Pasukan Tentera Sementara PBB di Lubnan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pangkalan UNIFIL, 1981
Sekatan jalan UNIFIL di Lubnan, 1981

Pasukan Tentera Sementara PBB di Lubnan (bahasa Inggeris: United Nations Interim Force in Lebanon, atau UNIFIL) merupakan satu misi pasukan pengaman yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dengan penerimaan resolusi-resolusi 425 dan 426 Majlis Keselamatan PBB pada 19 Mac 1978, bagi memastikan pengunduran Israel daripada Lubnan, memulihkan semula keselamatan dan keamanan antarabangsa, dan membantu kerajaan Lubnan memulihkan kuasanya dengan berkesan di negara itu.[1] Pasukan pertama UNIFIL telah diaturgerak ke Lubnan pada 23 Mac 1978; pasukan-pasukan ini telah ditugaskan semula daripada operasi-operasi menjaga keamanan PBB yang lain di kawasan ini (contohnya Pasukan Kecemasan Pertubuhan Bangsa Bersatu dan Pasukan Pemerhati Zon Bebas Pertubuhan Bangsa Bersatu).[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Sebelum Perang Lubnan pada 2 Januari 1982, di mana orang anggota tentera Ghana yang berkawal di kedudukan UNIFIL telah diserang oleh orang yang tidak dikenali. Seorang anggota tentera Ghana telah ditembak dan kemudiannya meninggal dunia.[2] Semasa Perang Lubnan, kedudukan-kedudukan PBB telah diambil alih oleh pasukan-pasukan de facto di bawah Saad Haddad. Pasukan-pasukan ini merupakan pasukan tempatan Lubnan yang disokong oleh IDF.[3] Semasa pendudukan ini, fungsi utama UNIFIL adalah bagi menyediakan bantuan kemanusian.[3] Bermula pada tahun 1985, Israel telah mengambil balik kedudukan-kedudukan tetap di Lubnan, walau bagaimanapun proses ini diselang seli dengan serangan dan pengeboman singkat, sepertimana dalam Operasi Ketelusan pada tahun 1993 dan Operasi Anggur Amarah pada tahun 1996. Pada tahun 1999, Israel berundur, yang mana berakhir pada tahun 2000 dan membolehkan UNIFIL menyambung kembali tugas-tugas ketenteraannya. Kerajaan Lubnan mendakwa kawasan ladang-ladang Shebaa adalah termasuk di dalam wilayah Lubnan, walau bagimanapun PBB menganggap Garisan Biru merupakan wilayah Syria di bawah pendudukan tentera Israel. Mereka berhujah bahawa pertikaian ini memberi sekatan sah berterusan kepada kumpulan penentang bersenjata Israel di Lubnan (bagaimanapun PBB secara rasminya mengesahkan Israel telah berundur sepenuhnya daripada semua kawasanyang diduduki selepas tahun 1973).

Mandat UNIFIL sekarang akan berakhir pada 31 Ogos 2009.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • GlobalSecurity.org Lubnan
  • Bregman, Ahron (2002). Israel's Wars: A History Since 1947. London: Routledge. ISBN 0-415-28716-2

Pautan luar[sunting | sunting sumber]