Paraekuestrian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sukan paraekuestrian ditadbir oleh Persekutuan Sukan Ekuestrian Antarabangsa (FEI), dan merangkumi dua acara kompetitif iaitu dressage paraekuestrian yang dianjurkan dengan peraturan asas yang sama seperti dressage, cuma penunggangnya terbahagi kepada pelbagai darjah persaingan berasaskan keupayaan fungsi mereka (sama ada yang buta, lumpuh, kudung dsb.);[1] dan lumba kereta kuda berangkai paraekuestrian yang sama peraturan asasnya dengan lumba kereta kuda berangkai tetapi juga membahagikan para pesaing kepada darjah-darjah berbeza mengikut keupayaan fungsian mereka.[2] Sukan Paralimpik mengadakan acara dressage paraekuestrian sejak tahun 1996,[1] tetapi belum menawarkan lumba kereta kuda.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "About Para Equestrian Dressage". International Federation for Equestrian Sports. Diperoleh pada 24 August 2012. 
  2. "About Para Equestrian Driving". International Federation for Equestrian Sports. Diperoleh pada 24 August 2012. 
  3. "Nominated entries for London 2012 Paralympic equestrian events announced". International Federation for Equestrian Sports. 22 June 2012. Diperoleh pada 24 August 2012.