19 Mac
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | Mac 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | ||||
| 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
| 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
| 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
| 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
| MMXII | ||||||
19 Mac merupakan hari ke-78 (hari ke-79 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 287 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Santo Joseph dalam Kristian Barat;
- Hari Bapa di berbagai-bagai negara.
[sunting] Peristiwa
- 1279 - Dinasti Song di Empayar China tamat dengan kemenangan Dinasti Yuan dalam Pertempuran Yamen.
- 1687 - Usaha pencarian muara Sungai Mississippi oleh penjelajah Perancis Robert Cavelier de La Salle (gambar) tamat dengan dahagi dan pembunuhannya di Texas kini.
- 1853 – Gerakan pembaharuan Taiping menduduki dan menjadikan Nanjing sebagai ibu kotanya sehingga tahun 1864.
- 1861 – Perang Taranaki Pertama berakhir di New Zealand.
- 1863 – Kapal SS Georgiana, dipercayai sebagai penjajap Gabungan yang paling berkuasa, dimusnahkan dalam perjalanan pertamanya bersama angkutan senjata api, ubat-ubatan dan barang-barangan yang bernilai lebih $1,000,000.
- 1915 - Gambar planet kerdil Pluto diambil buat pertama kali, 15 tahun lebih dahulu sebelum ditemui oleh Clyde Tombaugh di Balai Cerap Lowell.
- 1932 - Jambatan Pelabuhan Sydney (gambar), antara mercu tanda yang utama di Sydney, Australia, dibuka secara rasmi.
- 1965 – Bangkai kapal SS Georgiana yang bernilai lebih $50,000,000 dan dipercayai sebagai penjajap terkuat yang dimiliki oleh Negeri-negeri Gabungan Amerika, ditemui oleh penyelam remaja E. Lee Spence, genap 102 tahun selepas kemusnahannya.
- 1969 – Menara TV setinggi 385 meters (1,263 ka) di Emley Moor, United Kingdom, runtuh akibat terkumpul ais.
- 1982 - Angkatan tentera Argentina yang diketuai oleh Alfredo Astiz menduduki Georgia Selatan, menyegerakan Perang Falkland terhadap United Kingdom.
- 1989 – Bendera Mesir dikibarkan di Taba, menandakan berakhirnya pendudukan Israel selepas Perang Yom Kippur pada tahun 1973 diikuti rundingan damai pada tahun 1979.
- 2004 – Presiden Taiwan Chen Shui-bian ditembak sebelum berlangsungnya pilihanraya presiden pada 20 Mac.
- 2008 – GRB 080319B: Ledakan kosmik yang merupakan objek terjauh yang dapat dilihat oleh mata kasar dicerap untuk masa yang singkat.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||