Parti Kiri (Jerman)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Logo Parti Kiri Jerman

Parti Kiri (Jerman: Die Linke) ialah sebuah parti politik Jerman yang dibentuk pada 16 Jun 2007 melalui penggabungan Parti Kiri/PDS, bekas parti pemerintah Jerman Timur, Parti Perpaduan Sosialis Jerman (SED), dan Buruh dan Keadilan Sosial - Pemilih Alternatif (WASG). Pemimpin-pemimpinnya ialah Janine Wissler dan Susanne Hennig-Wellsow. Parti ini menganggap dirinya sebagai parti paling kiri berbanding parti-parti lain yang diwakili di Bundestag.

Sehingga bulan Aprik 2008, parti ini memiliki keahlian berjumlah 73,455 orang menurut penerbitan dalaman, menjadikannya parti politik keempat terbesar di Jerman dari segi keanggotaan. Ia diwakili di Bundestag oleh 54 orang ahli daripada 614 keseluruhan, sekaligus membentuk fraktion keempat terbesar di Parlimen Jerman. Kubu kuat mereka terletak di bekas negeri-negeri Jerman Timur. Di peringkat antarabangsa, Parti Kiri ialah anggota Parti Sayap Kiri Eropah dan juga merupakan parti terbesar di dalam kumpulan Parti Kiri Eropah Bersatu-Parti Kiri Hijau Nordic di dalam Parlimen Eropah.