Kerajaan Singapura
Kerajaan Singapura dibentuk oleh parti politik yang mencapai majoriti asas pada pilihanraya umum yang diadakan di negara pulau ini sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun sebagai sebahagian sistem politik Singapura dan didukung oleh Perkhidmatan Awam Singapura. Kerajaan ini sering kali ditarafkan oleh Transparency International sebagai salah sebuah kerajaan yang paling telus secara politik dan yang paling kurang rasuah di dunia[1], tetapi juga pernah dikritik kerana intimidasi terhadap pengundi [2], dan pencabulan kebebasan bersuara[3].
Kerajaan Singapura dipilih melalui pilihanraya sejak tahun 1959, apabila Singapura mencapai pentadbiran sendiri. Sebelum itu, kerajaan terutamanya sama ada berbentuk pentadbiran penjajah sahaja atau campuran pemerintahan penjajah dan dewan yang separa dipilih, seperti Majlis Perundangan. Parti Tindakan Rakyat sentiasa membentuk kerajaan dalam setiap pilihanraya sejak tahun 1959.
Senarai kementerian kerajaan [sunting]
- Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan (MCYS)
- Kementerian Pertahanan (MINDEF)
- Kementerian Pendidikan (MOE)
- Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Air (MEWR)
- Kementerian Kewangan (MOF)
- Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA)
- Kementerian Kesihatan (MOH)
- Kementerian Dalam Negeri Singapura (MHA)
- Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kesenian (MICA)
- Kementerian Undang-undang (MinLaw)
- Kementerian Tenaga Manusia (MOM)
- Kementerian Pembangunan Negara (MND)
- Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI)
- Kementerian Pengangkutan (MOT)
- Jabatan Perdana Menteri (PMO)
Pautan luar [sunting]