Papan serpai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Papan serpai
Proses pembuatan papan serpai

Papan serpai (bahasa Inggeris: particle board),[1] atau papan partikel dan papan gentian berketumpatan rendah, ialah produk kayu tereka bentuk yang dihasilkan daripada serpihan kayu dan diikat dengan menggunakan resin sintetik atau pengikat lain yang berkaitan. Kemudian, papan ini akan ditekan dan disemperitkan.[2][3] Papan serpai sering dikelirukan dengan papan tatal, jenis papan gentian yang berbeza, di mana menggunakan kepingan kayu yang dimesin dan lebih kuat berbanding dengan papan serpai.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Papan serpai berasal dari negara Jerman. Ia pertama kali dihasilkan pada tahun 1887, apabila Hubbard cuba membuat "kayu tiruan" daripada habuk kayu hasil potongan gergaji (juga disebut tepung kayu) dan pelekat berasaskan albumin, yang disatukan di bawah suhu dan tekanan tinggi.[4] Semasa Perang Dunia Kedua, resin fenolik lebih mudah didapati berbanding venir kayu bermutu tinggi di Jerman. Pada tahun 1932, juruterbang dan pengasas Luftwaffe, Mas Himmelheber telah menicpta papan serpai yang pertama dengan menambah lebih habuk kayu, serpihan kayu, dan gam.[5][6] Pemasaran papan serpai pertama kali dibuat ketika Perang Dunia Kedua, di sebuah kilang di Bremen, Jerman.

Pada tahun 1956, terdapat 106 buah kilang di benua Eropah yang mengeluarkan 724,000 meter padu papan serpai. Perkembangan pengeluaran papan serpai dapat dilihat pada tahun 1973, di mana pengeluaranya meningkat kira-kira 27 kali ganda berbanding pada tahun 1956.[7] Kini, pasaran panel dan papan partikel berasaskan kayu telah berubah sepenuhnya. Kapasiti dunia sekarang yang diedarkan ke pelosok dunia adalah sekitar 100 juta meter padu dalam perkadaran yang berbeza. Eropah ialah pengeluar terbesar papan serpai di dunia, dengan bahagian pasaran lebih daripada 50%.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "eBookPDF > Lembar Istilah Keluaran Kayu - MTIB" (PDF). www.mtib.gov.my. Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB). Dicapai pada 4 Januari 2021.
  2. ^ "papan serpai > Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. 9 September 2007. Dicapai pada 4 Januari 2021 – melalui Pusat Rujuan Persuratan Melayu.
  3. ^ "Wood based panel producers in Poland". sppd.pl (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Oktober 2020.
  4. ^ Rowell M., Roger (2013). Handbook of Wood Chemistry and Wood Composites. Taylor and Francis Group. ISBN 978-1-4398-5381-8.
  5. ^ "Wood-like mass and process for its production" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Oktober 2022.
  6. ^ Plyco. "What is Particle Board?". Blog Plyco (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Oktober 2022.
  7. ^ Maloney, T.M., Modern particleboard & dry-process fiberboard manufacturing. 1977, San Francisco, California: Miller Freeman Publications.
  8. ^ Wood-Based Panels International, Focus on Particleboard: Capacity growth goes ahead in rest of world, in Wood Based Panels International. Februari 2013.