindah.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Dr. John Leyden (1821). Malay Annals: Translated from the Malay Language. London: Longman, Hurst, Rees, Orme, and Brown. ms. 44–49. 
  2. "Ruling House of Malacca-Johor". Christopher Buyers. October 2008. Diperoleh pada 2010-10-08. 
  3. Sabrizain, Palembang Prince or Singapore Renegade?, diperoleh pada 2012-10-04 
  4. Leyden, John (1821), Malay Annals (translated from the Malay language), Longman, Hurst, Rees, Orme and Brown, ms. 52 
  5. A. Samad, Ahmad (1979), Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Dewan Bahasa dan Pustaka, ms. 47, ISBN 983-625-601-6 
Paduka Seri Wikrama Wira
Dinasti Srivijaya
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Paduka Seri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana
Raja dari Singapura
1347-1362
Diikuti oleh:
Paduka Seri Rana Wikrama