Patrick Dempsey

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Patrick Dempsey
Drderek.jpg
Kelahiran Patrick Galen Dempsey
13 Januari 1966 (48 tahun)
Tahun aktif 1985-kini
Tinggi 5' 10½" (1.79 m)
Pasangan Jillian Fink Dempsey (1999 - kini) 3 anak
Rocky Parker (1987 - 1994; bercerai)

Patrick Galen Dempsey (lahir pada 13 Januari, 1966) merupakan pelakon Amerika Syarikat dan berpindah ke Hollywood pada lewat 1980-an dan dikenali sebagai Dr. Derek Shepherd menerusi drama kedoktoran Grey's Anatomy. Beliau pernah telibat dalam The Emperor's Club dan Freedom Writers.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Permulaan Hidup[sunting | sunting sumber]

Dempsey, berdarah Irish Amerika,[1] dilahirkan di Lewiston, Maine dan dibesarkan di Turner, Maine, anak bongsu kepada Amanda dan William Dempsey. Dempsey pernah menuntu di Sekolah Tinggi St. Dominic Regional, dimana tempat ibunya menjadi setiausaha. Beliau merupakan pemain lambung tangkap (juggler) dan pernah mencuba di dalam pertandingan lambung tangkap peringkat nasional.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Permulaan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dempsey diminta menghadiri temuduga Torch Song Trilogy dan berjaya. Beliau menghabiskan empat bulan untuk penjelajahan bersama syarikat di San Francisco. Beliau turut pernah mengikuti penjelajahan, Brighton Beach Memoirs, yang diarahkan oleh Gene Saks. Dempsey lebih dikenali untuk On Golden Pond, bersama The Maine Acting Company, dan The Subject was Roses, yang telah dipertontonkan di Teater Roundabout di New York.

Dempsey mendapat tawaran berlakon filem komedi remaja Can't Buy Me Love pada 1987 bersama Amanda Peterson. Pada 1989, beliau mendapat peranan penting menerusi filem Loverboy bersama Kirstie Alley dan Happy Together with disamping pelakon Helen Slater.

1990-an & awal 2000[sunting | sunting sumber]

Dempsey telah terlibat dalam banyak persembahan TV sekitar 1990-an seperti The Player dan About A Boy. Beliau pernah memegang watak sebagai teman lelaki Will menerusi Will & Grace. Beliau juga memegang watak Aaron Brooks, dalam Once & Again . Dempsey menerima pencalonan Emmy pada 2001 sebagai “Outstanding Guest Actor in a Drama Series” untuk watak Aaron. Pada 2004, beliau terlibat dalam siri produksi HBO, Iron Jawed Angels, bersama Hilary Swank dan Anjelica Huston.

Dempsey juga pernah mendampingi Reese Witherspoon untuk filem Sweet Home Alabama selain sebagai Detective Kincaid menerusi Scream 3. Pada 2007 beliau terlibat dalam filem keluaran Disney Enchanted, dan filem keluaran Paramount Pictures, Freedom Writers disamping Hilary Swank. Beliau juga menyumbangkan suara untuk watak “Kenai” bagi filemBrother Bear 2.

Grey's Anatomy[sunting | sunting sumber]

Dempsey menerima tamparan hebat menerusi watak Dr. Derek Shepherd dalam drama Grey's Anatomy. Sebelum ini beliau pernah menghadiri temuduga untuk watak Dr. Robert Chase bagi drama kedoktoran, House.[3] Oleh kerana populariti dan kehebatan drama Grey’s Anatomy, media mula menumpukan perhatian kepadanya yang juga dikenali sebagai McDreamy yang disifatkan romantik di samping Meredith Grey (lakonan Ellen Pompeo).

Dempsey pernah dicalonkan untuk Best Performance by an Actor in a Television Series – Drama pada 2007 Golden Globes. Pada 2006 Dempsey menandatangani perjanjian dengan ABC dengan pendapatan $200,000 per episod.

Peribadi[sunting | sunting sumber]

Dempsey pernah berkahwin sebanyak dua kali. Barmula 1987 sehingga 1994, beliau telah mengahwini pelakon Rocky Parker. Media mempersoalan perkahwinan mereka berdua kerana perbezaan umur yang ketara (Dempsey berusia 21 tahun dan Parker). Dan anak tirinya yang juga pelakon, Corey Parker setahun lebih tua darinya.

Dempsey berkahwin untuk kali kedua pada 31 Julai 1999; bersama Jillian Fink Dempsey. Pasangan ini dikurniakan tiga orang anak: anak perempuannya Talula Fyfe, lahir pada Januari 2002, dan anak kembar lelakinya Darby Galen and Sullivan Patrick, lahir pada 1 Februari 2007.[4]


Lakonan[sunting | sunting sumber]

-1992 Say I Do -

Tahun Judul Peranan Nota
2007 Enchanted Robert
2007 [Freedom Writers Scott Casey
2006 Brother Bear 2 Kenai suara sahaja
2004 Iron Jawed Angels Ben Weissman
2003 Lucky 7 Peter Connor
2002 Sweet Home Alabama Andrew Hennings
2000 Scream 3 Det. Mark Kincaid
1998 The Bible: Jeremiah Jeremiah
1995 Outbreak Jimbo Scott
Bloodknot Tom
1994 With Honors Everett Calloway
Ava's Magical Adventure Jeffrey
1991 Mobsters Meyer Lansky
Run Charlie Farrow
1990 Coupe de Ville Robert 'Bobby' Libner
1989 Loverboy
Happy Together Christopher Wooden
1988 Some Girls Micheal
[In a Shallow Grave Daventry
1987 Can't Buy Me Love Ronald Miller
In the Mood Ellsworth 'Sonny' Wisecarver
1986 Meatballs III: Summer Job Rudy
A Fighting Choice Kellin Taylor
Fast Times (Siri TV) Mike Damone
1985 The Stuff Underground Stuff buyer #2
Heaven Help Us Corbet

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. "100 Top Irish-Americans!!!". Rincenatiarna. 2006-03-17. Diperoleh pada 2007-01-08. 
  2. 1981 Juniors Championship of the International Jugglers' Association (IJA), http://juggle.org/history/champs1981.php
  3. Grey's Anatomy Magazine, First Issue
  4. http://www.people.com/people/article/0,,20009324,00.html

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]