Panglima cawangan kapal (Kriegsmarine)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Panglima cawangan kapal dalam Kriegsmarine adalah seorang pegawai pentadbiran yang ditugaskan secara tetap dalam organisasi Kriegsmarine yang mengawasi pembangunan, aturgerak, dan juga kegiatan operasi berbagai kelas kapal tentera Jerman. Disebabkan pertindihan kuasa dengan panglima markas kumpulan Tentera Laut, yang secara taktikalnya memerintah semua kapal di laut, beberapa panglima kapal hanyalah pegawai istiadat yang mempunyai sedikit kuasa. Yang lain, seperti Karl Dönitz yang memerintah angkatan U-boot Jerman, bekerja secara bebas dan memegang kuasa yang besar, baik secara operasi mahupun pentadbiran.

Pemerintahan jenis kapal penyapu ranjau dan bot peronda berada dibawah arahan terus Markas Pengawal Pelabuhan (Sicherungsstreitkräfte) dan dengan itu tidak dianggap sebagai panglima kapal biasa jika dibandingkan dengan kelas kapal yang lain.

Kapal tempur dan Kapal kruiser[sunting | sunting sumber]

Kapal tempur Jerman pada awalnya berada dibawah markas cawangan mereka sendiri sehingga bergabung dengan cawangan kruiser

Markas cawangan kapal tempur dan kruiser pada asalnya adalah pejabat yang berasingan, bermula dengan sebuah pejabat yang diwarisi daripada Reichsmarine dikenali sebagai Befehlshaber der Linienschiffe (Panglima Kapal Pesiar). Pada November 1936, markas itu dinamakan semula sebagai Befehlshaber der Panzerschiffe (Panglima Kapal Perisai). Rolf Carls merupakan panglima pertama dibawah gelaran baru itu sehingga tahun 1938 apabila jawatan ini diberikan pada Vizeadmiral Wilhelm Marschall. Tahun berikutnya, Marschall dilantik sebagai panglima armada baru Kriegsmarine dan tiada pengganti dilantik untuk memimpin cawangan kapal tempur. Jawatan tersebut kekal kosong sehingga Jun 1941 apabila ia digabungkan dengan markas cawangan kruiser untuk membentuk Befehlshaber der Schlachtschiffe (B.d.S) (Panglima Kapal Tempur).

Otto Ciliax berkhidmat sebagai panglima kapal tempur sehingga Mei 1942 apabila pemerintahan itu dibubarkan sepenuhnya dan selepas itu cawangan kapal tempur diletakkan semula dibawah kuasa Panglima Kapal Kruiser. Markas cawangan kruiser pada awalnya bermula sebagai satu posisi penaung kanan, dikenali sebagai Befehlshaber der Aufklärungsstreitkräfte (B.d.A.), yang memerintah semua jenis kapal kruiser dan juga bertugas sebagai pegawai atasan bagi panglima cawangan bot torpedo dan kapal penyapu ranjau. Posisi ini telah dipegang oleh 4 pegawai Kriegsmarine diantara tahun 1935 dan 1941, apabila jawatan itu dimansuhkan dan digabungkan dengan Befehlshaber der Schlachtschiffe (B.d.S).

Panglima Kapal Permukaan (1935-1941)[sunting | sunting sumber]

Panglima Kapal Kruiser (1942-1944)[sunting | sunting sumber]

Diantara bulan April dan Mei 1942, armada permukaan Jerman disusun semula dengan markas cawangan bot torpedo dan kapal tempur ditamatkan dan diletakkan dibawah kuasa markas kruiser baru yang dikenali sebagai Befehlshaber der Kreuzer (B.d.K.). Laksamana Madya Oskar Kummetz kemudian menjadi panglima pertama cawangan kruiser berkhidmat sehingga November 1943 apabila beliau digantikan oleh Konteradmiral Erich Bey. Pada Jun 1944, markas cawangan kruiser telah dinamakan semula sebagai Befehlshaber der Kampfgruppe (B.d.K.) dan jawatan ini dipegang oleh Laksamana Muda Rudolf Peters sehingga perang berakhir.

Kriegsmarine telah menugaskan sejumlah 16 kapal jenis tempur dan kruiser semasa Perang Dunia Kedua.

Rujukan[sunting | sunting sumber]