Parti Konservatif (Norway)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Parti Konservatif
Høyre
Ketua Erna Solberg
Ketua parlimen Erna Solberg
Slogan "Nye ideer, bedre løsninger" (New ideas, better solutions)
Diasaskan 1884
Ibu pejabat Oslo
Sayap belia Konservatif Muda Norway
Keahlian ~100,000 (puncak, 1980-an)
28,000 (2011)[1]
Ideologi Konservatisme,[2][3]
Konservatisme liberal,[4][5]
Pro-Eropanisme[6]
Kedudukan politik Pertengahan kanan
Penggabungan antarabangsa Kesatuan Demokrat Antarabangsa
Penggabungan Eropah Parti Rakyat Eropah (Sekutu)
Warna rasmi biru
Parlimen
48 / 169
Majlis Kawasan[7]
210 / 728
Majlis Bandar[8]
2,349 / 10,781
Parlimen Sami
1 / 39
Tapak web
www.hoyre.no

Politik Norway
Parti politik
Pilihan raya

Parti Høyre (Parti Konservatif, secara harfiah "Kanan") ialah parti politik pertengahan kanan terbesar di Norway. Ketuanya ketika ini (sejak 2004) ialah Erna Solberg. Sejak 1920-an, parti ini secara konsisten merupakan parti kedua terbesar di Norway, namun diatasi perkembangan Parti Kemajuan pada akhir 1990-an dan 2000-an. Pada 2005, parti ini mendapat keputusan terburuknya dalam pilihan raya, namun telah naik kembali sejak pilihan raya 2009 dan akhir0akhir ini kembali menjadi parti kedua atau ketiga terbesar menurut tinjauan pendapat.[9] Dalam pilihan raya umum pada September 2013, para pengundi mengakhiri pemerintahan lapan tahun Parti Buruh. Satu campuran politik, antara Parti Konservatif dan Parti Kemajuan anti-imigrasi populis, berjaya terpilih selepas menjanjikan potongan cukai, perkhidmatan lebih baik dan peraturan imegresen lebih ketat. Perubahan ini berlaku ketika ekonomi Norway dalam keadaan bagus dengan pengangguran rendah. Ketua parti ini Erna Solberg dijangka membentuk kerajaan tidak lama lagi, menggantikan kerajaan PM Jens Stoltenberg. Solberg berkata kemenangannya merupakan "kemenangan pilihan raya bersejarah bagi parti berhaluan kanan".[10]

Diasaskan pada 1884, Parti Konservatif ialah parti politik kedua tertua di Norway, selepas Parti Liberal.

Prestasi pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya parlimen Norway 2013 berakhir dengan kemenangan empat parti berhaluan kanan pembangkang, mendapat 96 daripada 169 kerusi (85 diperlukan bagi majoriti). Pertambahan terbanyak ialah oleh Parti Konservatif,[11] yang mendapat 26.9% undi. Parti Buruh bagaimanapun kekal parti terbesar di parlimen dengan 30.8% undi popular. Mengikut resam kerajaan Buruh Stoltenberg akan menyerahkan kuasa kepada Solberg pada Oktober.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Libell, Henrik Pryser. "7 prosent vekst for ungdomspartiene siden 22/7", MandagMorgen, 28 Ogos 2011. Dicapai pada 26 September 2012. (Norway) 
  2. Principle programmePDF
  3. "Information in English", Conservative Party, http://www.hoyre.no/www/om_hoyre/english_information/, capaian 7 Mei 2011 
  4. "Valgomaten: Riksdekkende 2007", Aftenposten. Dicapai pada 29 April 2011. 
  5. Parties and Elections in Europe: The database about parliamentary elections and political parties in Europe, oleh Wolfram Nordsieck
  6. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan snl tidak disediakan
  7. "Valg 2011: Landsoversikt per parti" (dalam bahasa Norway). Ministry of Local Government and Regional Development. http://www.regjeringen.no/krd/html/valg2011/bf5.html. Capaian 18 September 2012. 
  8. "Høgre" (dalam bahasa Norway). Valg 2011. Perbadanan Penyiaran Norway. http://www.nrk.no/valg2011/valgresultat/parti/parti/h/. Capaian 18 September 2012. 
  9. Partibarometeret - TV 2 Dicapai September 2013.
  10. 10.0 10.1 "Norway election: Erna Solberg to form new government" BBC News Sept. 9, 2013
  11. Sarah Farhana (11 Sep 2013). "Parti Konservatif Menang Besar Pilihan Raya Umum Norway". TV3. http://www.tv3.com.my/beritatv3/luar-negara/Parti_Konservatif_Menang_Besar_Pilihan_Raya_Umum_Norway.html. Capaian 12 September 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • (Norway) Høyre - Tapak rasmi