Kamus Dewan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kamus Dewan Edisi Keempat.

Kamus Dewan (Tulisan Jawi: قاموس ديوان) ialah sebuah kamus bahasa Melayu yang disusun oleh Teuku Iskandar dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada tahun 2005, kamus ini telah mencapai edisi keempat.

Sejarah سجاره[sunting | sunting sumber]

Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan Kamus Dewan Edisi Pertama pada tahun 1970. Pada tahun 1984, Edisi Kedua pula diterbitkan. Edisi Ketiga, yang diterbitkan pada tahun 1994 dan diulang cetak pada tahun 1998, merupakan edisi yang paling popular dan mencatatkan jualan yang paling tinggi dalam sejarah. Edisi ini mengandungi lebih daripada 36,000 lema dalam 1566 halaman. Pada tahun 2005, Edisi Keempat diterbitkan, memaparkan sekitar 82,900 kata masukan (34,578 entri, 24,180 subentri, dan 24,142 frasa entri) dalam 1817 halaman. Di edisi pertama dan kedua sebagai penyusun disebut Teuku Iskandar, di edisi selanjutnya nama penyusun tidak ada lagi.

Versi digital ۏرسي ديݢيتل[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Mac 1998, Kamus Komputer Telapak Besta DBP-1, iaitu kamus elektronik sebesar tapak tangan bagi bahasa Melayu telah dilancarkan. Besta DBP-1 mengandungi Kamus Melayu-Melayu (Kamus Dewan Edisi Ketiga), Kamus Inggeris-Melayu (Kamus Inggeris-Melayu Dewan Edisi Ringkas) dan Kamus Melayu-Inggeris.[1]

Kamus Dewan juga diterbitkan dalam versi digital, iaitu versi Internet yang terdapat dalam tapak sesawang rasmi DBP, ataupun perisian Dewan Eja Pro, aplikasi kamus dan penyemak ejaan yang dipasarkan oleh syarikat The Name Technology.

Lihat Pula ليهت ڤولا[sunting | sunting sumber]

Pautan luar ڤاءوتن لوار[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kamus elektronik terkecil dilancar". Utusan Malaysia. 10 Mac 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 1 Disember 2017 – melalui Utusan Online.